Ucapan Naib Canselor Sempena Amanat Tahun Baharu 2016

“KESEPAKATAN PERANCANGAN NILAI, KEBERSAMAAN PELAKSANAAN KECEMERLANGAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Transformasi Terengganu Baharu, Salam 1 UMT dan Salam Sehati Sejiwa.

Pertamanya, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa penuh kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah, kurnia dan izin-Nya, maka dapat kita bersama di majlis Amanat Tahun Baharu 2016 pada hari ini. Amanat tahun baharu ini adalah satu acara tahunan universiti di mana kita berpeluang berkumpul sebagai keluarga besar yang mempunyai nilai kesepakatan dan kebersamaan dalam menggalas amanah membangunkan sektor pendidikan tinggi negara cemerlang. Secara langsung, amanat ini memberi gambaran hala tuju universiti ini bagi tahun 2016 yang sewajarnya menjadi panduan dan rujukan oleh semua. Pada masa yang sama, peluang ini diharap dapat menjelaskan kepada warga universiti dan semua pemegang taruh, apakah perancangan perkembangan hala tuju universiti khususnya dalam menjayakan hasrat Malaysia menjadi sebuah hub pendidikan tinggi di peringkat global.

Amanat saya pada tahun ini akan memberikan tumpuan kepada elemen perancangan pelaksanaan yang perlu diterajui oleh universiti sama ada diperingkat dalaman, kebangsaan, serantau mahu pun dalam konteks global. Hal ini penting kerana pendidikan tinggi bertujuan bukan sahaja memenuhi tuntutan dan kepentingan dalaman negara semata-mata, tetapi menentukan kemampuan warga Malaysia mengekalkan daya saingnya dalam pentas global.

Pelan Strategik UMT (PSUMT) 2013-2017 merupakan satu dokumentasi perancangan yang jelas dan komprehensif. Ianya merupakan naskhah hala tuju UMT dalam usaha memainkan peranan dan hasrat universiti awam berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global. Seiring dengan waktu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 (PPPM-PT) bagi memperkasakan pendidikan tinggi di Malaysia. Oleh itu, kesejajaran PSUMT dengan PPPM-PT adalah  signifikan supaya kita dapat belayar pada kelajuan dan haluan yang sama.

Seperti kita sedia maklum, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa berusaha untuk memastikan pendidikan tinggi di Malaysia menjadi antara yang terbaik di dunia. Bagi merealisasikan hasrat ini, KPT perlu memastikan supaya semua universiti mempunyai perancangan Transformasi dan pelan tindakan yang realistik, ampuh dan jitu yang menyokong 10 lonjakan yang telah digariskan dalam PPPM-PT.

Berikutan kejatuhan harga minyak dan kesannya keatas ekonomi global, seiring dengan sekatan dan kekangan bajet kepada Universiti, bagi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan yang lebih berkesan dan kesejahteraan rakyat terpelihara, YAB Perdana Menteri telah menggariskan dua perkara yang perlu ditumpukan oleh penjawat awam untuk tahun 2016. Perkara tersebut ialah mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dan berfikir secara kreatif serta inovatif dalam melaksanakan tugas, yakni “do more with less” . Mengoptimumkan perbelanjaan tidak bermaksud memotong perbelanjaan tetapi melihat bagaimana setiap ringgit yang dibelanjakan mendatangkan hasil dan kesan yang lebih besar. Selain itu, tumpuan juga diberikan bagaimana menggunakan daya fikir yang kreatif dan inovatif bagi penjanaan sumber dalaman serta meningkatkan produktiviti dalam melaksanakan tugas.

Manakala kandungan amanat tahun baharu YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia pula adalah mengenai konsep pendidikan fleksibel, gamifikasi, kesepunyaan, multilingual dan multidisciplinary. Penekanan yang perlu diberikan oleh UMT adalah penawaran kursus UMT Massive Open Online Courses (UMTMOOC) yang lebih meluas, perkongsian sumber antara Pusat Pengajian dan Institut, dengan  institusi pengajian tinggi lain serta penawaran program yang lebih menarik dan luwes atau mempunyai akses yang lebih meluas.

Dalam syarahan kali ini, saya ingin menegaskan mengenai komitmen, keikhlasan menabur khidmat bakti, kerelaan memikul tanggungjawab dan budaya bekerja professional yang perlu dilengkapi dengan iltizam yang tinggi, perlu disirami dengan kesepakatan perancangan nilai dan kebersamaan pelaksanaan kecemerlangan.
 
Klik Untuk Paparan Ucapan Penuh