mobile_web
Portal ini menyokong akses melalui aplikasi mobile
Bahasa Melayu | English | 中國語言 | red background violet background grey background | A++ A-- Reset
Selamat Datang ke Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu
GG09 - Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan)

Pengenalan

Program ini memberi tumpuan kepada pengurusan perkhidmatan makanan dengan mengambil kira aspek-aspek pemakanan dalam perancangan makanan golongan tertentu. Program ini ditawarkan memandangkan perkembangan pesat yang berlaku dalam industri perhotelan, pelancongan dan pusat-pusat rekreasi dan riadah termasuklah pusat dan kelab kesihatan. Perkembangan tersebut mempunyai implikasi terhadap industri perkhidmatan dan perniagaan makanan yang akan memberi peluang pekerjaan kepada graduan program ini.

Kelayakan

Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf

 

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;

atau

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya;

• Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am;

dan

• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Bagi calon lepasan STPM / Matrikulasi tahun 2010 atau sebelumnya:

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mata pelajaran berikut:

• Chemistry/Engineering Chemistry

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM/Asasi

 

 

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

• Chemistry

Kelayakan Minimum STPM

 


Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.

dan

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya:

• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;

dan

• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

• Chemistry

Tempoh Pengajian Yuran dan Jumlah Jam Kredit

Tempoh Pengajian Yuran Pelajar Tempatan /Semester
(RM) Yuran Pelajar Antarabangsa
/Semester
(RM) Jumlah jam Kredit
4 tahun 980.00 2300.00 134

• Yuran yang dipaparkan adalah tidak termasuk bayaran yuran asrama (penginapan) dan Yuran Tidak Berulang (Non-recurrent Fees).
• Yuran Tidak Berulang (Non-recurrent Fees) (hanya dibayar 1 kali di dalam semester pertama) - RM450.00
• Yuran asrama (per semseter dan per pelajar). Terdapat 3 jenis pakej bilik yang ditawarkan:
o 4 orang per bilik - RM 357.00/semester/pelajar
o 3 orang per bilik - RM 476.00/semester/pelajar
o 2 orang per bilik - RM 595.00/semester/pelajar

 

Yuran Tidak Berulang
Pendaftaran 100.00
Minggu Orientasi 200.00
Ko-kurikulum 150.00
JUMLAH 450.00

Bidang Kerjaya

1. Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan program Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) adalah seperti berikut:

• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Sains
• Pegawai Zat Makanan
• Pegawai Teknologi Makanan
• Eksekutif Pengurusan & Pengeluaran Makanan di hotel, premis dan pusat pelancongan, pusat rekreasi, kelab kesihatan & hospital
• Usahawan

KETERANGAN LANJUT

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Universiti Malaysia Terengganu, sila hubungi :

Bahagian Akademik
Bangunan Canseleri dan Pentadbiran
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel : 09-668 4532/4219
Faks : 09 – 668 4143
Laman Web : www.umt.edu.my