Tajuk Pilihan

Ekosistem Bakau Khazanah Alam

Ekosistem Bakau Khazanah Alam

Tuesday, 04/10/2016

Kongsi Artikel ini :

SETIU 3 Oktober 2016 - Program Penghayatan Ekosistem Bakau telah dilaksanakan pada 3 Oktober lepas bertempat di Tanah Bencah Setiu, Setiu. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti pengembangan dan pemindahan ilmu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kepada masyarakat mengenai kepentingan dan kesedaran ekosistem bakau kepada ekosistem alam. Program tahunan ini dibiayai sepenuhnya oleh PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) dengan anjuran bersama oleh Stesen Penyelidikan Tanah Bencah Setiu UMT, Makmal Berpusat UMT dan Persatuan Alam Sekitar Setiu (dikenali secara ringkas sebagai SAHABAT SETIU) yang mewakili penduduk setempat Tanah Bencah Setiu.

Program pada tahun ini berjaya mengumpulkan seramai  120 peserta  yang terdiri daripada kakitangan pengurusan dan sokongan PCSB Kerteh, Terengganu, wakil daripada ibu pejabat PETRONAS, Kuala Lumpur, kakitangan dan pelatih Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) Batu Rakit, Terenggan, pelajar pasca siswazah dan prasiswazah UMT, pelajar sekolah yang menganggotai Kelab Internet Kampung Gong Batu, Setiu dan ahli-ahli SAHABAT SETIU.

Matlamat utama penganjuran program ini ialah untuk meningkatkan kefahaman orang awam mengenai keunikan persekitaran semula jadi Tanah Bencah Setiu, ekosistem pantai dan sumber aslinya. Kesedaran akan kepentingan tanah bencah oleh penduduk setempat dan pelbagai lapisan orang awam (sektor korporat, pelajar universiti, pelajar sekolah) dapat memberikan kesan yang signifikan, terutamanya kepada usaha pemuliharaan sesebuah ekosistem yang sensitif seperti tanah bencah. Secara tidak langsung, ini akan memperkukuhkan keperluan menguat kuasa rangka perundangan bagi menjamin kemapanan ekosistem Tanah Bencah Setiu. Semenjak program ini dilancarkan buat kali pertama pada tahun 2012, banyak peristiwa dan titik perubahan yang menjadikan Tanah Bencah Setiu tumpuan pihak-pihak yang berkaitan. Program ini telah menjadi salah satu faktor penggerak kepada pihak berkaitan untuk memulihara dan menguruskan Tanah Bencah Setiu demi kelangsungan hidup masyarakat setempat. Dengan sokongan padu daripada PCSB sebagai penaja program, UMT kekal memainkan peranan untuk memperkasakan masyarakat setempat terutamanya dalam penubuhan persatuan mereka iaitu SAHABAT SETIU yang menjadi saluran masyarakat setempat untuk menyuarakan hasrat mereka berkaitan dengan pemuliharaan tanah bencah yang menyokong kelangsungan hidup mereka.

Program Penghayatan Ekosistem Bakau Semai Semangat Kesukarelawanan

Seperti program pengembangan UMT yang lain, Program Penghayatan Ekosistem Bakau menjadi landasan penting bagi UMT untuk menyemai semangat kesukarelawanan kepada kakitangan dan para pelajarnya. Pelajar pascasiswazah dan prasiswazah UMT dipelawa untuk mengikuti program ini secara sukarela dan setiap tahun, pihak penganjur sentiasa menerima sambutan yang menggalakkan melebihi daripada bilangan yang diperlukan. Peluang dan pengalaman sebegini amat berharga bagi mereka terutamanya untuk meningkatkan kemahiran insaniah sebagai persediaan bergraduat kelak.

