PJMUMT
START
CONTACT
REGISTER
JOOMLA!
SEARCH
Utama
Main Menu
Utama
Pengenalan
Pengurusan Persatuan
Direktori Ahli
Muaturun
Galeri Foto
Pautan
Hubungi Kami
Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday61
mod_vvisit_counterYesterday114
mod_vvisit_counterThis week175
mod_vvisit_counterThis month1989
mod_vvisit_counterAll43769
SELAMAT DATANG KE PERSATUAN JURUTEKNOLOGI MAKMAL , UMT
Pengenalan

Latar Belakang Penubuhan Persatuan Juruteknologi Makmal KUSTEM (AULTEK)

Persatuan Juruteknologi Makmal UMT dahulunya dikenali sebagai AULTEK (The Association Of University Laboratry KUSTEM).Pengasas kepada persatuan ini ialah mantan kakitangan KUSTEM dan juga mantan presiden pertama AULTEK iaitu tidak lain Tn. Hj Razali Bin Abdullah , Pembantu Makmal (C26) dan beberapa Ahli jawatankuasa yang lain .Dengan sokongan kelulusan penubuhan persatuan pada 27 Oktober 2007 oleh Mantan Rektor KUSTEM Prof. Dato' Dr. Mahyuddin Bin Mohd Dahan (FASc) , Persatuan terus mengorak langkah dengan memohon pendaftaran pertubuhan pada 16 Februari 2003.Namun hasrat untuk memperolehi sijil pertubuhan gagal di sebabkan Perlembagaan Persatuan masih tidak lengkap.Berkat Usaha gigih Jawatankuasa Penaja Persatuan,akhirnya persatuan mendapat maklumbalas yang positif bahawa pendaftaran persatuan telah diluluskan dengan No Pendaftaran 1031. Satu majlis penyampaian sijil telah diadakan di Tingkat 6 Dewan Seri Amar , Kuala Terengganu yang disampaikan sendiri oleh Y.Bhg Dato' Dahri Bin Ibrahim , Pendaftar Pertubuhan Malaysia.Majlis ini telah di hadiri oleh Mantan Presiden dan Tn. Hj. Muhammad Bin Embong.

Mesyuarat Agung yang pertama dengan mendapat mandat ahli bersetuju bahawa semua AJK penaja di lantik menanggotai jawatankuasa persatuan bagi sesi 2004/2005.Dengan berlakunya transformasi KUSTEM kepada Universiti Malaysia Terengganu , Persatuan Juruteknologi Makmal UMT kini telah mempunyai 69 ahli yang terdiri daripada Penolong Pegawai Sains, Penolong Pegawai Pertanian, Penolong Pegawai Perikanan, Pembantu Makmal Penolong Pegawai Teknologi Makanan .

 
Notis Mesyuarat Agung

Notis Mesyuarat Agung

Kepada
Semua AhliPersatuan Juruteknologi Makmal Universiti Malaysia Terengganu (AULTEK)
AssalamualaikumTuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG AULTEK KALI KE ENAM (SESSI 2008/10)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut diatas.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 25 Mac 2010 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : akan dimaklumkan kemudian.
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama notis ini saya lampirkan borang pencalonan AJK AULTEK sesi 2010/12 dan notis usul untuk dibentangkan didalam mesyuarat agung itu nanti.
|Sekian, terima Kasih.
saya yang menjalankan tugas,

Siti Zalaikhar Alias
SETIAUSAHA AULTEK.