Kontingen UMT buru 10 emas sempena SUKUM 2024

Sunday, 11/8/2024

Share This Article :

Bahang temasya Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2024 kian terasa. Penganjuran kejohanan SUKUM kali ini di negeri bawah bayu memberi kelainan serta cabaran berbeza buat atlit Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

 

Ketua kontingen UMT, Abu Hasan Ghazali berkata, semangat juang dalam pasukan yang ditunjukkan atlit UMT bakal merealisasikan sasaran pingat yang ditetapkan.

 

“UMT menyasarkan sepuluh pingat emas, tiga pingat perak dan lapan pingat gangsa dalam kejohanan SUKUM kali ini.

 

“Komitmen dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh para atlit UMT dengan beberapa siri latihan yang telah dilakukan sebagai persediaan memberi tekanan kepada pihak lawan, kita yakin sasaran pingat dalam beberapa acara yang berpotensi akan berpihak kepada kita”. Katanya usai Majlis Penyerahan Bendera Kontingen UMT di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan UMT.

 

Seramai 60 atlit mewakili kontingen UMT berangkat ke Sabah memburu kejuaraan penganjuran SUKUM 2024 selama sepuluh hari bermula 8 Ogos 2024.

 

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mohd Izani Mohd Zain meletakkan harapan tinggi penyertaan kontingen UMT bagi penyertaan temasya kali ini.

 

“Semoga atilit UMT mempamerkan aksi terbaik dalam penyertaan ini dan membawa kemenangan yang bermakna buat UMT sepertimana yang di sasarkan.

 

Menurutnya, UMT menyertai sembilan acara sempena penganjuran SUKUM 2024 iaitu badminton, tenis, olahraga, bola jaring, catur, futsal, bola tampar, bola tampar pantai dan footgolf.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu