Dasar Penafian


Keselamatan Maklumat Laman Universiti mempunyai penilaian keselamatan untuk menangani kehilangan, penyalahgunaan dan pengubahsuaian maklumat seperti yang dinyatakan dalam Dasar Teknologi Maklumat UMT. Nama login dan kata laluan diperlukan untuk memasuki kawasan secure. Sebelum maklumat peribadi (seperti keputusan peperiksaan) dipaparkan di laman web, pengunjung dikehendaki memasukkan nombor pelajar atau staf. Ini untuk memastikan maklumat yang dipaparkan hanya dikhususkan untuk pengguna tertentu. Sila pastikan kata laluan anda disimpan dengan selamat dan tidak dapat diketahui oleh pihak lain. Penggunaan Maklumat Peribadi Maklumat peribadi yang anda beri secara atas talian akan digunakan oleh staf Universiti dalam mengendalikan urusan Universiti. Penggunaan tersebut merangkumi isu-isu yang berkaitan dengan pendaftaran pelajar, penyediaan perkhidmatan dan penyebaran maklumat kepada kakitangan, prospek pelajar dan graduan. Pihak Universiti juga boleh menggunakan alamat IP anda untuk membantu mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dengan pelayan dan pentadbir sesuatu tapak web. Penyebaran Maklumat Peribadi Pihak Universiti tidak akan menyebarkan maklumat peribadi anda kepada pihak luar Universiti. Walau bagaimanapun, alamat e-mail staf boleh didapati di dalam laman web ini untuk memudahkan pihak-pihak yang berkaitan berurusan dengan UMT. Hakcipta Semua aspek berkenaan laman web ini termasuk rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan lain-lain adalah hak cipta UMT kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada UMT.