Ucapan Naib Canselor Sempena Bengkel Pemulihan Penyu pada 1hb September 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan Salam 1 Malaysia.

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

1.                  Bersyukur kehadrat Allah S.W.T, di atas limpah rahmat dan izinNya, kita dapat bersama-sama pada pagi ini, dalam Seminar dan Bengkel Pemuliharaan Penyu, anjuran bersama Kerajaan Negeri Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pejabat Penasihat Sains Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia.

2.                  Dikesempatan ini, saya bagi pihak Universiti Malaysia Terengganu, ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Mulia Dato’ Haji Tengku Putera Bin Tengku Awang, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri Terengganu, bagi mewakili Menteri Besar Terengganu, untuk merasmikan Seminar dan Bengkel Pemuliharaan Penyu, pada pagi ini.

3.                  Setinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Zakri bin Abdul Hamid, Penasihat Sains kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, di atas kepercayaan tinggi yang diberikan kepada pihak UMT, untuk menjadi salah satu penganjur bagi Seminar dan Bengkel Pemuliharaan Penyu yang julung kalinya di adakan di Malaysia. Terima kasih juga saya ucapkan sekali lagi di atas kesudian Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Zakri bin Abdul Hamid, kerana sudi memberikan ucaptama pada hari ini.

4.                  Terima kasih dan selamat datang saya ucapkan kepada para peserta, yang datang dari jauh dan dekat, semata-mata untuk menyertai seminar dan bengkel yang akan berlangsung selama tiga (3) hari ini. Semoga ianya menjadi platform terbaik untuk semua pihak bagi membincangkan serta mengetahui status semasa berkenaan pemuliharaan penyu, isu dan cabaran, dan seterusnya mengemukakan Pelan Tindakan Penyu Kebangsaan bagi mengatasi kepupusan penyu di Malaysia.

5.                  Tidak dilupakan, ribuan terima kasih saya ucapkan, kepada jawatankuasa yang telah terlibat serta bertungkus lumus berusaha dengan penuh dedikasi dan semangat, bagi memastikan agenda seminar dan bengkel ini berjalan dengan lancar. Syabas dan terima kasih saya ucapkan.

USAHA & PERANAN UMT BAGI BIDANG PENYELIDIKAN

& PEMULIHARAAN PENYU

Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian,

6.                  Peranan UMT dalam bidang penyelidikan dan pemuliharaan penyu telah dimulakan semenjak tahun 1993 lagi. Pelbagai usaha serta penyelidikan telah dijalankan oleh pihak UMT, dan ianya telah dilihat sedikit sebanyak memberikan impak yang positif, di mana peratusan penetasan anak penyu di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang baik.

7.             Ini dapat dibuktikan, apabila program pemuliharaan penyu yang telah dijalankan selama 23 tahun, di pantai Chagar Hutang, Pulau Redang, telah berjaya melindungi 10,000 sarang penyu serta telah melepaskan sekurang-kurangnya 600,000 anak penyu semula ke lautan bagi tujuan peningkatan populasi penyu di masa akan datang. Hasil yang positif ini turut dapat dilihat apabila, peningkatan persarangan penyu di Pulau Redang meningkat sejak tahun 2010.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

8.                  Kekuatan UMT di dalam bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada usaha penyelidikan dan pemuliharaan penyu secara berterusan. Melalui penarafan UMT sebagai Pusat Kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi atau HICoE yang ke tujuh (7) di Malaysia (satu-satunya Pusat Kecemerlangan dalam bidang oseanografi dan sains marin), penyelidikan penyu telah dipersetujui oleh pihak KPTM untuk diletakkan sebagai salah satu program nic utama haiwan marin terancam (Marine Endangered Species). Sehubungan itu, UMT telah diberikan kepercayaan serta geran oleh pihak KPTM bagi tujuan penyelidikan dan pemuliharaan penyu secara lebih menyeluruh.

9.                  KPTM, melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025, telah memperkenalkan kaedah pembelajaran atas talian berdasarkan konsep Massive Open Online Course (MOOC), di bawah lonjakan ke - 9. Bagi menyokong lonjakan ini, UMT memainkan peranan aktif dengan menjadi peneraju kepada pelaksanaan MOOC dalam program pengajian berkaitan ilmu kelautan dan sumber akuatik, di mana kursus yang berkaitan dengan penyelidikan dan pemuliharaan penyu akan dilancarkan. Ini turut akan dibantu dengan pelancaran ibook berkaitan penyu, dalam masa yang terdekat ini.

Hadirin yang dihormati,

10.             Peranan pihak UMT tidak terhenti di situ sahaja, malah ianya lebih meluas di mana UMT turut memainkan peranan yang lebih besar apabila dilantik menjadi penasihat bagi tujuan penyelidikan dan pemuliharaan penyu, kepada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan, Taman-taman Sabah dan Jabatan Perhutanan Sarawak. Beberapa program kerjasama turut dijalankan antara pihak UMT, kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Perikanan Malaysia dan yang terbaru ialah dengan Jabatan Hidupan Liar Brunei, bagi tujuan penyelidikan serta pemuliharaan penyu di Malaysia dan juga Brunei.

PELUANG KERJASAMA STRATEGIK

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

11.             Program pemuliharaan dan kesedaran penyu yang dijalankan oleh UMT, tidak akan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa bantuan serta kerjasama daripada agensi kerajaan, syarikat swasta dan derma daripada orang awam. Kerajaan Negeri Terengganu, Berjaya Group Corporation, Laguna Redang Island Resort, Uda Holdings adalah antara nama besar yang telah menyokong usaha-usaha pemuliharaan penyu yang telah dijalankan oleh UMT sejak dari dahulu lagi.

12.             Sehubungan itu, pihak UMT berharap agar peluang kerjasama strategik dengan pelbagai agensi kerajaan, antarabangsa, NGO dan pihak swasta dapat dijalinkan dengan lebih luas dan diperkukuhkan lagi bagi tujuan penyelidikan serta pemuliharaan penyu ini. Geran multidisiplin adalah amat diperlukan serta kerjasama yang berterusan untuk projek berbentuk nasional yang melibatkan Pejabat Penasihat Sains kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia serta Kerajaan Negeri Terengganu, turut dialu-alukan.

13.             Bagi pihak UMT, saya berharap semoga kerjasama erat antara UMT dengan pelbagai pihak terutamanya dengan Pejabat Penasihat Sains kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia serta Kerajaan Negeri Terengganu, akan sentiasa berterusan dan dapat memberikan impak yang positif bagi tujuan penyelidikan dan pemuliharaan penyu ini.

PENUTUP

14.             Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Mulia Dato’ Haji Tengku Putera Bin Tengku Awang, Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Zakri bin Abdul Hamid, para jemputan dan hadirin serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Seminar dan Bengkel Pemuliharaan Penyu Malaysia 2015.

Sekian.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Wassalamualaikum waramatullah wabarakatuh.

Terima kasih.