Visi, Misi, Fungsi & Objektif Universiti

FALSAFAH UMT

Ilmu dan Amal yang Berpadu Berlandaskan Keimanan Kepada Allah Adalah Tonggak Kepada Usaha Universiti Menyediakan Modal Insan yang Berwibawa untuk Kelestarian Sejagat.

VISI

Universiti Berfokus Marin Terunggul Dalam Negara dan Disegani Diperingkat Global

MISI

Menjana Ilmu Untuk Kesejahteraan Masyarakat dan Kelestarian Alam.

Fungsi 

  • Mendokong misi universiti untuk menjadi pusat pembelajaran dan penyelidikan yang ulung dalam menyumbang kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu dan juga kepada pembentukan kekayaan serta pembangunan negara. 

  • Menyediakan tenaga kerja terlatih yang mempunyai kemahiran profesional yang tinggi dan diperkukuhkan dengan pendisiplin diri serta membentuk ciri-ciri murni dan etika kerja yang positif.

  • Melahirkan graduan yang peka kepada idea dalam pengurusan dan responsif kepada perubahan semasa serta menjadi 'role-model' kepada pelajar dan masyarakat.

  • Memberi khidmat melalui penyebaran idea dan amalan baru serta mencari penyelesaian terhadap masalah semasa dalam masyarakat.

  • Menjalin hubungan antara universiti, institusi-institusi lain dan industri demi kepentingan bersama dan pembangunan negara.

  • Menyokong misi universiti untuk menjadi sebuah pusat penyelidikan dan pembelajaran yang teratur di samping menyediakan perkhidmatan yang baik dan penerokaan dalam pelbagai teknologi yang baru.

Objektif

  • Menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan dengan Sains, Teknologi dan Pengurusan Sumber Alam melalui penyelidikan.

  • Menyediakan kemudahan terkini (makmal, perpustakaan, pengkomputeran dan persekitaran) sebagai menyokong pembangunan ilmu, pembelajaran dan kesarjanaan.

  • Menawarkan program pengajian yang cemerlang untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan. Menghasilkan graduan yang bertanggungjawab, berilmu, berkeyakinan dan berketrampilan.

  • Memainkan peranan aktif dalam pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan melalui perkhidmatan pengembangan kepada masyarakat setempat dan kawasan Pantai Timur Semenanjung dan Malaysia, amnya.