Ucapan Naib Canselor Sempena Program Syarahan Umum oleh YBhg. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, Panglima TLDM pada 22hb Oktober 2015

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam 1 UMT dan Salam Sehati Sejiwa.

Ucapan Penghargaan

1.                     Alhamdulillah, pertamanya dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah rahmatNya maka dapatlah kita sama-sama berkumpul bagi majlis ‘Syarahan Umum’ yang akan disampaikan oleh bakal penerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan (Pengurusan Maritim), Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Jaafar, Panglima Tentera Laut, Tentera Laut DiRaja Malaysia sempena Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu Kali Ke-13.  Sesungguhnya majlis penganugerahan Ijazah Kehormat yang masyhur ini amat bermakna kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), kerana penerima-penerima Ijazah Kehormat seumpamanya sebelum ini, adalah terdiri daripada pelbagai tokoh yang begitu banyak menumpah khidmat dan bakti kepada negara. Oleh itu, peristiwa ini sememangnya akan menjadi sejarah yang manis kepada seluruh warga UMT.

2.                     Terlebih dahulu, saya bagi pihak UMT ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan serta terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar, untuk menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan – Pengurusan Maritim ini. Meskipun sibuk dengan jadual yang padat, namun kesudian Laksamana Tan Sri melapangkan masa menghadirkan diri ke UMT untuk majlis penganugerahan ijazah kehormat dan juga ‘Syarahan Umum’ ini amat kami hargai.

Pemilihan Laksamana Tan Sri Sebagai Penerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan – Pengurusan Maritim

Hadirin yang saya hormati sekalian,

3.                     Pemilihan Laksamana Tan Sri yang berkepakaran dalam bidang maritim adalah sangat bertepatan dengan visi universiti ini, iaitu untuk menjadi universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global. Laksamana Tan Sri telah diakui kepakarannya di dalam bidang maritim samada di peringkat negara mahupun antarabangsa. Ini diperkukuhkan lagi dengan pelbagai anugerah yang telah dikurniakan kepada beliau oleh pelbagai pihak dari dalam dan luar negara.

4.                     Selain itu, pemilihan Laksamana Tan Sri untuk penganugerahan ini juga adalah sejajar dengan agenda utama universiti untuk merealisasikan hasrat menerobos dan mengangkasakan UMT dalam usaha meningkatkan pendidikan tinggi secara berterusan melalui Konsep 2C (Cooperation and Collaboration) yang merujuk kepada konsep kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai pihak berkepentingan. Konsep kerjasama dan kolaborasi ini adalah diharapkan bukan sahaja dapat memperkukuhkan lagi sistem dan kandungan pengajaran dan pembelajaran di universiti ini dalam menjamin penyediaan modal insan yang berdaya saing, beretika dan bertanggungjawab, malah dapat juga memperkasakan bidang penyelidikan universiti terutamanya di dalam bidang tujahan universiti.

5.                     Sebentar lagi, kita akan mendengar syarahan umum oleh Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri yang berkisar kepada Isu dan Cabaran Semasa di dalam perihal Maritim di Malaysia khususnya. Diharapkan perkongsian Laksamana Tan Sri ini nanti dapat memberi kesedaran kepada kita semua dalam menghargai dan menyedari betapa banyaknya cabaran di dalam usaha pemuliharaan khazanah kelautan negara dan betapa banyak lagi ruang untuk ilmu kelautan dapat dimanfaatkan. Di samping itu, saya yakin yang ucapan Laksamana Tan Sri nanti, pasti dapat memberi sedikit sebanyak arah dan fokus tertentu kepada UMT dalam memperkasakan dan mengembangkan aktiviti dan sumbangan UMT yang sedia ada dalam meneroka ilmu kelautan dan memastikan kelestarian khazanah kelautan negara dapat dijaga.

Keterlibatan UMT dan Industi Bagi

Program Marin dan Maritim

Hadirin yang saya hormati sekalian,

6.                     Sebagaimana umum sedia maklum, UMT sudah banyak terlibat dalam melaksanakan program yang berkaitan dengan marin dan maritim; umpamanya usaha pemeliharaan penyu, usaha memelihara laut dan khazanahnya (sumber marin), melaksanakan penyelidikan dalam ruang lingkup tujahan universiti seperti Stesyen Penyelidikan Pulau Bidong, Stesyen Penyelidikan Kenyir dan penyelidikan Tanah Bencah Setiu, yang mana usaha-usaha ini mampu dipertingkatkan dan diperkasakan lagi dengan adanya kerjasama dan kepakaran luar yang mengambil bahagian dalam program-program ini. Malahan UMT akui dengan hadirnya bantuan kepakaran dan teknologi dari pihak industri seperti Jabatan Perikanan Malaysia, LKIM, Jabatan Kastam dan pelbagai lagi agensi telah membuka perspektif pendidikan di UMT dengan lebih luas.

