background image web

Logo

logo korporat

Logo UMT dihasilkan melalui beberapa elemen asas yang telah diringkaskan dan digubah dengan rapi.

Warna Oren

Melambangkan elemen teknologi yang mana universiti ini lebih berlandaskan teknologi baru dalam meningkatkan penyelidikan di universiti ini.

Warna Putih

Melambangkan kesucian ilmu yang akan dituntut oleh agama dan ia merupakan ilmu yang syumul yang dapat digunakan oleh masyarakat dan bangsa di negara ini.

Warna Kelabu Muda

Melambangkan mahasiswa di universiti ini yang mempunyai semangat waja dalam menuntut ilmu dan memperkembangkan kepada negara dan generasi baru.

Warna Ungu

Melambangkan sumber alam yang menghasilkan graduan yang syumul dan akan dapat menyumbangkan kepada pembangunan Agama, Bangsa dan Negara.

Warna Merah

Melambangkan keberanian dan sedia menghadapi cabaran.

Imej Segitiga

Melambangkan sebuah organisasi akademik yang dinamik dan teguh. Manakala lingkaran atom yang mengelilingi imej segitiga merupakan elemen dari teknologi yang dipermudah dari elemen ‘wave, fiber dan wireless’.

Imej Batu Karang

Mewakili Teknologi Sains Biologi Hidupan Laut, Biologi Marin, ekosistem dan penyelidikan melindungi khazanah laut yang merupakan penyelidikan terpenting yang dijalankan di Universiti ini.

Perkataan UMT

Perkataan UMT adalah singkatan kepada Universiti Malaysia Terengganu.

Warna UMT

Tiga (3) warna utama pada logo iaitu kelabu muda, oren dan merah diletakkan bersama dan disusun kelihatan membentuk huruf ‘V’ yang membawa maksud ‘victory’ iaitu kejayaan/
kemenangan. 