Teras utama program ini adalah berasaskan kepada tiga bidang utama iaitu Sains Kimia, Kimia Analisis dan Kimia Persekitaran. Program ini telah direka bentuk bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bidang Sains Gunaan berkonsepkan Kimia Analisis Alam Sekitar kepada para pelajar, membekalkan dan meningkatkan keupayaan pelajar dalam menganalisis dan merumuskan sesuatu perkara serta melatih pelajar dalam penggunaan alat radas, bahan kimia dan instrumen yang berkaitan. Program ini juga adalah untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan negara berlaku dalam persekitaran yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan.
7 Semester
3.5 Tahun
Amali Kimia Asas, Amali Kimia Fizikal, Amali Kimia Tak Organik, Asas Dan Aplikasi Kimia Koloid, Kaedah Penyelidikan Dalam Sains Kimia, Kemometri Asas, Kimia Alam Sekitar, Kimia Alam Sekitar Lanjutan, Kimia Analisis Asas, Kimia Fizikal, Kimia Fizikal Asas, Kimia Forensi Kimia Organik Asas, Kimia Tak Organik, Kimia Tak Organik Asas, Penentuan Struktur Sebatian Kimia, Pengenalan Analisis Alam Sekitar, Pengurusan Dan Keselamatan Bahan Kimia, Prinsip Ekologi, Sistem Pengurusan Alam Sekitar, Teknik Elektrokimia Dan Termal Dalam Kimia Analisis, Teknik Pemisahan Dalam Kimia Analisis, Teknik Spektroskopi Dalam Kimia Analisis
LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Kimia di peringkat STPM
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Kimia di peringkat Matrikulasi / Asasi.
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon;
ATAU
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk
keputusan Tahun 2020 dan sebelum dalam mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Ahli Kimia
• Ahli Kimia Alam Sekitar
• Jurutera Alam Sekitar
• Pakar Kualiti Udara
• Pakar Pematuhan Peraturan
• Penganalisis Kualiti Air
• Pengurus Sisa Berbahaya
• Penyelaras Kelestarian
• Perunding Alam Sekitar
• Saintis Alam Sekitar
MAKLUMAT LANJUT
Prof. Madya ChM. Dr. Alyza Azzura binti Abd Rahman Azmi
Ketua Program Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran) dengan Kepujian
09-6683748
alyza.azzura@umt.edu.my