UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) dengan Kepujian

Fokus utama program ini tertumpu kepada aktiviti yang berlaku di sektor pengangkutan maritim dan logistik dengan menekankan kepada pengurusan perkapalan, pelabuhan, pengurusan maritim, operasi maritim, polisi dan undang-undang kelautan. Kepentingan sektor maritim negara serta aktiviti pengangkutan kargo melalui laut yang mencapai kepada tahap kira-kira 85% pengangkutan kargo negara adalah strategik kepada kepentingan nasional dan kesinambungan kepada sistem pengangkutan lain, akan diperhalusi dan diterjemahkan dalam bentuk ilmu pengetahuan dalam program ini yang mana akan menjadi asas kepada pembentukan modal insan yang profesional bagi kemajuan sektor maritim. Bagi menyahut seruan negara ke arah transformasi pendidikan yang berterusan, maka program ini berupaya melengkapkan graduan dengan pengetahuan liberal seperti komunikasi interpersonal, pemikiran kreatif, ilmu pengurusan am dan pengurusan yang berkaitan dengan ilmu maritim. Program ini juga merupakan satu- satunya program pengajian yang ditawarkan di Universiti Awam di Malaysia dan ianya dirancang khusus bagi memenuhi keperluan sumber manusia dan sektor maritim negara. Program ini telah mengorak langkah ke arah pembelajaran berasaskan industri di mana Program Penerapan WBL (Work Based Learning) bakal dilaksanakan dan ia akan memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman selama setahun di dua pelabuhan terkemuka Malaysia iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Konsortium Pelabuhan Kuantan. Bagi memperkasakan lagi program ini, Malaysian Maritime Logistics and Transport Centre (MaLTRaC) yang merupakan pusat pengangkutan dan logistik maritim telah ditubuhkan dan akan menjadi pusat rujukan serta pendidikan bagi pengumpulan data berkaitan pengangkutan maritim.

TEMPOH PENGAJIAN

7 Semester
3.5 Tahun

Broker dan Cartar Kapal, Ekonomi Perkapalan, Gaya cara Pemikiran Ekonomi, Insuran Marin, Kaedah Penyelidikan Maritim, Keselamatan Maritim, Komunikasi Perniagaan, Maritime English, Operasi Kargo Marin, Pemasaran Perkhidmatan Maritim, Pengangkutan Barang Melalui Laut, Pengangkutan Multimodal, Pengurusan Sumber Manusia Maritim, Pengurusan Logistik dan Distributif, Pengurusan Pelabuhan dan Perkapalan, Pengurusan Strategik Maritim, Perakaunan Perniagaan, Perdagangan Maritim, Polisi dan Pengurusan Marin, Prinsip Pengurusan Maritim, Sistem Maklumat Maritim, Statistik & Perniagaan Maritim, Undang-undang Admiralti, Undang-undang Laut Antarabangsa.

LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- peringkat STPM :
• Ekonomi / Geografi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C di peringkat STPM: Mathematics M

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E di peringkat SPM: Bahasa Inggeris

ATAU

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam SATU (1)
mata pelajaran di peringkat STPM :
• Ekonomi/ Geografi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C di peringkat SPM: Matematik

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E di peringkat SPM : Bahasa Inggeris

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- di peringkat Matrikulasi:
• Ekonomi / Accounting / Pengurusan Perniagaan

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C peringkat Matrikulasi : Matematik

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E di peringkat SPM: Bahasa Inggeris

ATAU

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- di peringkat Matrikulasi :
• Ekonomi / Perakaunan / Pengurusan Perniagaan

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C di peringkat SPM : Matematik

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E di peringkat SPM : Bahasa Inggeris

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon;

ATAU

Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Pegawai Eksekutif
• Pegawai Pengurusan
• Leftenan Maritim
• Pegawai Laut
• Pegawai Akademik
• Pegawai Tadbir & Diplomatik
• Jabatan Kastam & Imigresen
• Sektor Pelabuhan
• Sektor Perkapalan
• Sektor Pengangkutan Darat
• Sektor Pelancongan Maritim
• Sektor Minyak dan Galian

MAKLUMAT LANJUT
Puan Wan Mariam binti Wan Abdullah
Ketua Program Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) dengan Kepujian
09-6683749
wmariam@umt.edu.my