Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Alumni, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Terengganu kerana mengorak langkah dalam menjayakan laman web ALUMNI UMT ini.

Alumni merupakan satu aset penting kepada sesebuah universiti. Oleh yang demikian, saya amat mengalu-alukan kewujudan laman web ini yang bertindak sebagai langkah dalam memastikan hubungan antara alumni UMT dengan pihak universiti sentiasa terjalin.

Walaupun penubuhan Universiti Malaysia Terengganu yang dahulunya lebih dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia masih muda berbanding universiti lain, pihak universiti amat mementingkan hubungan yang berterusan dikalangan Alumni dan universiti.

Sebagai seorang graduat UMT, alumni seharusnya dapat berkongsi pandangan dan pendapat dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan pembelajaran di universiti. Usaha ini dilakukan bertujuan bagi memastikan graduan yang dihasilkan oleh universiti dapat dipertingkatkan mutunya dari tahun ke tahun dan seiring dengan kehendak industri.

Bagi memastikan hubungan antara alumni dan universiti sentiasa terjalin, kami sentiasa terbuka dalam menerima pandangan dan pendapat melalui sudut pandangan serta maklumbalas sepertimana yang disediakan di laman web ini. Selain dari itu, pihak pengurusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni melalui Unit Alumni juga berusaha untuk menjayakan Program Re-Union dan Home Comming bagi setiap bekas pelajar dan sentiasa berusaha untuk membantu setiap alumni seadanya.

Dengan penuh harapan, saya berharap agar laman web Alumni ini dapat menjadi titik permulaan kepada hubungan yang berkekalan diantara Alumni dan universiti. Diakhir kata, selamat melayari laman web Alumni UMT.

Sekian.

Timbalan Naib Canselor
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Malaysia Terengganu