mobile_web
Portal ini menyokong akses melalui aplikasi mobile
Bahasa Melayu | English | 中國語言 | red background violet background grey background | A++ A-- Reset
Selamat Datang ke Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu
GE02 - Sarjana Muda Perakaunan


Pengenalan

 

Program ini ditawarkan di UMT memandangkan keperluan tenaga profesional dalam bidang perakaunan kian meningkat sama ada di sektor awam atau swasta. Mengikut laporan The Second Industrial Master Plan, bilangan akauntan yang diperlukan negara menjelang tahun 2005 ialah seramai 38,000 orang manakala dalam tahun 2010 bilangan yang diperlukan dijangkakan seramai 49 000 orang. Sehingga tahun 1999, bilangan graduan perakaunan yang menjadi ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) sehingga Oktober 2000 ialah 15 200 orang.

 

 

 

Kelayakan

 

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf

 
 
 
 
 

 

Syarat Am Universiti

 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

 

    dan


Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;

 

       atau

 

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya;

 

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am;

 

dan

 

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran  lain;   

                           

atau

 

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

 

dan

 

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

 

 

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

 

Bagi calon lepasan STPM / Matrikulasi tahun 2010  atau sebelumnya:-

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut :-

 

  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Pengajian Perniagaan / Pengurusan Perniagaan

 

dan

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat STPM / Matrikulasi dalam mata pelajaran berikut:

 

  • Mathematics S / Mathematics

 

Atau

 

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 

  • Mathematics
     

dan

 

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 

  • Bahasa Inggeris

 

 
 

 

 

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/Asasi

 
 
 
 
 

 

Syarat Am Universiti

 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

 

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:-

 

  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan

 

dan

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

 

  • Mathematics

 

atau

 

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 

  • Mathematics

 

dan

 

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 

  • Bahasa Inggeris

 

 
 

 

 

Kelayakan Minimum STPM

 
 
 
 
 

 

Syarat Am Universiti

 

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.

 

dan


Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya:

 

  • Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;

 

dan

 

  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.

 

dan

 

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

 

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

 

  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Pengajian Perniagaan

dan

 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

 

  • Mathematics S

atau

 

 

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 

  • Mathematics

dan

 

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 

  • Bahasa Inggeris

 

 
 

 

 

Tempoh Pengajian Yuran dan Jumlah Jam Kredit

 

Tempoh Pengajian

Yuran Pelajar Tempatan /Semester

(RM)

Yuran Pelajar Antarabangsa
/Semester

(RM)

Jumlah jam Kredit

4 tahun

870.00

1970.00

145

 

  • Yuran yang dipaparkan adalah tidak termasuk bayaran yuran asrama (penginapan) dan Yuran Tidak Berulang (Non-recurrent Fees).
  • Yuran Tidak Berulang (Non-recurrent Fees) (hanya dibayar 1 kali di dalam semester pertama) - RM450.00
  • Yuran asrama (per semseter dan per pelajar). Terdapat 3 jenis pakej bilik yang ditawarkan:
    • 4 orang per bilik - RM 357.00/semester/pelajar
    • 3 orang per bilik - RM 476.00/semester/pelajar
    • 2 orang per bilik - RM 595.00/semester/pelajar

 

Yuran Tidak Berulang

Pendaftaran

100.00

Minggu Orientasi

200.00

Ko-kurikulum

150.00

JUMLAH

450.00

 

 

Bidang Kerjaya

 

  1. Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan program Sarjana Muda Perakaunan adalah seperti berikut:

 

  • Akauntan Awam & Swasta
  • Akauntan Pengurusan
  • Juruaudit Dalam & Luar
  • Setiausaha Syarikat
  • Juru Perunding/Perunding Kewangan
  • Penganalisis Kewangan
  • Perunding bidang percukaian
  • Penafsir Cukai
  • Pendidik
  • Pegawai Penyelidik
  • Pegawai Bank

 

KETERANGAN LANJUT

 

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Universiti Malaysia Terengganu, sila hubungi :

 

Bahagian Akademik

Bangunan Canseleri dan Pentadbiran

Universiti Malaysia Terengganu

21030 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman

Tel   : 09-668 4532/4219

Faks : 09 – 668 4143

Laman Web : www.umt.edu.my