Tajuk Pilihan

Pendaftaran Pelajar Baharu UMT Sesi 2015/2016

Pendaftaran Pelajar Baharu UMT Sesi 2015/2016

Thursday, 03/09/2015

Kongsi Artikel ini :

Seramai 2,348 pelajar melafazkan ikrar sebagai pelajar baharu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sempena Majlis Ikrar Pelajar Sesi 2015/2016 yang diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Sultan Mizan.

Majlis lafaz ikrar tersebut telah diketuai oleh Muhammad Muizzuddin b Muhammad Ridzuan di hadapan Naib Canselor UMT, Profesor Dato` Dr. Nor Aieni Binti Haji Mokhtar, Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan semua barisan pensyarah termasuklah kakitangan sokongan.

Majlis ini merupakan kemuncak kepada Minggu Jalinan Mesra (MJM) bagi program Sarjana Muda yang akan diadakan selama seminggu bertujuan mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu bagi sesi 2015/2016 dan juga bagi memberi pendedahan awal kepada mereka sebelum memulakan sesi pengajian kelak.

Lafaz ikrar pelajar adalah sebagai tanda mematuhi segala Akta, Perlembagaan, Statut dan peraturan Universiti serta iltizam untuk memanfaatkan peluang dan menjaga nama baik universiti ini.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pada sesi kemasukan kali ini, seramai 29,116 calon telah memohon untuk program Sarjana Muda di UMT tetapi hanya 2,955 calon sahaja yang telah ditawarkan mengikuti pengajian di UMT. Seramai 1,546 pelajar telah terpilih untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang sains, manakala seramai 802 pelajar pula terpilih di dalam bidang sains sosial. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, mahasiswi telah mendominasi tempat pengajian di UMT iaitu seramai 1,831 (78%) mahasiswi dan hanya 517 (22%) mahasiswa baharu yang mendaftarkan diri.

UMT juga turut bertuah kerana menjadi pilihan bagi pelajar Orang Kurang Upaya (OKU). Pada sesi kali ini, seramai lima (5) pelajar OKU cacat anggota telah berdaftar. Salah seorang pelajar OKU tersebut merupakan anak orang asli yang berasal daripada Negeri Sembilan. Beliau ialah Fayhearina a/k Yusoff, 19, yang merupakan antara 2,348 pelajar baharu UMT yang mendaftar. Beliau yang cacat kaki kanan ini memilih untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Samudera.

Menurut Naib Canselor UMT, walaupun UMT merupakan sebuah universiti yang agak muda, namun UMT tidak pernah sesekali berkompromi di dalam memastikan kecemerlangan kualiti pengajaran dan pembelajarannya. Tinggi Malaysia (SETARA) telah menganugerahkan penarafan Tier 5 (Cemerlang) kepada UMT pada tahun lepas.

Tambah beliau lagi, UMT mempunyai ramai pensyarah dan tenaga pengajar yang pakar dan ternama dalam bidang masing-masing. Ramai dari kalangan mereka telah berjaya memenangi pelbagai anugerah khas penyelidikan di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Kini universiti mempunyai jumlah pensyarah berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus dan angka ini adalah setanding dengan universiti awam lain yang telah bertapak lebih lama dari UMT.

Perspektif akademia baharu yang menjadi kerangka kepada seluruh warga universiti juga akan membantu dan mempertingkatkan potensi pelajar secara holistik yang mampu menyumbang untuk kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam, selari dengan visi dan misi UMT. Kebertanggungjawaban pelajar baharu untuk menampilkan sikap dan budaya yang matang dan menjadi pewaris kesinambungan pembangunan negara kelak.

Disediakan oleh:

Rosmawati Deraman
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu

ARKIB 2017

7 Sekawan Pegawai UMT Terima Ijazah Sarjana
Mahasiswa UMT Sumbang Bakti Bersama Komuniti Kg. Pantai Senok
MyREN-X Inisiatif Kerajaan Perkasa Pendidikan Masa Hadapan
PECIPTA 2017; Manifestasi Konsep Translasional
Majlis Anugerah Tahunan 2017 UMT Meriah!
STUDIO AL-QURAN ULUL ALBAB; PERTAMA DI BUMI ULUL ALBAB, BESUT
UMT & CTI-CFF Rungkai Potensi Terumbu Karang Buatan
Selamat Datang Pelajar Baharu UMT Sesi 2017/2018
“NEGARAKU SEHATI SEJIWA” Diterjemah Warga UMT Melalui Hari Keluarga Merdeka UMT
KONVENSYEN PEMIMPIN MAHASISWA KEBANGSAAN 2017 ‘MAHASISWA KE ARAH TN50 – MELAHIRKAN GENERASI WASATIYYAH’
Pameran Antarabangsa "Rahsia Ikan Lut sinar"
Komitmen UMT pada komuniti Setiu melalui Penyelidikan Translasional UMT
GLOBAL TOURISM CONFERENCE 2017 PEMANGKIN EKONOMI GLOBAL
SATREPS - COSMOS RESEARCH LABORATORY
Syawal 1438H dirai meriah
Ramadan Membawa Rahmat kepada Pelajar Baharu UMT
Ramadan Bulan Penuh Rahmat dan Keampunan
Karnival WOW 2017 UMT Meriah di Teluk Ketapang
Sambutan World Ocean Week 2017 Lebih Meriah
UMT menang besar dalam Anugerah Buku Negara 2017
UMT Giat Usaha Lindungi Hidupan Marin
UMT menang besar dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016
‘Young Motivator Competition’ (U-Mac) bentuk keyakinan berkomunikasi pelajar UMT
Felicitaciones (Tahniah)!
Keunikan UMT Tarik Perhatian Pengunjung LIMA '17
EMAC UMT Anjur Balloon X Charity Run Kumpul Dana bagi Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (MISI K)
Majlis Apresiasi Media 2017 tanda penghargaan UMT kepada Pengamal Media Tempatan
UMT Fokus Penyelidikan Translational untuk Manfaat Komuniti, Negara dan Global
UMT Lancar Program 2u2i Sarjana Muda Perakaunan dan Tandatangan Perjanjian Bersama ACCA
ICTLHE 2017 temukan UMT dan UniSZA demi Kesepunyaan dan Keserakanaan
UMT Sailing Team sertai 15th Royal Langkawi International Regatta 2017
UMT & Celcom Axiata Berhad Bekerjasama Sampaikan Misi Bantuan Banjir
UMT Vice-Chancellor Received Honorary Awards from Swansea University
Prof Dr Nora aini Pendaftar UMT baharu

