Tajuk Pilihan
Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Terengganu
Monday, 01/12/2014
Kongsi Artikel ini :Seramai 2,142 graduan Universiti Malaysia Terengganu telah menerima Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang masing-masing sempena Majlis Konvokesyen UMT ke 12 yang telah berlangsung pada 29 sehingga 30 November 2014 di Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu. Seramai 25 orang mahasiswa telah menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 112 orang graduan Ijazah Sarjana, 1886 orang graduan Ijazah Sarjana Muda dan 119 graduan Diploma.
Majlis telah dihadiri oleh Yg. Bhg. Tan Sri Samsudin b. Osman, Pro Canselor, Universiti Malaysia Terengganu dan Yg. Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin b. Idrus, Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti.
Di dalam majlis Konvokesyen tersebut, Universiti Malaysia Terengganu telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Prof. Dr. Terry Hughes di atas sumbangan beliau di dalam bidang Biologi Marin khususnya terumbu karang, manakala Prof. Emeritus Dr. Mohd Nordin b. Hasan telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains (Sains Kelestarian) di atas sumbangan beliau dalam peningkatan pengetahuan alam sekitar, kefahaman mengenai perlindungan alam sekitar dan hubungannya dengan pembangunan lestari.
Selain daripada itu, seramai 14 orang graduan telah menerima Anugerah Universiti, sempena Majlis Konvokesyen ke- 12 UMT tahun 2014. Senarai penerima adalah:
Anugerah Pelajaran Diraja
1. Nurul Arina Raihan bt. Che Azmi - Sarjana Muda Kaunseling
2. Lim Ying Wei - Sarjana Muda Sains (Sains Samudera)
Anugerah Pingat Emas Canselor
Samsuri b. Abdullah - Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar)
Anugerah Pro-Canselor
Ahmad Salihin b. Samsudin - Doktor Falsafah (Fizik)
Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (Bidang Sains)
Nurul Aqilah bt. Iberahim - Sarjana Sains Akuakultur (Penyelidikan)
Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (Bidang Sains Sosial)
Nor Baiduri bt Shaibani - Sarjana Sains Akuakultur (Penyelidikan)
Anugerah Naib Canselor (Terbaik Pusat Pengajian)
Lim Ying Wei - Pusat Pengajian Sains Marin dan Persekitaran
Samsuri b. Abdullah - Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan
Yap Hon Sim - Pusat Pengajian Infomatik dan Matematik Gunaan
Kwan Penz Penz - Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur
Chuah Soo Pui - Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan
Siti Fatimah bt. Mohamad @ Abdul Aziz - Pusat Pengajian Sains Asas
Nurul Hidayah bt. Che Anuad - Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim
Nurul Arina Raihan bt. Che Azmi - Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi
Majlis Konvokesyen UMT turut dimeriahkan dengan jualan Pesta Konvo UMT. Sebanyak 130 gerai telah dibuka untuk merancakkan lagi suasana konvo seperti tahun-tahun sebelumnya.
Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Terengganu
Seramai 2,142 graduan Universiti Malaysia Terengganu telah menerima Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang masing-masing sempena Majlis Konvokesyen UMT ke 12 yang telah berlangsung pada 29 sehingga 30 November 2014 di Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu. Seramai 25 orang mahasiswa telah menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 112 orang graduan Ijazah Sarjana, 1886 orang graduan Ijazah Sarjana Muda dan 119 graduan Diploma.