Universiti Malaysia Terengganu telah menerima pelajar pra siswazah antarabangsa dari Negara China seramai 24 orang yang terdiri daripada 18 lelaki dan 6 perempuan. Pelajar berkenaan tiba di Terengganu pada pagi 15 April dan menginap di asrama UMT. Ini merupakan pengambilan pelajar dari Negara China yang pertama bagi UMT dan ianya selaras dengan hasrat Naib Canselor untuk memacu UMT ke peringkat antarabangsa. Pelajar ini akan mengambil jurusan Bahasa Inggeris di Fakulti Pengurusan Ekonomi (FPE). Majlis pendaftaran dan sesi ramah mesra pelajar ini diadakan di Dewan Auditorium Muhyiddin, FPE dan dirasmikan oleh Naib Canselor UMT iaitu Prof. Dr. Aziz Deraman. Universiti Malaysia Terengganu amat mengalu-alukan kedatangan pelajar dari Negara China ini.
|