Tajuk Pilihan
Fokus untuk Tarik Pelajar Cemerlang
Thursday, 05/03/2015
Kongsi Artikel ini :Tambatan Hati Pelajar Cemerlang – “Expert Back to Alma Mater” ialah satu program unik yang mengkehendaki ahli akademik UMT untuk mengunjungi sekolah lama mereka dan menjejaki pelajar cemerlang di situ, seterusnya menarik minat pelajar ini menyambung pelajaran di UMT. “Alma Mater” merujuk kepada sekolah, kolej atau universiti di mana seseorang itu pernah menjadi pelajarnya. Melalui program ini, para akademik akan kembali ke sekolah menengah masing-masing dan berkongsi pengalaman mengenai UMT, dan memupuk minat para pelajar di situ untuk menjadikan UMT sebagai universiti pilihan bagi menyambung pelajaran kelak.
Usaha ini terkandung di dalam teras Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran, Pelan Strategik UMT 2014 – 2017. Program yang telah pun bermula sejak pertengahan tahun 2014 lagi, memilih Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu sebagai destinasi pertama yang dikunjungi oleh alumninya daripada kalangan ahli akademik UMT. Program ini dirangka dengan hasrat untuk meningkatkan kemasukan pelajar berkualiti ke UMT. Ia disasarkan khusus untuk pelajarTingkatan 4 - 6 di sekolah-sekolah cemerlang seluruh negara.
Sepanjang tahun 2014, “Expert Back to Alma Mater” ini telah menjelajah lapan buah sekolah dengan penglibatan 11 orang ahli akademik UMT. Antara sekolah – sekolah yang terlibat ialah SM Sains Sultan Mahmud, SM Sultan Sulaiman, SM Sains Kuala Terengganu, SMK (A) Sheikh Abdul Malek, SMK (A) Dato’ Haji Abbas, Kuala Terengganu dan SM Sains Dungun, Terengganu. Selain itu “Expert Back to Alma Mater” turut melibatkan SM Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Naib Canselor UMT turut kembali ke sekolah lama beliau, iaitu SM Sultan Abdul Halim, Jitra, bagi menjayakan lagi program ini. Pada tahun 2015, UMT mensasarkan lebih ramai lagi ahli akademik yang akan kembali ke sekolah masing-masing, yang turut melibatkan ahli – ahli akademik kanan termasuk para profesor.
Melalui program seumpama ini, ia memberikan kelebihan kepada UMT untuk menambat hati para pelajar cemerlang untuk menyambung pengajian di UMT. Selain pelajar, para guru sekolah juga akan turut mendapat pendedahan tentang kelebihan UMT seterusnya menggalakkan para pelajar untuk menjadikan UMT sebagai universiti pilihan. Kemasukan pelajar cemerlang seperti ini akan membantu UMT menghasilkan graduan berkualiti pada masa hadapan. Pihak sekolah pula mendapat pendedahan tentang kelebihan dan keunikan UMT, yang belum diketahui sebelum ini, dan seterusnya membantu mereka untuk membuat pilihan program pengajian yang tepat. Para pelajar juga akan berfikiran lebih terbuka dengan melihat pelbagai bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik di UMT juga mampu melahirkan graduan yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja.
Kejayaan program ini akan dicapai melalui peningkatan kemasukan para pelajar cemerlang ke UMT kelak. Hasil daripada program ini membantu menjadikan UMT lebih terkehadapan untuk melahirkan pelajar berminda kelas pertama dan berketampilan syumul, seterusnya melonjakkan UMT sebagai sebuah universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global.
Oleh: Shahrul Jama Othman, Pusat Transformasi, Perancangan Strategik & Risiko (TSR)
Disunting Oleh: Mohd Izham Mohd A Wahid, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK)
Fokus untuk Tarik Pelajar Cemerlang
Tambatan Hati Pelajar Cemerlang – “Expert Back to Alma Mater” ialah satu program unik yang mengkehendaki ahli akademik UMT untuk mengunjungi sekolah lama mereka dan menjejaki pelajar cemerlang di situ, seterusnya menarik minat pelajar ini menyambung pelajaran di UMT. “Alma Mater” merujuk kepada sekolah, kolej atau universiti di mana seseorang itu pernah menjadi pelajarnya. Melalui program ini, para akademik akan kembali ke sekolah menengah masing-masing dan berkongsi pengalaman mengenai UMT, dan memupuk minat para pelajar di situ untuk menjadikan UMT sebagai universiti pilihan bagi menyambung pelajaran kelak.