7.                     Sesungguhnya penglibatan sektor industri dan golongan pakar dalam menyokong aktiviti pendidikan bukan sahaja mampu memberi impak pembangunan yang besar dalam bidang pendidikan malah mampu meningkatkan kredibiliti dan tahap kebolehpasaran graduan kerana penglibatan pihak ini dalam institusi pendidikan dengan memberikan pandangan, nasihat dan lain-lain kepakaran yang diperlukan telah dapat memperkemaskan lagi kurikulum pendidikan universiti, yang mana akhirnya dapat menepati kehendak pasaran kerja semasa.

8.                     Di samping itu, UMT juga amat mengambil berat akan kesedaran kepentingan khazanah dan ilmu kelautan dalam kalangan bakal siswazah UMT yang akan menjadi duta kecil UMT apabila bekerjaya kelak. Secara khusus, UMT mewajibkan setiap pelajar pra-siswazah baharu untuk mengikuti aktiviti Survival Laut dan Penghayatan Warisan di Pulau Bidong yang dibuktikan mampu menerapkan kesedaran yang tinggi di dalam jiwa bakal siswazah UMT bagi menghayati kepentingan dan menyokong usaha memulihara khazanah kelautan di dalam kehidupan mendatang mereka.

Jalinan Kerjasama UMT dan TLDM

 Tuan-tuan dan Puan-Puan Yang Saya Hormati,

9.                      Secara khususnya, hubungan kerjasama industri maritim  terutamanya TLDM dengan UMT telah diperkukuhkan lagi dengan pengiktirafan yang diberikan oleh TLDM kepada UMT pada 11 Ogos 2015 lalu, di mana ianya telah membuka ruang kerjasama yang lebih padu dalam bidang maritim dan bakal diperkemaskan lagi menerusi MoU yang akan direalisasikan tidak lama lagi.

10.               Alhamdulillah, kerjasama itu diteruskan dengan perkongsian ilmu dan pengalaman dari Laksamana Tan Sri dalam majlis ‘Syarahan Umum’ yang akan berlangsung sebentar nanti. Tajuk bicara ilmu yang akan disampaikan oleh Tan Sri adalah Keselamatan Maritim Negara: Isu dan Cabaran dan tajuk ini amat bermanafaat dan tepat untuk diperkatakan kerana buat masa kini ancaman keselamatan maritim sudah bersifat transnasional dan ini menjadi cabaran paling ketara yang dihadapi oleh Negara-negara ASEAN. Sebagaimana pernah dinyatakan oleh Pengerusi Institut Maritim Malaysia Yang Berbahagia Laksamana Madya Tan Sri Ahmad Ramli Hj Mohd Nor (**Sumber Berita Harian 6 Mei 2015), cabaran jenayah maritim masa kini bukan lagi dalam bentuk konflik antara Negara sebaliknya ia adalah ancaman maritim bukan tradisional seperti penyeludupan rentas sempadan, eksploitasi sumber marin secara haram, rompakan bersenjata, pemerdagangan manusia dan kegiatan lanun. Justeru, negara-negara ASEAN termasuk Malaysia perlu bersiap siaga untuk membendung ancaman ini dan di sini dapat dilihat bahawa keperluan memantapkan keselamatan maritim adalah kritikal.

11.               Dengan meningkatkan keupayaan negara dalam aspek keselamatan dan juga pertahanan maritim, Malaysia kini dilihat memainkan peranan yang aktif sekaligus menyumbang kepada aspek keselamatan maritim serantau dan antarabangsa. Dan yang lebih penting lagi, pencapaian Malaysia dalam aspek maritim juga telah menjadi pemangkin kepada peningkatan keupayaan vendor dan syaraikat tempatan dalam mendukung industri maritim negara. 

Penutup

Hadiran Sekalian,

12.                Akhir kata, saya dengan ini mengambil peluang untuk sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Haji Jaafar di atas Penganugerahan Ijazah Kehormat kepada beliau.

13.                Semoga jalinan kerjasama antara UMT dan TLDM akan terus sentiasa berterusan demi memastikan pelaksanaan program yang berkaitan dengan marin dan maritime akan berjalan dengan lancar.

Sekian.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Wassalamualaikum waramatullah wabarakatuh.