Tajuk Pilihan

Mencapai Kecemerlangan, Mencari Keunggulan

Mencapai Kecemerlangan, Mencari Keunggulan

Sunday, 15/03/2015

Kongsi Artikel ini :

“Bukannya pemimpin dan bukannya kita yang penting dalam satu perjuangan murni, tetapi matlamat akhir yang ingin dicapai-UMT yang unggul, cemerlang dan dihormati dalam tujahan ‘Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik’.

Itu adalah antara bait-bait mutiara kata daripada Naib Canselor UMT, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo tentang perjuangan dan hala tuju berpasukan UMT kearah mencari keunggulan.

Menyoroti kembali prestasi UMT pada tahun lepas. Membanggakan! UMT berjaya menempatkan kedudukan diantara yang cemerlang.  Kecemerlangan ini telah dinilai dari segi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui penarafan SETARA oleh MQA dengan memperoleh Tier 5 (cemerlang) berbanding Tier 4 (sangat baik) pada penilainnya sebelumnya. Pencapaian ini membuktikan UMT berjaya meningkatkan sistem governans, proses pengurusan dan kualiti bakat akademik P&P dengan ketara. Bagaimanapun, usaha yang berterusan masih perlu dilakukan terutamanya bagi meningkatkan kualiti graduan dan tahap kepuasan mereka.

Tidak terhenti disini, kegembiraan berganda juga turut dirasai apabila UMT mendapat pengiktirafan autonomi dalam empat bidang utama iaitu; Governan Institusi, Kewangan dan Penjanaan Pendapatan, Sumber Manusia dan Pengurusan Akademik serta Kemasukan Pelajar.

Secara amnya, autonomi ialah pemerintahan sendiri yang bila diterjemahkan dalam konteks universiti, ia menjelaskan maksud kuasa diberikan kepada sesebuah universiti bagi tujuan menjadikannya institusi berinovasi dan berdaya saing. Kerana, Pencapaian Tier 5 oleh SETARA dan Pengiktirafan autonomi ini bukan sahaja untuk menyaingi keperluan semasa semata - mata, malah lebih utama untuk menjadikan institusi lebih proaktif dan berkaliber.

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo yang dipetik dari buku beliau, Syarahan Tahunan Naib Canselor 2015 berkata “Masanya telah berlalu untuk mencapai kecemerlangan, sekarang kita perlu bekerja keras untuk memburu keunggulan”.  Kerana menurut beliau juga, cabaran paling getir yang dihadapi oleh komuniti IPT Awam ialah gelombang globalisasi. Keupayaan, kemajuan dan pencapaian kita diukur oleh masyarakat daripada perspektif global.

Oleh itu, kepercayaan kementerian keatas UMT ini telah membuktikan UMT sememangnya dipercayai dan diperakui kemampuannya menjalankan amanah bagi melestarikan apa jua aspek pendidikan tinggi negara dan hasrat murni kementerian seharusnya dibalas dengan usaha UMT untuk mencari keunggulan sebagai kesinambungan kecemerlangan yang telah dirangkul. Bagi merealisasikan impian ini, Naib Canselor UMT menyarankan “kembangkan pembudayaan pemikiran mendahului zaman dan sentiasa berada di barisan hadapan ufuk ilmu”.

SYABAS UMT!

Oleh: Suryati Binti Salleh,  CommID

ARKIB 2017

UMT & CTI-CFF Rungkai Potensi Terumbu Karang Buatan
Selamat Datang Pelajar Baharu UMT Sesi 2017/2018
“NEGARAKU SEHATI SEJIWA” Diterjemah Warga UMT Melalui Hari Keluarga Merdeka UMT
KONVENSYEN PEMIMPIN MAHASISWA KEBANGSAAN 2017 ‘MAHASISWA KE ARAH TN50 – MELAHIRKAN GENERASI WASATIYYAH’
Pameran Antarabangsa "Rahsia Ikan Lut sinar"
Komitmen UMT pada komuniti Setiu melalui Penyelidikan Translasional UMT
GLOBAL TOURISM CONFERENCE 2017 PEMANGKIN EKONOMI GLOBAL
SATREPS - COSMOS RESEARCH LABORATORY
Syawal 1438H dirai meriah
Ramadan Membawa Rahmat kepada Pelajar Baharu UMT
Ramadan Bulan Penuh Rahmat dan Keampunan
Karnival WOW 2017 UMT Meriah di Teluk Ketapang
Sambutan World Ocean Week 2017 Lebih Meriah
UMT menang besar dalam Anugerah Buku Negara 2017
UMT Giat Usaha Lindungi Hidupan Marin
UMT menang besar dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016
‘Young Motivator Competition’ (U-Mac) bentuk keyakinan berkomunikasi pelajar UMT
Felicitaciones (Tahniah)!
Keunikan UMT Tarik Perhatian Pengunjung LIMA '17
EMAC UMT Anjur Balloon X Charity Run Kumpul Dana bagi Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (MISI K)
Majlis Apresiasi Media 2017 tanda penghargaan UMT kepada Pengamal Media Tempatan
UMT Fokus Penyelidikan Translational untuk Manfaat Komuniti, Negara dan Global
UMT Lancar Program 2u2i Sarjana Muda Perakaunan dan Tandatangan Perjanjian Bersama ACCA
ICTLHE 2017 temukan UMT dan UniSZA demi Kesepunyaan dan Keserakanaan
UMT Sailing Team sertai 15th Royal Langkawi International Regatta 2017
UMT & Celcom Axiata Berhad Bekerjasama Sampaikan Misi Bantuan Banjir
UMT Vice-Chancellor Received Honorary Awards from Swansea University
Prof Dr Nora aini Pendaftar UMT baharu

