| |
7 Nilai Lestari UMT
1. Beriman
-
Percaya dan Yakin
Berpegang kuat kepada ajaran agama. Jadikan agama sebagai panduan dalam tindakan dan amalan. Anggap kerja sebagai ibadah. Tidak mengikut ajaran sesat.
-
Tunduk
Amalkan kebersihan hati serta elakkan emosi dan hawa nafsu dalam membuat keputusan dan jalankan tugas. Bersih dalam pemilikan harta.
-
Tawakkal dan Redha
Lakukan kerja dengan penuh amanah dan tanggungjawab kerana yakin setiap amal baik dan buruk akan mendapat balasan dan nilaian.
2. Berilmu
-
Pengetahuan dan Kepandaian
Dahagakan ilmu, pendidikan sepanjang hayat.
-
Pengalaman
Ibarat resmi padi, rasional, mengikut lunas undang-undang dan hukum.
-
Kepakaran
Bijak bertindak, bijaksana.
3. Berbakti
-
Bekerjasama
Berat sama dipikul. Sama-sama memberi idea dan tenaga, ‘Es prit de corp’, kekitaan(bonding), kejelekitan dan ‘sense of belonging’
-
Bersugguh-sungguh
Buat yang terbaik, ‘zero defect’, sentiasa mencari yang lebih baik.
-
Pro-aktif
Tiada halangan hanya peluang, bersifat positif, sentiasa bersaing ke arah kebaikan (fastabiqul khairat)
4. Bermaruah
-
Harga Diri
Tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama dan undang-undang
-
Sahsiah Mulia
Mengamalkan nilai-nilai mulia, idola. Wujudkan budaya mencari ilmu.
-
Adil & Saksama
Meletakkan sesuatu pada haknya. Tidak melakukan diskriminasi terhadap pelajar dan staf
5. Beramanah
-
Jujur
Sentiasa berusaha untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.
-
Boleh Dipercayai
Melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Melaporkan panyalahgunaan kuasa dan kedudukan.
-
Berhati-hati
Sentiasa muhasabah kualiti tugas yang diberikan
6. Berjiwa besar
-
Mesra
Mempunyai sifat mudah didampingi.
-
Sikap Terbuka
Sedia menerima teguran dan pemaaf. Tiada sifat kecil hati.
-
“Think Big”
Sentiasa berfikiran besar dan berpandangan ke hadapan (positive thinking)
7. Berwawasan
-
Berpandangan Jauh
Menggalakkan percambahan fikiran serta pemikiran baru dan berani mencuba idea baru.
-
Kreatif
Menyediakan persekitaran yang kondusif serta memberi dorongan kepada kreativiti.
-
Cekal
Dedikasi dan cekal dalam mencapai matlamat diri dan organisasi.
|
|