Ucapan Naib Canselor Sempena Majlis Idea of The Year 2014 Pejabat Pendaftar pada 29hb September 2015

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam 1 UMT dan Salam Sehati Sejiwa.

Pembuka Kata

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan rahmat serta izin-Nya jua kita dapat menghadiri Majlis Idea of The Year Tahun 2014 Pejabat Pendaftar yang julung-julung kalinya diadakan ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur atas kesudian dan berbesar hati untuk menjemput saya ke majlis ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas komitmen Yang Berbahagia Prof., Tuan-tuan dan Puan-puan untuk menghadiri Majlis ini.

Tujuan Majlis Idea Of The Year

Yang Berbahagia Profesor, Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

1.          Majlis Idea of The Year Pejabat Pendaftar yang julung-julung kali diadakan ini bagi memberi pengiktirafan idea dan menghargai usaha Jabatan, Bahagian dan Seksyen yang berjaya menghasilkan produk-produk inovasi yang dapat meningkatkan tahap kualiti penyampaian perkhidmatan untuk warga universiti amnya dan Pelanggan universiti khususnya. Penganjuran majlis ini diharap akan menjadi pencetus kepada agenda penting dan komitmen warga terhadap usaha-usaha menyemarakkan lagi budaya inovasi di kalangan pegawai dan kakitangan UMT.

2.          Umumnya, penambahbaikan dan inovasi merupakan hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam beberapa aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kepada organisasi. Cetusan idea-idea tersebut adalah meliputi pelbagai aspek dan boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja, pengenalan teknologi mahupun program yang berbentuk pengiktirafan individu yang mencuit hati untuk terus menyumbang. Hasil dari pelaksanaan idea-idea inovasi akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan universiti dan Jabatan, Bahagian serta Seksyen di Pejabat Pendaftar. Dalam konteks itu juga, sesuatu inovasi seharusnya dapat memberi manfaat kepada warga dan pihak yang berkepentingan serta dapat memberi nilai tambah kepada keadaan yang sedia ada.

Membudayakan Inovasi

3.          Kita harus menyedari bahawa inovasi kini bukan hanya sekadar kunci kejayaan sesebuah organisasi, malah mampu memberi satu titik permulaan atau anjakan paradigma kepada kemajuan dan kejayaan sesebuah organisasi. Tumpuan utama hendaklah diberikan kepada galakan inovasi secara berterusan bagi meningkatkan budaya inovasi dalam kalangan warga UMT secara keseluruhannya. Pembudayaan inovasi inilah yang harus menjadi teras utama dalam melonjakkan transformasi UMT di samping meningkatkan mutu perkhidmatan yang UMT berikan kepada pelanggan secara keseluruhannya.

4.          Konsep Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) serta Produktif, Kreatif dan Inovatif (PCI) yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri menekankan budaya kerja yang cepat, tepat dan berintegriti akan memupuk pemikiran yang menjurus ke arah produktiviti, kreativiti dan inovasi. Selaras dengan usaha kerajaan dalam ‘Fokus Keempat iaitu Mempercekap Penyampaian Pekhidmatan Awam’, warga Pejabat Pendaftar amnya dan Warga UMT umumnya mesti menerapkan budaya PCI manakala amalan kerja pula mestilah merangkumi konsep CTI. Konsep CTI ini merupakan panduan dalam melaksanakan tugasan harian dan perlu disokong dengan konsep PCI supaya warga UMT tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian, malah sentiasa berusaha untuk memperkasakan sistem perkhidmatan sedia ada. Cetusan idea-idea yang dilaksanakan dengan sempurna hasil amalan CTI dan PCI mampu melonjakkan nama UMT.

5.          Bersama-samalah kita meletakkan inisiatif inovasi yang terpilih sebagai tanda aras untuk dicontohi oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UMT bagi menampilkan lebih banyak idea baharu yang akan mempersadakan inovasi ke arah kesejahteraan pelanggan UMT. Betapa pentingnya inisiatif-inisiatif inovasi yang dipilih di peringkat Pejabat Pendaftar ini kerana pemilihan inisiatif yang berkualiti mempunyai potensi yang tinggi untuk dimanfaatkan dalam sistem perkhidmatan dan dapat meningkatkan tahap kepuasan pelanggan UMT sama ada pelanggan dalaman atau luaran.

