mobile_web
Portal ini menyokong akses melalui aplikasi mobile
Bahasa Melayu | English | 中國語言 | red background violet background grey background | A++ A-- Reset
Selamat Datang ke Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu
G2051 - Diploma Perikanan


Pengenalan

 

Program ini menawarkan kursus separa profesional dalam bidang teknikal sains perikanan dan penangkapan ikan kepada pelajar pelajar lepasan SPM. Perikanan meliputi kesemua aspek yang berkaitan dengan industri ikan, termasuk bidang-bidang seperti oseanografi, pencemaran air, teknologi menangkap ikan, teknik-teknik menangkap ikan, pelayaran, perkapalan, pemeliharaan, pembaik-biak ikan, pemakanan ikan dan penyakit ikan. Memandangkan ikan merupakan satu alternatif kepada sumber bekalan protein negara selain daging, maka wajarlah pengajian terhadap sektor ini didalami supaya dapat memenuhi hasrat ini di samping memperbaiki taraf hidup nelayan.

 

 

Kelayakan (Untuk pemohon aliran Sains sahaja)

 

 

Syarat Minimum

 

SYARAT AM

 

  1. Lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C) termasuk Bahasa Melayu.

SYARAT KHAS PROGRAM

 

  1. Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI

 

DAN

 

Mendapat sekurang-kurangnya SATU (1) kepujian (Gred C) dalam salah satu mata pelajaran berikut :

 

  • Chemistry

 

  • Physics

 

  • Biology

 

  • Science

 

  • Additional Science

 

  1. Kepujian (Gred C) Mata Pelajaran Mathematics

 

  1. Mendapat kepujian (Gred C) dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran lain.

 

  1. Lulus (Gred E) dalam Bahasa Inggeris

 

(Keutamaan diberi kepada pemohon yang memperoleh kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Biology)

 

 

 

 

 

Tempoh Pengajian Yuran dan Jumlah Jam Kredit

 

Tempoh Pengajian

Yuran Pelajar Tempatan /Semester

(RM)

Yuran Pelajar Antarabangsa
/Semester

(RM)

Jumlah jam Kredit

3 tahun

536.00

968.00

97

  • Yuran yang dipaparkan adalah tidak termasuk bayaran yuran asrama (penginapan) dan Yuran Tidak Berulang (Non-recurrent Fees).
  • Yuran Tidak Berulang (Non-recurrent Fees) (hanya dibayar 1 kali di dalam semester pertama) - RM450.00
  • Yuran asrama (per semseter dan per pelajar). Terdapat 3 jenis pakej bilik yang ditawarkan:
    • 4 orang per bilik - RM 357.00/semester/pelajar
    • 3 orang per bilik - RM 476.00/semester/pelajar
    • 2 orang per bilik - RM 595.00/semester/pelajar

 

Yuran Tidak Berulang

Pendaftaran

100.00

Minggu Orientasi

200.00

Ko-kurikulum

150.00

JUMLAH

450.00

 

Bidang Kerjaya

 

  1. Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan program Diploma Perikanan adalah seperti berikut:

 

  • Penolong Pegawai Perikanan
  • Penolong Pegawai Laut
  • Penolong Pegawai Penyelidik
  • Penolong Pegawai Sains
  • Usahawan Perikanan

 

 

KETERANGAN LANJUT

 

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Universiti Malaysia Terengganu, sila hubungi :

 

Bahagian Akademik

Bangunan Canseleri dan Pentadbiran

Universiti Malaysia Terengganu

21030 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

Tel   : 09-668 4532/4219

Faks : 09 – 668 4143

Laman Web : www.umt.edu.my