mobile_web
Portal ini menyokong akses melalui aplikasi mobile
Bahasa Melayu | English | 中國語言 | red background violet background grey background | A++ A-- Reset
Selamat Datang ke Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu
Fakulti Pengajian Maritim & Sains Marin


Laman Web : http://fmsm.umt.edu.my/

 

Pengenalan

Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin adalah fakulti yang ke-4 di UMT. Ia telah ditubuhkan pada 15 Jun, 2006. Penubuhan fakulti ini bertujuan untuk memberi latihan akademik dan professional kepada pelajar-pelajar sebagai memenuhi keperluan menyediakan lebih ramai tenaga professional dalam bidang Maritim dan Sains Marin untuk keperluan negara. Program-program pengajian yang ditawarkan oleh fakulti meliputi bidang pengajian kepada persekitaran, sifat-sifat fizikal dan kimia laut, pengurusan perkapalan, pengurusan pelabuhan, perundangan dan perniagaan dalam industri maritim, penggunaan teknologi maritim, proses dalam teknologi maritim dan sains nautika. Penawaran program-program ini adalah selaras dengan matlamat UMT untuk menyediakan kepakaran dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan Sumber Alam. Fakulti juga berhasrat menjadi pusat kecemerlangan bagi penyelidikan berkaitan pengurusan maritim dan sains marin. Justeru, fakulti menyediakan prasarana dan lain-lain kemudahan kepada kakitangan akademik dan pelajar siswazah untuk membuat penyelidikan, serta memberi khidmat nasihat dan perundingan.
 
 
Fungsi
  • Menyediakan tenaga kerja terlatih di peringkat pengajian ijazah pertama dan ijazah lanjutan dalam bidang yang berkaitan.
  • Sebagai sebuah institusi lepasan ijazah, latihan dan kursus‘refresher’ untuk pengurus dan pegawai yang sedang berkhidmat dalam industri maritim bagi membangunkan dan meningkatkan kemahiran ikhtisas.
  • Sebagai pusat pengajian dan sumber maklumat maritim dalam aspek komersial, ekonomi dan teknologi.  Hasil kajian ini dapat digunakan untuk menjanakan dana tambahan melalui khidmat perundingan dan pengembangan yang ditawarkan kepada syarikat swasta dan institusi maritim serantau.
  • Menyediakan khidmat perundingan bagi agensi kerajaan dan swasta mengenai kajian maritim dan sains nautika.
 
Maklumat Jabatan
  • Jabatan Pengurusan Maritim
  • Jabatan Sains Marin
  • Jabatan Teknologi Maritim
  • Jabatan Sains Nautika Dan Pengangkutan Maritim
 
Alamat
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:
 
Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu 
Terengganu, MALAYSIA
 
Tel :
+609-6683506 (Pejabat Dekan)
+609-6683516 (Pejabat Timbalan Dekan)
+609-6683120 (Pejabat Timbalan Dekan)
+609-6683553 (Penolong Pendaftar)
+609-6683149 (Pejabat Am)
 
Faks : +609-6683193