Universiti Malaysia Terengganu menjadi tuan rumah Kejohanan Sukan Staf Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke-34 yang telah berlangsung mulai 3 hingga 13 Jun 2009. Kejohanan ini membabitkan penyertaan seramai lebih 5,000 pegawai dan atlet dari 20 IPTA seluruh negara serta pegawai daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Majlis perasmian telah diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak pada Jumaat lepas yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah. |