PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Mulai 1 Januari 2010 Pejabat Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) telah diserapkan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). Selaras dengan itu RMC dinamakan sebagai Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi atau dengan nama singkatan RMIC. Pusat ini diketuai oleh Pengarah, Prof. Dr. Norhayati Mohd Tahir dengan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Fazli Adam sebagai Timbalan Pengarah I dan Prof. Madya Dr. Nora’aini Hj Ali sebagai Timbalan Pengarah II. Selain daripada itu, sebagai kelansungan kepada struktur organisasi HEPI dan operasi penyelidikan universiti sebelum ini, RMIC juga akan mempunyai dua Ketua Tema Penyelidikan iaitu Prof. Dr. Abdul Rahman Abd Razak dan Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Jusoh.
Pengabungan ini adalah perancangan dan strategi pengurusan universiti untuk memperkukuhkan struktur operasi penyelidikan bagi mencapai visi dan misi penyelidikan UMT. Disamping berfungsi sebagai sekretariat pelaksana program pembangunan penyelidikan, RMIC juga dipertanggungjawabkan untuk merencana dasar-dasar dan strategi untuk mempertingkatkan tahap kecemerlangan penyelidikan dan inovasi universiti serta aktiviti-aktiviti pengkomersilan hasil-hasil penyelidikan.
MAKLUMAN: PERINGATAN MENGENAI GARIS PANDUAN BAGI SEBARANG PERMOHONAN BERKAITAN PROJEK SCIENCE FUND
PERLANJUTAN TEMPOHPermohonan pelanjutan tempoh adalah tidak digalakkan. Walaubagaimanapun, sekiranya perlu dan disertakan justifikasi yang kukuh, permohonan hendaklah dikemukakan 3 BULAN SEBELUM projek tamat. Permohonan yang DITERIMA SELEPAS TARIKH TAMAT PROJEK tidak akan dipertimbangkan.
Untuk Maklumat Lanjut Klik Disini
TATACARA PERMOHONAN MENGHADIRI SEMINAR/ KONFERENS KE LUAR NEGARA MENGGUNAKAN GERAN PENYELIDIKAN SCIENCE FUND/ FRGS.
GERAN PENYELIDIKAN SCIENCE FUND
Lampiran Dokumen :
PENERIMA GERAN FRGS FASA 1 2010
TATACARA PERTUKARAN KETUA PROJEK
GERAN PENYELIDIKAN, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Syarat-syarat pertukaran ketua projek:
MAKLUMAN PENYELIDIK UMT,
PENGUMPULAN MAKLUMAT PROSIDING PENYELIDIKAN UMT 2010
Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) dalam proses pengumpulan maklumat bagi penerbitan Buku Prosiding UMT 2010. Buku ini akan memuatkan 2 kriteria projek penyelidikan iaitu:
TATACARA PELANJUTAN TEMPOH PROJEK PENYELIDIK BAGI GERAN FRGS/ SCIENCE FUND (MOSTI) DAN SCIENCE FUND (MOA)
GERAN PENYELIDIKAN FRGS
(PERMOHONAN PERLU DIKEMUKAKAN 3 BULAN SEBELUM PROJEK TAMAT)
i) Borang L1 P (Borang Lanjut Tempoh FRGS) – Di dalam borang tersebut juga telah dinyatakan dokumen yang perlu dilampirkan sekali iaitu :
a) Laporan Kemajuan FRGS Terkini (Borang P1 R)
b) Milestone lama dan Baru
c) Gantt Chart Lama dan Baru
Garis Panduan Geran Penyelidikan Sukan KPT
Borang Permohonan Geran Penyelidikan Sukan