< Utama > Senarai Berita > Berita Penuh
    Berita Penuh
     


Kejayaan Penyelidik UMT di Malaysia Technology Expo 2009 (MTE'09) 8th Invention & Innovation Awards

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menyertai Malaysia Technology Expo 2009 ( MTE ’09 ) yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 bertempat di Putra World Trade Centre ( PWTC ), Kuala Lumpur.

Pameran penyelidikan peringkat kebangsaan ini dianjurkan pada setiap tahun dan merupakan pameran penyelidikan yang berprestij. Pada tahun ini penyertaan keseluruhan MTE ‘09 ini adalah sebanyak 439 produk penyelidikan dari pelbagai IPTA, IPTS, Institut Kemahiran dan pelbagai sektor korporat. Dengan penyertaan ini, penyelidikan inovasi yang dihasilkan oleh penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mendapat pengiktirafan kebangsaan.

Selain itu juga, Delegasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah diketuai oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu Y. Bhg. Prof. Dr. Norhayati Bt. Mohd Tahir sebagai ketua delegasi dan pegawai pengiring. UMT telah menghantar sebanyak 6 penyertaan penyelidikan yang terdiri daripada En. Mustafa Man, Prof. Madya Dr. Mohd Effendy Abd Wahid, Dr. Zaleha Kassim dan En. Mohd Hasmizam bin Razali. Oleh yang demikian, UMT amat berbangga kerana dapat mengekalkan 100% kemenangan melalui produk yang dipertandingkan dengan 2 emas dan 4 perak.

(URL) :
-
News Date: 28/04/09
Date: 22/02/09  till :  22/02/09
Source:
Owner's E-mail: umt.edu.my