UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) dengan Kepujian

Program ini mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi membangunkan aplikasi mudah alih dan web. Di samping melahirkan graduan yang dapat mengisi keperluan tenaga kerja semasa dan akan datang, program ini dapat meningkatkan prospek dan laluan kerjaya graduan menerusi fungsi pekerjaan baharu yang wujud hasil daripada perubahan dalam landskap ICT berikutan peralihan kepada teknologi mudah alih dan IR4.0

TEMPOH PENGAJIAN

7 Semester
3.5 Tahun

Analisis dan Reka Bentuk Sistem, Asas Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Keperluan Perisian, Kerangka, Keselamatan Siber Komputeran IoT, Pangkalan Data, Pembangunan Aplikasi Berasaskan Web, Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Berasaskan Pembangunan Projek Industri, Pemikiran Sistem dan Logik, Pengaturcaraan, Pengaturcaraan Berorientasikan Objek, Pengaturcaraan FrontEnd, Pengenalan kepada Statistik, Pengurusan Projek Industri, Rangkaian, Reka Bentuk antara Muka Berasaskan Web, Senibina dan Organisasi Komputer, Sistem Pengoperasian Sistem Pintar, Struktur Data dan Algoritma, Struktur Diskrit

LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat STPM:
• Matematik T
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains Sukan / Seni Visual / Teknologi Maklumat dan Komunikasi

ATAU

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran pada peringkat STPM.

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat SPM:
• Matematik
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Grafik Komunikasi Teknikal / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Bentuk Grafik Digital / Produksi Multimedia

ATAU

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran pada peringkat STPM.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM: Matematik Tambahan


LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 pada peringkat Matrikulasi / Asasi.

 Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM.

ATAU

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat SPM : Matematik
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Grafik Komunikasi Teknikal / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Bentuk Grafik Digital / Produksi Multimedia

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Bagi calon lepasan Diploma / Setaraf:-
• Lulus Diploma dalam bidang Sains Komputer / Kejuruteraan Perisian / Teknologi Maklumat / Sistem Maklumat atau yang setara dengan minimum PNGK 2.50

ATAU

• Lulus Diploma dalam bidang Sains dan Teknologi dengan minimum PNGK 2.50

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Pegawai Teknologi Maklumat
• Penganalisa Sistem
• Pentadbir Sistem
• Pembangun Bahagian Hadapan / Full Stack
• Perunding IT
• Pereka Web
• Pengaturcara
• Penganalisis Program
• Pentadbir Rangkaian
• Pembangun Aplikasi IOS
• Jurutera Perisian
• Pentadbir Pangkalan Data
• Pembangun Sistem Perisian
• Jurulatih IT
• Pensyarah Sains Komputer

MAKLUMAT LANJUT
Assoc. Prof. Ts. Dr. Amir Ngah
Ketua Program Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) dengan Kepujian
+609 668 3463/3374
amirnma@umt.edu.my
https://fskm.umt.edu.my