Pengisian Program Penghayatan Ekosistem Bakau direka bentuk agar ilmu yang dijana daripada aktitiviti penyelidikan UMT serta pengetahuan tradisi masyarakat setempat Tanah Bencah Setiu dikongsi dan dipindahkan kepada peserta program secara ‘hands on’. Peserta program melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti seperti apresiasi flora dan fauna ekosistem bakau, pungutan dan analisa sisa pepejal serta modul ilmu tradisi dan kelangsungan hidup masyarakat setempat melalui demonstrasi dan latihan membuat lekar, kerepek dan mengutip lokan di kawasan paya bakau. Wacana berkaitan dengan khidmat ekosistem paya bakau dan kesinambungan ekosistem bakau dengan ekosistem samudera dan daratan turut dikongsi bersama peserta. Adalah menjadi harapan UMT agar dalam jangka masa terdekat masyarakat setempat akan mempunyai keupayaan penuh untuk mengambil alih program ini serta program-program yang setara sebagai salah satu aktiviti yang membantu menjana pendapatan mereka di samping menjaga alam sekitar dan sumber-sumber semulajadi Tanah Bencah Setiu.

Dikeluarkan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
Universiti Malaysia Terengganu

Tel: 09 – 668 5086/ 4339

ARKIB 2017

7 Sekawan Pegawai UMT Terima Ijazah Sarjana
Mahasiswa UMT Sumbang Bakti Bersama Komuniti Kg. Pantai Senok
MyREN-X Inisiatif Kerajaan Perkasa Pendidikan Masa Hadapan
PECIPTA 2017; Manifestasi Konsep Translasional
Majlis Anugerah Tahunan 2017 UMT Meriah!
STUDIO AL-QURAN ULUL ALBAB; PERTAMA DI BUMI ULUL ALBAB, BESUT
UMT & CTI-CFF Rungkai Potensi Terumbu Karang Buatan
Selamat Datang Pelajar Baharu UMT Sesi 2017/2018
“NEGARAKU SEHATI SEJIWA” Diterjemah Warga UMT Melalui Hari Keluarga Merdeka UMT
KONVENSYEN PEMIMPIN MAHASISWA KEBANGSAAN 2017 ‘MAHASISWA KE ARAH TN50 – MELAHIRKAN GENERASI WASATIYYAH’
Pameran Antarabangsa "Rahsia Ikan Lut sinar"
Komitmen UMT pada komuniti Setiu melalui Penyelidikan Translasional UMT
GLOBAL TOURISM CONFERENCE 2017 PEMANGKIN EKONOMI GLOBAL
SATREPS - COSMOS RESEARCH LABORATORY
Syawal 1438H dirai meriah
Ramadan Membawa Rahmat kepada Pelajar Baharu UMT
Ramadan Bulan Penuh Rahmat dan Keampunan
Karnival WOW 2017 UMT Meriah di Teluk Ketapang
Sambutan World Ocean Week 2017 Lebih Meriah
UMT menang besar dalam Anugerah Buku Negara 2017
UMT Giat Usaha Lindungi Hidupan Marin
UMT menang besar dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016
‘Young Motivator Competition’ (U-Mac) bentuk keyakinan berkomunikasi pelajar UMT
Felicitaciones (Tahniah)!
Keunikan UMT Tarik Perhatian Pengunjung LIMA '17
EMAC UMT Anjur Balloon X Charity Run Kumpul Dana bagi Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (MISI K)
Majlis Apresiasi Media 2017 tanda penghargaan UMT kepada Pengamal Media Tempatan
UMT Fokus Penyelidikan Translational untuk Manfaat Komuniti, Negara dan Global
UMT Lancar Program 2u2i Sarjana Muda Perakaunan dan Tandatangan Perjanjian Bersama ACCA
ICTLHE 2017 temukan UMT dan UniSZA demi Kesepunyaan dan Keserakanaan
UMT Sailing Team sertai 15th Royal Langkawi International Regatta 2017
UMT & Celcom Axiata Berhad Bekerjasama Sampaikan Misi Bantuan Banjir
UMT Vice-Chancellor Received Honorary Awards from Swansea University
Prof Dr Nora aini Pendaftar UMT baharu

