Program yag ditawarkan memenuhi keperluan akademik dan seiring dengan keperluan tenaga kerja semasa dengan mengambilkira Standard Kewangan yang diiktiraf oleh MQA. Di samping itu, program ini juga berkolaborasi dengan Malaysian Financial Planning Council (MFPC) untuk memberi peluang kepada pelajar untuk bergraduat dengan ijazah dan juga sijil professional Registered Financial Planners (RFP)
6 Semester
3 Tahun
Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio, Analsisis Penyata Kewangan, Aplikasi Dalam Perancangan Kewangan, Asas Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Teori Kewangan, Insuran, Kewangan Peribadi, Kewangan Antarabangsa, Kewangan Korporat, Kejuruteraan Kewangan, Pelaburan, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Kewangan Islam, Pengurusan Risiko dan Perancangan Insuran, Perancangan Harta, Perancangan Persaraan, Perbankan, Teknologi Kewangan, Zakat dan Perancangan Cukai
LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM: Ekonomi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik di peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D: Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN/ PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.67 pada peringkat Matrikulasi / Asasi.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik di peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D: Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
Memiliki Diploma dalam bidang Kewangan atau mana-mana bidang yang sesuai dengan minimum CGPA 2.67
Mendapat minimum Gred C: Matematik pada peringkat SPM
Mendapat minimum Gred D: Bahasa Inggeris pada peringkat SPM
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Eksekutif Kewangan
• Pegawai Kewangan
• Pegawai Penyelidik
• Penasihat Kewangan
• Penganalisa Kewangan
• Pengurus Kewangan
• Perancang Kewangan
• Perunding Kewangan
MAKLUMAT LANJUT
Dr. Ahmad Shauqi bin
Haji Mohamad Zubir
Ketua Program Sarjana Muda Kewangan
09-6683794/4431
https://www.fbesd.umt.edu.my