Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Senibina Kapal) dengan Kepujian adalah program yang menggabungkan sains, senibina kapal dan kejuruteraan sistem permesinan kapal. Teras program ini meliputi pengajian yang berkaitan dengan senibina kapal, hidrostatik dan kestabilan statik / dinamik kapal atau struktur terapung, permesinan dan instrumentasi kapal, loji kuasa kapal, pengurusan dan sistem operasi kapal, serta keselamatan berdasarkan piawaian oleh agensi keselamatan marin dan Organisasi Maritim Antarabangsa (IMO). Elemen-elemen yang diterapkan termasuklah senibina dan pembinaan kapal, kejuruteraan mekanikal marin, elektrikal, elektronik, perisian dan keselamatan yang digunakan dalam proses rekabentuk kejuruteraan, pengkelasan, penyelenggaraan, dan operasi untuk kapal dan struktur terapung yang lain. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran profesional untuk pekerjaan dalam industri perkapalan, marin dan juga minyak dan gas.
8 Semester
4 Tahun
Automasi & Sistem Kawalan, Dinamik, Ekonomi Kejuruteraan & Keusahawanan, Elektronik & Instrumentasi Marin, Jurutera, Undang-undang & Pertubuhan, Kakisan Marin, Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Sistem Marin, Kekuatan Bahan, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Lukisan Kejuruteraan, Makmal Teknologi Marin, Matematik Kejuruteraan , Mekanik Bendalir, Pembinaan Kapal, Pengaturcaraan Asas, Pengurusan Projek, Senibina Kapal, Sistem Penyelenggaran dan Pembaikan Kapal, Statik, Statistik Kejuruteraan, Struktur Kapal Projek Rekabentuk Kapstone, Termodinamik
LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang- kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM:
• Matematik T
• Fizik
LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM:
• Matematik M / Perakaunan / Ekonomi / Pengajian Perniagaan / Seni Visual / Sains Sukan / Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Geografi
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM:
• Matematik
• Matematik Tambahan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM:
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Sains Komputer
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi:
• Matematik / Fizik / Asas Kejuruteraan / Kejuruteraan Mekanikal/ Kejuruteraan Ekeltrik dan Elektronik / Kejuruteraan Awam
LEPASAN STAM
Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM:
• Matematik
• Matematik Tambahan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM :
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Sains Komputer
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Bagi calon lepasan Diploma / Setaraf, mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.50 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf.
DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM)
Mempunyai kelulusan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang diperakukan oleh Senat Universiti dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50
Mendapat Gred A pada peringkat DVM bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Arkitek Kapal
• Jurutera Teknologis Marin
• Jurutera Teknologis Permesinan / Instrumentasi Kapal
• Jurutera Teknologis Pesisir & Luar Pantai
• Jurutera Teknologis Pembinaan & Penyenggaraan
• Perunding Rekabentuk Kapal
• Surveyor Marin
• Pegawai QC
• Pegawai Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
• Pegawai Operasi Marin
• Pensyarah / Pendidik
• Pegawai Agensi Piawaian
• Eksekutif Teknikal / Jualan
• Jurutera Perolehan
• Pegawai Sains / Penyelidik
MAKLUMAT LANJUT
Prof Madya Dr. Mohd Asamudin A. Rahman
Ketua Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Senibina Kapal) dengan Kepujian
09-6683698
mohdasamudin@umt.edu.my
www.ftkk.umt.edu.my