ARKIB 2016

UMT tuan rumah Mesyuarat Tahunan TROPIMUNDO Steering Board (STEB) Committee Meeting dan Selection New Intake Meeting 2016
UMT anjur Go Green Ride 2016 bersama KPT dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG)
UMT raih anugerah sempena Anugerah Buku Negara 2016
UMT Anjur UMTAS ke-13
PISM UMT Anjur Kem Bijak Aulad 2016
UMT Terima TNC HEPA yang Baharu
Ilmu Pengetahuan & Pengalaman dari Pensyarah Bekalan & Inspirasi Graduan UMT
Suami Isteri Terima Ijazah Sarjana Serentak Sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-14
Majlis Konvokesyen ke-14 UMT rai 2806 Graduan
SAMBUTAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 SEMAKIN TERASA!
Para Saintis & Jurutera Bertemu di UMT Ungkai Isu Kelautan, Aeroangkasa & Mekanikal
Komuniti Inovatif Tema Utama ICSED 2016 Universiti Malaysia Terengganu
Diversiti UMT Diserikan dengan UMT Colour Run
Investment Policy Statement (IPS) Universiti Malaysia Terengganu Dilancarkan
Tanah Bencah Setiu Bakal Taman Negeri Terengganu Pertama
Ekosistem Bakau Khazanah Alam
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2016/2017 Berjalan Lancar
Program Jelajah Forum dan Ekspo MAMPAN 2016 Kuala Terengganu (JFEM16KT)
UMT Tawarkan 2,485 Tempat bagi Ijazah Sarjana Muda
Wakil Pelajar PPSMS dan PPSA Menang Tesis Terbaik
Kemenangan Besar UMT - Pertandingan NRIC & CoRIC 2016 USM
Pelajar PPPSE & PPIMG UMT Menang Anugerah di Global Youth Leaders Travel & Learning Camp (GYLTLC) 2016
Majlis Raya UMT Rai Anak Yatim & Warga UMT
Raikan Lebaran Kemeriahan Dikongsi
Program Cakna Asnaf UMT Bantu 600 Fakir Miskin
3000 Hadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana UMT
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan – Ganjaran Memberi
Mengingati Hari Lautan Sedunia
Diploma Perikanan UMT Terima 4992 Permohonan Kemasukan Belajar
UMT Giat Jalankan Program Kesedaran Marin
PM Rasmi Sambutan Minggu Lautan Sedunia di Universiti Malaysia Terengganu
UMT Menang 13 Pingat di Pameran 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2016)
Siti Maya Simbol Penyelidikan UMT di Tasik Kenyir
Penyelidikan Pensyarah UMT diiktiraf Nature Publishing Group

ARKIB 2015

Teaching Accountancy Firm Pertama Di Malaysia Dan Pertama Di Dunia
Fatwa Pembunuhan Haram Binatang Liar Adalah Haram - Tahniah Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)
BoG-pNA, Mengesan Wabak Cirit-Birit & Demam Kepialu Meraih Emas di PECIPTA’15
Pelancaran Buku
Majlis Konvokesyen kali ke-13, Universiti Malaysia Terengganu
Keputusan Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2015/2016
Jelajah Kayak Merdeka Sungai Terengganu
Pendaftaran Pelajar Baharu UMT Sesi 2015/2016
Pingat Emas untuk Tenis Campuran Hadiah Bermakna Buat UMT
Projek Inovasi Penampal Luka & Penyelesaian Masalah Sistem Penghadaman Manusia Telah Merangkul Emas
Kumpulan CUBE Merintis Kecemerlangan Inovasi Pengurusan
7 Negara Bersatu Demi Ekosistem Sejagat
Rahmat Seluas Lautan, UMT Cakna Komuniti Jejak Asnaf & Ziarah Fakir Miskin
Marhaban Ya Ramadhan
Penyelidik UMT Mendapat Pengiktiraran Sempena ITEX’15
Naib Canselor Wanita Pertama UMT
Bina Kerjaya dalam Bidang Kelautan
Mencapai Kecemerlangan, Mencari Keunggulan
Fokus untuk Tarik Pelajar Cemerlang
Unggul, Cemerlang & Dihormati
Khazanah Lautan Jadi Fokus Penyelidikan
RV Discovery : Ikon & Aset Penyelidikan Kebanggaan UMT

ARKIB 2014

MISI BANTUAN BENCANA UMT
Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Terengganu
Molekul Tunggal: ‘Wira belakang tabir’
Hijrah itu Satu Permulaan
Pesta Cahaya Deepavali
Aidiladha, Kisah Pengorbanan Sebenar
2380 Pelajar Baru, 6003 Pelajar Lama Mulai Mendaftar
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Institut Penyelidikan Kenyir
Salam Aidilfitri 1435
FASTABIQUL KHAIRAT
World Ocean Week 2014
Minggu Jalinan Mesra 2014