UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Sarjana Muda Sains Komputer (Informatik Maritim) dengan Kepujian

Program ini merupakan program interdisiplin yang membuka peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pembangunan aplikasi teknologi komputer dalam industri maritim. Di antara cabang lain dalam informatik maritim yang boleh diterokai adalah pengurusan data maritim, sistem maklumat maritim, maritim analitik dan visualisasi data maritim. Pemerkasaan teknologi digital, robotik, kepintaran buatan dan dataraya amat penting dalam menyokong sektor perkapalan dan pengangkutan maritim. Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang holistik dalam memenuhi kehendak industri berteknologi tinggi dan menyokong Pembangunan dan penyelidikan khusus dalam industri maritim.

TEMPOH PENGAJIAN

7 Semester
3.5 Tahun

Analisis dan Reka Bentuk Sistem, Asas Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Keperluan Perisian, Keselamatan Komputeran IoT Siber, Pangkalan Data, Pembangunan Aplikasi Berasaskan Web, Pemikiran Sistem dan Logik , Pemodelan dan Simulasi, Pengaturcaraan, Pengaturcaraan Berorientasikan Objek, Pengenalan kepada Statistik, Pengurusan Pelabuhan dan Perkapalan, Pengurusan Projek Perisian, Prinsip Pengurusan Maritim, Projek Pembangunan Perisian Aplikasi, Rangkaian, Reka Bentuk Antara Muka Berasaskan Web, Senibina dan Organisasi Komputer, Sistem Pengoperasian, Sistem Pintar, Struktur Data dan Algoritma, Struktur Diskrit, Teknologi Informatik Maritim dan Etika Profesional, Teknologi Perkapalan dan Pelabuhan

LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran pada peringkat STPM :
• Matematik T
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains Sukan / Seni Visual / Teknologi Maklumat dan Komunikasi

ATAU

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran pada peringkat STPM.

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat SPM :
• Matematik
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Grafik Komunikasi Teknikal / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Bentuk Grafik Digital / Produksi Multimedia

ATAU

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran pada peringkat STPM.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM :
• Matematik Tambahan

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 pada peringkat Matrikulasi / Asasi.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM.

ATAU

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat SPM :
• Matematik
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Grafik Komunikasi Teknikal / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Bentuk Grafik Digital / Produksi Multimedia


LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Bagi calon lepasan Diploma / Setaraf:-
• Lulus Diploma dalam bidang Sains Komputer / Kejuruteraan Perisian / Teknologi Maklumat / Sistem Maklumat atau yang setara dengan minimum PNGK 2.50

ATAU

• Lulus Diploma dalam bidang Sains dan Teknologi dengan minimum PNGK 2.50

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Juru Perunding IT
• Juruanalisa Sistem
• Jurutera Web
• Jurutera Perisian
• Jurutera Rangkaian
• Pegawai Teknologi Maklumat
• Pelatih IT
• Pembangunan Sistem
• Pembangunan Sistem Perisian
• Penganalisa Aturcara
• Pengaturcara
• Penguji Perisian
• Pensyarah IT
• Pentadbir Pangkala Data
• Pentadbir Rangkaian
• Pentadbir Sistem

MAKLUMAT LANJUT
Ts. Dr. Zuriana Abu Bakar
Ketua Program Sarjana Muda Sains Komputer (Informatik Maritim) dengan Kepujian
+609 668 3988/3374
zuriana@umt.edu.my
https://fskm.umt.edu.my