ARKIB 2016

UMT tuan rumah Mesyuarat Tahunan TROPIMUNDO Steering Board (STEB) Committee Meeting dan Selection New Intake Meeting 2016
UMT anjur Go Green Ride 2016 bersama KPT dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG)
UMT raih anugerah sempena Anugerah Buku Negara 2016
UMT Anjur UMTAS ke-13
PISM UMT Anjur Kem Bijak Aulad 2016
UMT Terima TNC HEPA yang Baharu
Ilmu Pengetahuan & Pengalaman dari Pensyarah Bekalan & Inspirasi Graduan UMT
Suami Isteri Terima Ijazah Sarjana Serentak Sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-14
Majlis Konvokesyen ke-14 UMT rai 2806 Graduan
SAMBUTAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 SEMAKIN TERASA!
Para Saintis & Jurutera Bertemu di UMT Ungkai Isu Kelautan, Aeroangkasa & Mekanikal
Komuniti Inovatif Tema Utama ICSED 2016 Universiti Malaysia Terengganu
Diversiti UMT Diserikan dengan UMT Colour Run
Investment Policy Statement (IPS) Universiti Malaysia Terengganu Dilancarkan
Tanah Bencah Setiu Bakal Taman Negeri Terengganu Pertama
Ekosistem Bakau Khazanah Alam
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2016/2017 Berjalan Lancar
Program Jelajah Forum dan Ekspo MAMPAN 2016 Kuala Terengganu (JFEM16KT)
UMT Tawarkan 2,485 Tempat bagi Ijazah Sarjana Muda
Wakil Pelajar PPSMS dan PPSA Menang Tesis Terbaik
Kemenangan Besar UMT - Pertandingan NRIC & CoRIC 2016 USM
Pelajar PPPSE & PPIMG UMT Menang Anugerah di Global Youth Leaders Travel & Learning Camp (GYLTLC) 2016
Majlis Raya UMT Rai Anak Yatim & Warga UMT
Raikan Lebaran Kemeriahan Dikongsi
Program Cakna Asnaf UMT Bantu 600 Fakir Miskin
3000 Hadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana UMT
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan – Ganjaran Memberi
Mengingati Hari Lautan Sedunia
Diploma Perikanan UMT Terima 4992 Permohonan Kemasukan Belajar
UMT Giat Jalankan Program Kesedaran Marin
PM Rasmi Sambutan Minggu Lautan Sedunia di Universiti Malaysia Terengganu
UMT Menang 13 Pingat di Pameran 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2016)
Siti Maya Simbol Penyelidikan UMT di Tasik Kenyir
Penyelidikan Pensyarah UMT diiktiraf Nature Publishing Group

ARKIB 2015

Teaching Accountancy Firm Pertama Di Malaysia Dan Pertama Di Dunia
Fatwa Pembunuhan Haram Binatang Liar Adalah Haram - Tahniah Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)
BoG-pNA, Mengesan Wabak Cirit-Birit & Demam Kepialu Meraih Emas di PECIPTA’15
Pelancaran Buku
Majlis Konvokesyen kali ke-13, Universiti Malaysia Terengganu
Keputusan Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2015/2016
Jelajah Kayak Merdeka Sungai Terengganu
Pendaftaran Pelajar Baharu UMT Sesi 2015/2016
Pingat Emas untuk Tenis Campuran Hadiah Bermakna Buat UMT
Projek Inovasi Penampal Luka & Penyelesaian Masalah Sistem Penghadaman Manusia Telah Merangkul Emas
Kumpulan CUBE Merintis Kecemerlangan Inovasi Pengurusan
7 Negara Bersatu Demi Ekosistem Sejagat
Rahmat Seluas Lautan, UMT Cakna Komuniti Jejak Asnaf & Ziarah Fakir Miskin
Marhaban Ya Ramadhan
Penyelidik UMT Mendapat Pengiktiraran Sempena ITEX’15
Naib Canselor Wanita Pertama UMT
Bina Kerjaya dalam Bidang Kelautan
Mencapai Kecemerlangan, Mencari Keunggulan
Fokus untuk Tarik Pelajar Cemerlang
Unggul, Cemerlang & Dihormati
Khazanah Lautan Jadi Fokus Penyelidikan
RV Discovery : Ikon & Aset Penyelidikan Kebanggaan UMT

ARKIB 2014

MISI BANTUAN BENCANA UMT
Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Terengganu
Molekul Tunggal: ‘Wira belakang tabir’
Hijrah itu Satu Permulaan
Pesta Cahaya Deepavali
Aidiladha, Kisah Pengorbanan Sebenar
2380 Pelajar Baru, 6003 Pelajar Lama Mulai Mendaftar
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Institut Penyelidikan Kenyir
Salam Aidilfitri 1435
FASTABIQUL KHAIRAT
World Ocean Week 2014
Minggu Jalinan Mesra 2014