Ucapan Naib Canselor Sempena Majlis Minum Petang Bersama Atlet SUKUM 2015 pada 30hb September 2015

Syukur Alhamdullilah kepada hadrat Allah S.W.T kerana limpah kurnia-Nya serta izin-Nya, dapat kita berkumpul bersama-sama dalam majlis minum petang ini, bersama dengan mereka yang diraikan, iaitu atlet-atlet SUKUM 2015.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada urusetia Pusat Sukan dan Rekreasi khususnya, kerana telah berusaha untuk mengadakan majlis santai seumpama ini, khas bagi meraikan kejayaan atlet kita pada temasya sukan SUKUM baru-baru ini.

Kejayaan Atlet UMT

1.  Seperti yang kita sedia maklum, seramai 115 atlet bersama 20 orang pegawai UMT telah menyertai Kejohanan Sukan Antara IPTA Malaysia (SUKUM ke-40) yang bermula pada 15 – 24 Ogos 2015 di UiTM, Shah Alam.

2.  Di atas kesungguhan yang telah ditunjukkan, kita telah BERJAYA membawa pulang 1 Emas, 2 Perak dan 4 Gangsa sepanjang berlangsungnya kejohanan tersebut.

3.  Dikesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan TAHNIAH kepada Pasukan Tenis UMT, di mana dengan cemerlangnya membawa pulang kembali pingat Emas yang telah dimenangi 3 tahun dahulu di UUM.

4.  Ucapan TAHNIAH juga ingin saya berikan kepada pasukan Boling Padang, Badminton dan Futsal yang berjaya merangkul pingat Perak dan Gangsa, ketika kejohanan berlangsung. Syabas dan terima kasih saya ucapkan di atas kesungguhan yang ditunjukkan.

5.  Kepada pasukan Bola Tampar, Bola Sepak dan Basikal, juga perlu diberi penghargaan supaya terus berusaha dan memperbaiki keputusan untuk kejohanan yang akan datang. Bagi saya, jumlah pingat tidak menentukan segala-galanya, namun semangat kerjasama dan kolaborasi yang terbentuk dalam pasukan adalah yang paling penting.

6.  Pihak pengurusan universiti sentiasa memberi peluang dan sokongan kepada aktiviti sukan khususnya SUKUM, SUKANUN, MAKSAK dan anjuran pelbagai agensi.

7.  Sehubungan dengan itu pihak universiti mengiktiraf pencapaian staf melalui sukan dengan menganugerahkan  Olahragawan & Olahragawati  dalam Majlis Anugerah Tahunan Universiti.

8.  Doa dan harapan saya bagi pihak Pengurusan Tertinggi Universiti supaya kontingen kita terus beroleh kejayaan yang cemerlang dalam penyertaan SUKUM pada tahun mendatang.

9.  Saya juga dimaklumkan bahawa pada 7 hingga 11 Oktober nanti, pasukan golf UMT juga akan bertanding dalam Kejohanan Golf Antara Universiti Awam Malaysia kali ke 43 yang dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Semoga team golf UMT juga akan membawa balik kejayaan. Insya Allah.

Penutup

8.    Sebelum saya akhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua atlit yang berjaya mengharumkan nama UMT pada temasya SUKUM ke-40 UiTM 2015.

Sekian.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Wassalamualaikum waramatullah wabarakatuh.