Soalan Lazim



Bilakah UMT mula ditubuhkan?
UMT merupakan sebuah universiti awam Malaysia yang ke-14 dan diwartakan pada 1 Julai 2001. Fokus utama pengajian dan penyelidikan di UMT adalah di dalam bidang marin selaras dengan mottonya TEROKAAN SELUAS LAUTAN.

 

Di manakah lokasi UMT?
UMT terletak di dalam daerah Kuala Terengganu. Lokasi kampusnya amat strategik iaitu di pesisiran pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu, Zon Perindustrian Gong Badak, Zon Pusat Pengajian Negeri Terengganu Darul Iman. Jarak UMT dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 25 km dan 3 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

 

Apakah matlamat UMT dalam mendidik para pelajar?
UMT ditubuhkan untuk mencapai misinya iaitu memacu bidang sains, teknologi dan pengurusan sumber alam melalui penjanaan program pengajian dan penyelidikan cemerlang ke arah pembangunan insan yang menjamin kelestarian agama, bangsa dan negara. Selain daripada itu, ia juga ingin mencapai beberapa matlamat yang penting iaitu :

  1. Menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan dengan Sains, Teknologi dan Pengurusan Sumber Alam melalui penyelidikan.
  2. Menyediakan kemudahan terkini (makmal, perpustakaan, pengkomputeran dan persekitaran) sebagai menyokong pembangunan ilmu, pembelajaran dan kesarjanaan.
  3. Menawarkan program pengajian yang cemerlang untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan.
  4. Menghasilkan graduan yang bertanggungjawab, berilmu, berkeyakinan dan berketrampilan.
  5. Memainkan peranan aktif dalam pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan melalui perkhidmatan pengembangan kepada masyarakat setempat dan kawasan Pantai Timur Semenanjung dan Malaysia, amnya.

 

Apakah kemudahan asas yang disediakan oleh UMT?
Di UMT diseiakan kemudahan infrastruktur yang sesuai sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam Malaysia. UMT menyediakan kemudahan asas seperti kompleks kediaman pelajar, perpustakaan, pusat kesihatan pelajar, pusat kegiatan pelajar, dewan-dewan dan bilik-bilik kuliah, makmal, kafeteria dan kemudahan sukan dan rekreasi.

 

Apakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh UMT?
UMT kini menawarkan kursus-kursus di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Lanjutan. UMT satu-satunya universiti yang menawarkan Diploma dan Sarjana Muda Perikanan di Malaysia buat masa ini.

 

Bagaimana UMT menguruskan semua hal-hal pelajar?
Secara amnya semua hal ehwal pelajar diuruskan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMT. Bahagian pengambilan pelajar dan urusan pelajar yang lain pula diuruskan oleh Bahagian Akademik, Pejabat Timbalan Naib Canseor (Akademik dan Antarabangsa).

 

Adakah UMT menawarkan pengajian peringkat pasca siswazah?
Ya, UMT ada menawarkan pengajian peringkat pasca siswazah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Pusat Pengajian SIswazah.

 

Bahasa pengantar utama yang digunakan di UMT?
Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

 

Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya saya ingin berurusan dengan pihak UMT?