Tajuk Pilihan
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan – Ganjaran Memberi
Wednesday, 15/06/2016
Kongsi Artikel ini :9 Ramadhan 1437h
Setiap tahun, kedatangan bulan Ramadhan amat ditunggu bagi semua Muslimin Muslimat di seluruh dunia. Masakan tidak, beribu ganjaran dan pahala disediakan khas untuk kita pada bulan ini.
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”
(HR Ahmad dan At Tabrani, daripada Anas).
Doa tersebut sentiasa meniti bibir mereka yang menantikan ketibaan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmat ini. Nikmat terasa bilamana umur dipanjangkan sehingga ke bulan Ramadhan ini, bagi merasai ganjaran amalan yang Allah gandakan 1000 kali lebih besar dari bulan yang lain. Salah satu pintu yang sentiasa terbuka dan tersedia buat mereka yang bersungguh-sungguh ingin meraih ganjaran di bulan Ramadhan ini adalah dengan memberi atau bersedekah.
إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.”
(HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalamShahihul Jami’, 1744)
Dari Hadis ini, kita dapat simpulkan bahawa bakhil adalah akhlak yang buruk dan bukanlah akhlak mukmin yang sejati. Begitu dengan dengan sifat meminta-minta, bukanlah ciri mukmin yang baik. Tetapi, sifat memberi itu sangat dicintai Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW:
اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.”
(HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)
Bila kita berbicara berkenaan pemberian atau bersedekah, kadang kala definisi itu hanya tertumpu kepada wang ringgit semata. Sesungguhnya, ketahuilah bahawa maksud “pemberian” itu sangat besar dan sungguhpun kita tidak mampu memberi dari segi kewangan, namun memberi itu dapat dilakukan dengan cara lain, yang kadang-kadang lebih bernilai dari wang ringgit.
Lantunan kata-kata yang baik, dorongan, tunjuk ajar, bantuan yang memudahkan urusan orang lain, nasihat, kasih-sayang, perhatian, penghargaan, menjadi pendengar yang baik, mendorong orang lain untuk selalu berfikiran positif adalah sebenarnya salah satu bentuk pemberian serta kebaikan yang boleh diberikan kepada orang sekeliling.
Apabila kita memberi, “kita sebenarnya sedang memberi kepada diri kita sendiri”, walaupun semua itu berlaku tanpa kita sedari dan ianya bukan niat utama kita ketika mula-mula memberi. Lantunan kata yang baik kepada kawan kita, merupakan penyejuk hati kita yang bersedih atas situasi yang menimpa diri kita. Kasih-sayang dan nasihat yang kita berikan kepada keluarga kita, sebenarnya turut menjadi “makanan rohani” kita. Begitu juga denga dorongan yang positif yang kita berikan kepada orang sekeliling, sebenarnya memberikan aura yang sangat positif bagi diri kita sendiri. Sesungguhnya, dengan apa yang kita ada, bilamana kita mula memberi, nescaya kita akan mendapat kembali nikmat serta ganjaran yang lebih hebat dari Allah SWT.
Sejajar dengan tugas & tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini, kita seharusnya memainkan peranan memberi sebanyak mungkin kebaikan kepada semua makhluk Allah SWT. Malangnya, dalam hidup ini ramai manusia mementingkan untuk mendapatkan sesuatu tetapi bukan untuk memberi. Mendapatkan sesuatu pada sangkaan mereka membahagiakan, maka berlakulah persaingan dan perebutan. Namun, apa yang kita dapat adalah kekecewaan, kesedihan juga tekanan. Berbaloikah sedemikian?
Hidup yang singkat ini, tidak sepatutnya digunakan untuk bersaing tetapi untuk berkongsi. Orang yang banyak menerima akan hanya dapat meningkatkan kuantiti harta dan orang yang banyak memberi akan dapat meningkatkan kualiti jiwa. Kita sepatutnya mengejar kualiti jiwa bukan kuantiti harta kerana matlamat hidup yang sebenar untuk mendapat kebahagiaan yang hakiki adalah dengan mengejar kualiti jiwa. Manakala kuantiti harta hanyalah sebagai alat sahaja.
Dalam konsep memberi ini, untuk kita mendapat kebahagiaan, kita mesti memberi terlebih dahulu kebahagiaan itu kepada orang lain. Untuk berasa gembira, gembirakanlah orang lain. Orang yang sentiasa berfikir untuk menggembirakan orang lain, InsyaAllah akan sentiasa dibukakan pintu kegembiraan buatnya oleh Allah SWT. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini, rahmat dan kebaikan yang Allah akan berikan kepada kita sudah tentunya akan lebih banyak dan mencurah-curah. Meskipun amat sedikit yang kita beri pada orang sekeliling, namun, dengan niat memberi itu, pastinya menerima ganjaran berbaloi dari Allah SWT.
Bijak pandai sering mengingatkan kita bahawa, kita tidak akan bahagia selagi orang yang berada disamping kita tidak bahagia. Ini bermakna kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha membahagiakan orang lain. Berikanlah apa yang Allah berikan kepada kita kerana di sana ada hak orang lain yang diamanahkan kepada kita. Sikap memberi sangat penting untuk mencipta keharmonian dalam sebarang bentuk komunikasi. Orang yang memberi lebih banyak mendengar daripada bercakap dalam berkomunikasi. Dengan lebih banyak mendengar, kasih sayang dan cinta akan lebih bersemarak, InsyaAllah.
Semoga Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, akan terisi dengan pemberian kita yang bukan sahaja berbentuk sedekah wang ringgit, malah kita bersedia memberi dengan menjadi pendengar, sahabat, saudara, pemimpin juga majikan yang lebih baik.
Dikeluarkan oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Tel: +609 – 668 5086
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan – Ganjaran Memberi
9 Ramadhan 1437h