Infrastruktur akademik yang canggih pada masa kini boleh menampung pengajian di tujuh fakulti iaitu Sains dan Sekitaran Marin; Sains Perikanan dan Akuakultur; Sains Makanan dan Agroteknologi; Pengajian Maritim; Teknologi Kejuruteraan Kelautan; Sains Komputer dan Matematik; Perniagaan, Ekonomi & Pembangunan Sosial. Kampus ini juga mempunyai Pusat Pendidikan – Pendidikan Asas dan Lanjutan; dan empat Institut Penyelidikan – Oseanografi dan Sekitaran (INOS); Akuakultur Tropika (AKUATROP); Adaptasi Iklim dan Bioteknologi Marin (ICAMB); Penyelidikan Kenyir (IPK). Pada masa ini kampus boleh menampung sehingga 12,500 pelajar.