Kejayaan Penyelidik UMT di 37th International Exhibition of Inventions New Techniques and Products Geneva, Switzerland Universiti Malaysia Terengganu telah menyertai 37th International Exhibition of Inventions New Techniques and Products di Geneva, Switzerland pada 1 hingga 5 April 2009 yang lepas. Acara pameran dan pertandingan penyelidikan antarabangsa ini diadakan setiap tahun dan pada tahun ini, hampir 1000 produk penyelidikan telah dipertandingkan yang terdiri daripada pelbagai negara seperti Rusia, Taiwan, Sri Lanka, Moldova, Romania, Arab Saudi, Iran, Perancis, Jerman, Korea, Itali, Croatia, Malaysia dan lain-lain lagi, manakala Malaysia telah diwakili oleh 9 universiti iaitu UMT, USM, UiTM, UMP, UTM, UTP, UNiMAP, UPM dan UMS dan juga Giat MARA. Inovasi yang ditunjukkan oleh penyelidik UMT sememangnya mendapat pengiktirafan pingat dan anugerah di peringkat antarabangsa. Oleh itu, UMT telah menghantar 5 penyelidik mewakili 8 produk penyelidikan untuk dipertandingkan dalam beberapa kategori. Daripada jumlah tersebut UMT telah berjaya menerima 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 4 pingat gangsa serta 1 anugerah khas. En. Mohd Hasmizam Razali telah berjaya merangkul 1 pingat emas dan 1 pingat perak serta 1 anugerah iaitu Mawhiba Award 2009 dari Negara Arab Saudi. Manakala, Prof. Madya Dr. Sayed Mohd Zain S.Hassan telah mendapat pengiktirafan pingat emas serta En. Mustafa Man telah berjaya membawa pulang 2 pingat gangsa. Dr. Zaleha Kassim dan En. Aziz Yusof pula masing-masing telah berjaya merangkul pingat gangsa. Kemenangan ini telah menunjukkan prestasi cemerlang UMT dengan mendapat pengiktirafan pingat di peringkat antarabangsa dan mendapat anugerah khas daripada Negara Arab Saudi. Kejayaan cemerlang ini adalah hasil daripada kegigihan dan ketekunan para penyelidik UMT menghasilkan produk penyelidikan yang bermutu dan bermanafaat kepada semua. (URL) : - News Date: 28/04/09 Date: 07/04/09 till : 07/04/09 Source: Owner's E-mail: umt.edu.my
Universiti Malaysia Terengganu telah menyertai 37th International Exhibition of Inventions New Techniques and Products di Geneva, Switzerland pada 1 hingga 5 April 2009 yang lepas. Acara pameran dan pertandingan penyelidikan antarabangsa ini diadakan setiap tahun dan pada tahun ini, hampir 1000 produk penyelidikan telah dipertandingkan yang terdiri daripada pelbagai negara seperti Rusia, Taiwan, Sri Lanka, Moldova, Romania, Arab Saudi, Iran, Perancis, Jerman, Korea, Itali, Croatia, Malaysia dan lain-lain lagi, manakala Malaysia telah diwakili oleh 9 universiti iaitu UMT, USM, UiTM, UMP, UTM, UTP, UNiMAP, UPM dan UMS dan juga Giat MARA. Inovasi yang ditunjukkan oleh penyelidik UMT sememangnya mendapat pengiktirafan pingat dan anugerah di peringkat antarabangsa. Oleh itu, UMT telah menghantar 5 penyelidik mewakili 8 produk penyelidikan untuk dipertandingkan dalam beberapa kategori. Daripada jumlah tersebut UMT telah berjaya menerima 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 4 pingat gangsa serta 1 anugerah khas. En. Mohd Hasmizam Razali telah berjaya merangkul 1 pingat emas dan 1 pingat perak serta 1 anugerah iaitu Mawhiba Award 2009 dari Negara Arab Saudi. Manakala, Prof. Madya Dr. Sayed Mohd Zain S.Hassan telah mendapat pengiktirafan pingat emas serta En. Mustafa Man telah berjaya membawa pulang 2 pingat gangsa. Dr. Zaleha Kassim dan En. Aziz Yusof pula masing-masing telah berjaya merangkul pingat gangsa. Kemenangan ini telah menunjukkan prestasi cemerlang UMT dengan mendapat pengiktirafan pingat di peringkat antarabangsa dan mendapat anugerah khas daripada Negara Arab Saudi. Kejayaan cemerlang ini adalah hasil daripada kegigihan dan ketekunan para penyelidik UMT menghasilkan produk penyelidikan yang bermutu dan bermanafaat kepada semua.