Program ini melengkapkan pelajar dengan pemahaman yang kukuh tentang asas kimia yang merangkumi semua aspek sains kimia seperti kimia organik, kimia tak organik, kimia fizikal, kimia perkomputeran dan kerjasama bersama industri. Program ini menyediakan pelajar dengan kecemerlangan akademik, pendedahan praktikal, dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi ahli kimia yang berjaya pada masa hadapan.
6 Semester
3 Tahun
Amali Kimia Asas, Amali Kimia Fizik, Amali Kimia Organik, Amali Kimia Tak Organik, Aplikasi Kimia Organik, Kaedah Penyelidikan dalam Sains Kimia, Kimia Analisis, Kimia Fizik, Kimia Fizik Asas, Kimia Instrumentasi, Kimia Keadaan Pepejal, Kimia Koloid, Kimia Koordinatan, Kimia Organik Asas, Kimia Organologam Peralihan, Kimia Polimer ,Kimia Sebatian Karbonil, Kimia Sebatian Semulajadi, Kimia Tak Organik, Kimia Tak Organik Asas, Matematik untuk Kimia, Mekanisma dalam Kimia Organik, Penentuan Struktur Sebatian Kimia, Pengurusan dan Keselamatan Bahan Kimia, Spektroskopi Molekul,Statistik Untuk Kimia
LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Kimia di peringkat STPM.
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Kimia di peringkat Matrikulasi / Asasi.
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon;
ATAU
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk
keputusan Tahun 2020 dan sebelum dalam mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Ahli Kimia Alam Sekitar
• Ahli Kimia / Pegawai Sains
• Jurutera Alam Sekitar
• Pakar Kualiti Udara
• Pegawai Penyelidik
• Penganalisis Kualiti Air
• Pengawalan Kualiti
• Pengurus Sisa Berbahaya
• Perunding Alam Sekitar
• Saintis Alam Sekitar
MAKLUMAT LANJUT
Prof. Madya ChM. Dr. Hanis binti Mohd Yusoff
Ketua Program Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) dengan Kepujian
hanismy@umt.edu.my
09-6683980