Ucapan Naib Canselor Sempena Program Perhimpunan Bulanan 30hb Jun 2016

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Salam 1 Malaysia dan Salam 1 UMT.

PEMBUKA BICARA

1.  Didoakan agar semua warga kampus berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati Allah s.w.t bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Sesungguhnya semoga kita semua berada dalam keberkatan.

2.  Syukur alhamdullilah kepada hadrat Allah s.w.t kerana limpah kurniaNya serta izinNya, dapat kita berkumpul bersama-sama dalam Majlis Perhimpunan Bulanan pada pagi yang indah ini. Tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 1436 Hijrah kepada semua. Insya Allah kita semua akan merayakan sambutan Aidilfitri yang akan menjelang dalam beberapa hari sahaja lagi. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga kampus.  

3.  Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Pendaftar bersama-sama dengan Pusat Pendidikan Asas dan Liberal serta Pusat Islam Sultan Mahmud yang telah berusaha dengan dedikasi bagi menjayakan program perhimpunan pada pagi ini. Terima kasih juga saya tujukan kepada warga kampus  sekalian yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan program ini. Saya juga dimaklumkan oleh pihak urusetia bahawa nanti akan dilancarkan Majlis Flag Off Program Cakna Asnaf

4.  Ucapan syukur dan alhamdulillah kerana pada tahun ini warga kampus untuk sekelian kalinya  dapat bersama-sama memeriahkan serta menunaikan solat terawih di Pusat Islam, UMT. Tahniah dan syabas kepada semua pegawai dan staf Pusat Islam dalam usaha mewujudkan suasana yang menarik sepanjang bulan Ramadhan kali ini dengan mengatur pelbagai program kerohanian. Alhamdulillah.

Program Cakna Asnaf Di Komuniti Kejiranan UMT

Warga kampus sekalian,

5.  Selepas ini saya akan flag off konvoi Cakna Asnaf yang akan mengagihkan sumbangan prihatin warga UMT untuk asnaf fakir dan miskin. Sumbangan ini adalah antara Kempen Fastabiqul Khairat yang telah dimulakan pada tahun 2013 dan diteruskan pada tahun ini bertujuan mengajak semua warga UMT berlumba-lumba melakukan kebaikan. Untuk itu, kempen bersedekah kepada komuniti kejiranan UMT yang dijalankan oleh PISM ini adalah merupakan tanggungjawab sosial universiti terhadap komuniti sekitar.

6.  Pada tahun 2015, kita semua berjaya menyediakan 7500 hidangan iftor kepada asnaf pelajar UMT. Sebanyak 7500 kg beras dan 100kg daging lembu juga telah diagihkan kepada 750 buah keluarga fakir dan miskin melibatkan jumlah sumbangan RM55,770.00.

7.  Kempen kesedaran melalui roadshow yang telah diadakan disetiap PTJ telah berjaya memupuk sikap prihatin dan kasih sayang warga UMT kepada insan yang memerlukan. Ini terbukti apabila jumlah asnaf yang disantuni dan dibantu meningkat dari tahun ke tahun.

8.  Pada pagi ini sukacita saya untuk mengumumkan bahawa,  sebanyak 10,140 hidangan iftor telah berjaya disediakan kepada asnaf pelajar UMT termasuk anak-anak istimewa dari Sek. Men. Kompleks Mengabang Telipot. Manakala 6000kg beras bersama 250kg daging lembu pula akan diagihkan nanti kepada 600 buah keluarga fakir dan miskin yang akan melibatkan seramai 120 sukarelawan. Kesemua sumbangan ini adalah bukti keperihatinan warga UMT dan komuniti luar. Saya merasa amat bertuah untuk mengumumkan jumlah terkini sumbangan bagi program Fastabiqul Khairat tahun 2016 ialah  RM77,575.00.

9.  Syukur alhamdulillah ini semua adalah hasil sumbangan dengan kerjasama beberapa NGO dalaman dan juga luaran UMT. Saya mengharapkan usaha-usaha murni diteruskan lagi pada tahun hadapan disamping kita beramal malah kita juga bersama-sama meringankan beban insan yang serba kekurangan dalam menyambut Hari Lebaran nanti.

Pelancaran Tabung Anak-Anak Yatim sempena Majlis Jamuan Aidilfitri 2016

Saudara/saudari sekalian,

10.  Dalam kemeriahan kita membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya, seharusnya kita tidak lupa kepada mereka yang kekurangan. Tidak semua bernasib baik dan berpeluang menyambut lebaran dengan insan tersayang. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bagi membantu meringankan beban mereka dan dengan prinsip berkongsi kemeriahan lebaran, UMT akan melancarkan Kutipan Tabung Anak-Anak Yatim yang diedarkan ke semua PTJ setiap tahun. Hasil daripada kutipan ini diberikan kepada anak-anak yatim dikalangan anak-anak staf UMT dan sekolah di kejiranan UMT yang turut diraikan di dalam Majlis Hari Raya UMT setiap tahun.

11.  Untuk makluman semua, kutipan tabung pada tahun lepas adalah sebanyak RM 12,065.00 dan diagihkan kepada 170 orang anak yatim dengan setiap seorang mendapat duit raya sebanyak RM70.00 seorang. Ini menggambarkan warga UMT sangat cakna dan prihatin terhadap kesusahan dan keperitan hidup anak-anak ini. Diharapkan kutipan tahun ini akan lebih memberangsangkan dan semoga kemeriahan lebaran tahun ini lebih bermakna untuk dikongsikan dengan anak-anak istimewa.

PENUTUP

Warga kampus sekalian,

12.  Akhir kata, saya dengan rasa kerendahan hati bagi pihak diri, suami, anak-anak dan seisi keluarga mengambil kesempatan ini memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan.

13.  Saya mendoakan agar warga kampus yang pulang ke kampung untuk menyambut hari raya, selamat dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing dan selamat kembali bertugas semula nanti. Kepada rakan-rakan termasuk bukan Islam saya mengesyorkan supaya menggunakan ruang dan peluang ini untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga Tuhan sentiasa merahmati kita semua.

14.  Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin dan Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wasaalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh