Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM)

Pengenalan

Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin adalah fakulti yang ke-4 di KUSTEM. Ia telah ditubuhkan pada 15 Jun, 2006. Penubuhan fakulti ini bertujuan untuk memberi latihan akademik dan professional kepada pelajar-pelajar sebagai memenuhi keperluan menyediakan lebih ramai tenaga professional dalam bidang Maritim dan Sains Marin untuk keperluan negara. Program-program pengajian yang ditawarkan oleh fakulti meliputi bidang pengajian kepada persekitaran, sifat-sifat fizikal dan kimia laut, pengurusan perkapalan, pengurusan pelabuhan, perundangan dan perniagaan dalam industri maritim, penggunaan teknologi maritim, proses dalam teknologi maritim dan sains nautika. Penawaran program-program ini adalah selaras dengan matlamat KUSTEM untuk menyediakan kepakaran dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan Sumber Alam. Fakulti juga berhasrat menjadi pusat kecemerlangan bagi penyelidikan berkaitan pengurusan maritim dan sains marin. Justeru, fakulti menyediakan prasarana dan lain-lain kemudahan kepada kakitangan akademik dan pelajar siswazah untuk membuat penyelidikan, serta memberi khidmat nasihat dan perundingan.

Fungsi

Maklumat Jabatan

Alamat

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:

Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu
Terengganu, MALAYSIA
Tel :
+609-6683506 (Pejabat Dekan)
+609-6683516 (Pejabat Timbalan Dekan)
+609-6683120 (Pejabat Timbalan Dekan)
+609-6683553 (Penolong Pendaftar)
+609-6683149 (Pejabat Am)
Faks : +609-6683193
Emel :

(Sumber : FMSM - Norlaile/Mardiah)