ARKIB 2016

UMT tuan rumah Mesyuarat Tahunan TROPIMUNDO Steering Board (STEB) Committee Meeting dan Selection New Intake Meeting 2016
UMT anjur Go Green Ride 2016 bersama KPT dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG)
UMT raih anugerah sempena Anugerah Buku Negara 2016
UMT Anjur UMTAS ke-13
PISM UMT Anjur Kem Bijak Aulad 2016
UMT Terima TNC HEPA yang Baharu
Ilmu Pengetahuan & Pengalaman dari Pensyarah Bekalan & Inspirasi Graduan UMT
Suami Isteri Terima Ijazah Sarjana Serentak Sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-14
Majlis Konvokesyen ke-14 UMT rai 2806 Graduan
SAMBUTAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 SEMAKIN TERASA!
Para Saintis & Jurutera Bertemu di UMT Ungkai Isu Kelautan, Aeroangkasa & Mekanikal
Komuniti Inovatif Tema Utama ICSED 2016 Universiti Malaysia Terengganu
Diversiti UMT Diserikan dengan UMT Colour Run
Investment Policy Statement (IPS) Universiti Malaysia Terengganu Dilancarkan
Tanah Bencah Setiu Bakal Taman Negeri Terengganu Pertama
Ekosistem Bakau Khazanah Alam
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2016/2017 Berjalan Lancar
Program Jelajah Forum dan Ekspo MAMPAN 2016 Kuala Terengganu (JFEM16KT)
UMT Tawarkan 2,485 Tempat bagi Ijazah Sarjana Muda
Wakil Pelajar PPSMS dan PPSA Menang Tesis Terbaik
Kemenangan Besar UMT - Pertandingan NRIC & CoRIC 2016 USM
Pelajar PPPSE & PPIMG UMT Menang Anugerah di Global Youth Leaders Travel & Learning Camp (GYLTLC) 2016
Majlis Raya UMT Rai Anak Yatim & Warga UMT
Raikan Lebaran Kemeriahan Dikongsi
Program Cakna Asnaf UMT Bantu 600 Fakir Miskin
3000 Hadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana UMT
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan – Ganjaran Memberi
Mengingati Hari Lautan Sedunia
Diploma Perikanan UMT Terima 4992 Permohonan Kemasukan Belajar
UMT Giat Jalankan Program Kesedaran Marin
PM Rasmi Sambutan Minggu Lautan Sedunia di Universiti Malaysia Terengganu
UMT Menang 13 Pingat di Pameran 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2016)
Siti Maya Simbol Penyelidikan UMT di Tasik Kenyir
Penyelidikan Pensyarah UMT diiktiraf Nature Publishing Group

ARKIB 2015

Teaching Accountancy Firm Pertama Di Malaysia Dan Pertama Di Dunia
Fatwa Pembunuhan Haram Binatang Liar Adalah Haram - Tahniah Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)
BoG-pNA, Mengesan Wabak Cirit-Birit & Demam Kepialu Meraih Emas di PECIPTA’15
Pelancaran Buku
Majlis Konvokesyen kali ke-13, Universiti Malaysia Terengganu
Keputusan Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2015/2016
Jelajah Kayak Merdeka Sungai Terengganu
Pendaftaran Pelajar Baharu UMT Sesi 2015/2016
Pingat Emas untuk Tenis Campuran Hadiah Bermakna Buat UMT
Projek Inovasi Penampal Luka & Penyelesaian Masalah Sistem Penghadaman Manusia Telah Merangkul Emas
Kumpulan CUBE Merintis Kecemerlangan Inovasi Pengurusan
7 Negara Bersatu Demi Ekosistem Sejagat
Rahmat Seluas Lautan, UMT Cakna Komuniti Jejak Asnaf & Ziarah Fakir Miskin
Marhaban Ya Ramadhan
Penyelidik UMT Mendapat Pengiktiraran Sempena ITEX’15
Naib Canselor Wanita Pertama UMT
Bina Kerjaya dalam Bidang Kelautan
Mencapai Kecemerlangan, Mencari Keunggulan
Fokus untuk Tarik Pelajar Cemerlang
Unggul, Cemerlang & Dihormati
Khazanah Lautan Jadi Fokus Penyelidikan
RV Discovery : Ikon & Aset Penyelidikan Kebanggaan UMT

ARKIB 2014

MISI BANTUAN BENCANA UMT
Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Terengganu
Molekul Tunggal: ‘Wira belakang tabir’
Hijrah itu Satu Permulaan
Pesta Cahaya Deepavali
Aidiladha, Kisah Pengorbanan Sebenar
2380 Pelajar Baru, 6003 Pelajar Lama Mulai Mendaftar
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Institut Penyelidikan Kenyir
Salam Aidilfitri 1435
FASTABIQUL KHAIRAT
World Ocean Week 2014
Minggu Jalinan Mesra 2014