Pusat Kebudayaan dan Kesenian UMT (PKK) telah mengambil langkah untuk memertabatkan Seni Bangsawan yang semakin hari semakin dilupakan. Atas kesedaran Seni Bangsawan sabagai satu warisan, maka satu pementasan telah
dirancang dan sedang berlangsung selama dua malam di Dewan Sultan Mizan(DSM) untuk tontonan seluruh warga.
Pementasan \\\"PUTERI LESUNG EMAS\\\" merupakan hasil kerja Saudara Sarifudin Marzuki seorang kerabat di PKK yang begitu komited dalam memastikan pementasan ini berjaya.PUTERI LESUNG EMAS menceritakan tentang pertelingkahan dua orang puteri iaitu Puteri Aula Balkis dan adindanya Puteri Intan Zubaidah sehinggakan
Puteri Aula Balkis sanggup bertindak di luar batas kemanusiaan dengan meracun Puteri Intan Zubaidah. Kesudahan kisah dua puetri ini akan diketahui dengan menonton pementasan PUTERI LESUNG EMAS di DSM malam ini yang merupakan malam akhir pementasan. MASUK PERCUMA. |