6.          Kebiasaan yang selalu dipraktikkan, sesuatu PTJ melakukan inovasi hanyalah untuk PTJ masing-masing. Kini, praktiknya telah melangkaui kebiasaan malah beranjak ke arah yang lebih maju yang dipanggil inovasi tanpa batasan. Usaha untuk pemerkasaan penyampaian perkhidmatan terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan yang mempunyai titik sentuhan langsung dengan pelanggan sentiasa menjadi agenda utama UMT. Usaha untuk mempertingkatkan kolaborasi antara Pejabat Pendaftar dan PTJ-PTJ selepas ini boleh diketengahkan dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan di universiti kita.

Idea Dan Inovasi Pejabat Pendaftar

7.          Dalam tahun 2014 yang lepas, pelbagai projek-projek inovasi telah diperkenalkan di Pejabat Pendaftar yang dapat memberi impak yang berkesan dan bermanfaat kepada sistem perkhidmatan universiti. Saya difahamkan terdapat 33 idea inovasi telah diperkenalkan dan satu inovasi telah dijadikan sebagai projek Kumpulan Iniovatif dan Kreatif (KIK) dan mewakili UMT ke pertandingan di peringkat pantai timur dan Kebangsaan. Hasilnya, projek tersebut telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas (Anugerah Inovasi Harapan) sempena Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam Tahun 2015 di USIM dan juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah EMAS oleh National Productivity Council (NPC) sempena Konvensyen Team Excellent Wilayah Pantai Timur Tahun 2015 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan CUBE yang diwakili oleh warga Pejabat Pendaftar di dalam konvensyen tersebut. Antara inovasi-inovasi yang telah diperkenalkan di Pejabat Pendaftar ialah seperti berikut:

a.  Pembangunan Modul Lapor Diri (MyCareer) secara atas talian.

b.  Pembangunan Modul Pengerusi Program (MyChair) secara atas talian.

c.  Penghargaan kepada staf UMT melalui kad ucapan Hari Lahir.

d.  Pemusatan Carta Organisasi Pusat Tanggungjawab.

e.  Penyediaan Kad Identiti Pelajar sebelum pelajar baharu mendaftar.

f.   Penggunaan Sistem e-Kenderaan secara atas talian.

g.  Pembangunan Sistem Merit Penyertaan Acara Sukan ke Sukan Staf Institusi Pengajian Tinggi (SUKUM).

h.  Roadshow Fast-K, peduli asnaf komuniti.

8.          Ini merupakan contoh-contoh projek inovasi yang telah dilaksanakan hasil dari pemikiran kreatif di Jabatan-jabatan yang bernaung di Pejabat Pendaftar. Pemikiran yang kreatif seperti inilah yang mesti dipupuk dan diterap dari awal di dalam setiap warga hingga dapat mencetuskan idea-idea yang bernas yang boleh meningkatkan mutu kerja dan menaikkan imej Universiti. Memang tidak dinafikan warga UMT mempunyai idea-idea yang bernas dan berkualiti untuk diketengahkan, namun peluang perlu dibuka kepada semua lapisan pegawai dan kakitangan supaya setiap daripada kita dapat merealisasikannya.

Penutup

9.          Akhir kata, saya dengan ini mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai dan kakitangan daripada Jabatan, Bahagian atau Seksyen yang dinobatkan sebagai pencetus dan pelaksanan Idea of The Year 2014 yang diberi pengiktirafan pada hari ini. Semoga dengan kejayaan yang dikecapi oleh tuan-tuan dan puan-puan kali ini akan dapat dicontohi oleh semua lapisan warga dalam usaha merancakkan lagi pembudayaan inovasi di PTJ masing-masing.

10.     Dengan lafaz yang mulia, “Bismillahirrahmanirrahim”, saya dengan ini merasmikan Majlis Idea of The Year Tahun 2014 Pejabat Pendaftar.

Sekian.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Wassalamualaikum waramatullah wabarakatuh.