Universiti Malaysia Terengganu dan Marine Sciences and Ethylene & Polyethlene Malaysia Sdn. Bhd. (EPEMSB) telah menandatangani perjanjian persefahaman dalam penyelidikan dan pendidikan bagi pemuliharaan dan pemulihan laut serta pesisir pantai Kerteh.
Melalui perjanjian itu, pelajar tahun akhir dan penyelidik kanan UMT akan memantau sebarang bentuk buangan industrial dan perumahan di kawasan pantai berkenaan dan mengenal pasti kesannya kepada biodiversity serta pemuliharaan alam sekitar dan sumber semulajadi. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Industri Negeri, Toh Chin Yaw, berkata kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan dan menghargai usaha keras pihak yang selama ini memberi penekanan dan tumpuan dalam pemuliharaan alam sekitar demi kepentingan generasi masa depan.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara UMT dan EPEMSB Sdn. Bhd. semasa majlis perasmian UMTAS 2009 anjuran UMT di Primula Beach Resort Kuala Terengganu.
|