Thursday, 11/7/2024
Share This Article :
Gaya hidup sihat merupakan elemen penting untuk kesihatan, terutama bagi pekerja yang menghabiskan masa panjang di tempat kerja. Amalan gaya hidup sihat tidak hanya memberi impak positif kepada kesihatan fizikal, malah turut memberi manfaat kepada kestabilan mental dan emosi seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti.
Â
Melalui amalan gaya hidup sihat juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan kanser serta meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.
Â
Menyedari hakikat tersebut dan bagi mendekati warganya secara sihat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Program Gerak Ceria pada hari ini bertujuan mewujudkan keseimbangan antara rutin bekerja dan kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan warga.
Â
Menurut Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMT, amalan gaya hidup sihat harus dikekalkan dan dijadikan amalan harian bagi mengekalkan kecegasan dan kesihatan.
Â
“Selain untuk kesihatan, aktiviti sebegini juga mampu mengeratkan silaturrahim dan perpaduan antara staf, malah berkongsi hasrat dan perancangan pengurusan tertinggi bersama warga UMT serta mewujudkan keseimbangan antara rutin bekerja dan kepentingan menjaga kesihatan.
Â
Tambahnya staf yang sihat dan cerdas akan lebih produktif dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada universiti serta sama-sama memupuk minda dan fizikal yang cerdas dan sihat melalui pelbagai aktiviti yang akhirnya akan menyumbang kepada gaya hidup yang lebih sihat.
Â
Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri  turut menyeru warganya untuk manafaatkan fasiliti sukan dan rekreasi yang disediakan di dalam universiti seperti kompleks sukan, kolam renang, gym dan sebagianya untuk aktiviti riadah dan kesejahteraan bersama.
Â
“Teruskan amalan gaya hidup sihat dan jadikan aktiviti senaman mengikut kemampuan sebagai rutin serta jauhi daripada mengambil bahan-bahan yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Â
“Paling penting lakukan pemeriksaan kesihatan berkala sebagai satu rutin, lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah mencecah usia 40 tahun.
Â
Â
Â
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh UMT dalam meningkatkan kesihatan warganya antaranya penganjuran sukan secara berkala dan menggalakkankan staf menyertainya dan pelaksanaan pelbagai program cakna kesihatan warga seperti saringan kesihatan, klinik diet, terapi berat badan dan klinik berhenti merokok.
Â
Utamakan kesihatan untuk kesejahteraan sepanjang hayat!
Â
Dikeluarkan oleh:
Â
Pejabat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu