Ucapan Naib Canselor Sempena Majlis Penutup Program Elit InES-P 2015 pada 27hb Oktober 2015

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam 1 UMT dan Salam Sehati Sejiwa.

Ucapan Penghargaan

1.                     Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita dapat berkumpul di Dewan Seminar, Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT pada hari ini bagi menyempurnakan Majlis Penutup Program ELIT InES-P 2015.

2.                      Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Program ELIT InES-P 2015, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dan Yayasan Terengganu (YT) di atas usaha serta kesungguhan bagi penganjuran Program ELIT InES-P 2015 ini.

3.                     Saya juga mengucapkan setinggi tahniah, kepada 17 orang peserta Progran ELIT InES-P 2015 ini, di mana mereka ini merupakan antara yang TERBAIK dan  yang paling BERTUAH kerana TERPILIH antara RIBUAN pelajar Sekolah Agama IMTIAZ di seluruh Terengganu, bagi menyertai program ini.

Pengenalan Program InES-P

Hadirin Hadirat Sekalian,

4.                     Program ELIT InES-P yang telah berlangsung pada 2 September – 27 Oktober 2015, adalah beraspirasikan kepada pembentukan pelajar cemerlang yang seimbang serta mampu memperoleh 11A+. Visi tersebut direalisasikan melalui fokus pemantapan jati diri (Psikospiritual) yang merangkumi Kecerdasan Emosi (EQ) dan Spiritual (SQ). Malah, pengembangan kecerdasan intelek (IQ) dan fizikal berorientasikan psikomotor turut ditekankan. Dalam erti kata lainnya, program ini bukan hanya dapat melahirkan generasi muslim berpengetahuan, berkemahiran dan berkepimpinan tetapi juga berjiwa holistik.

5.                     Ianya juga menjadi medium pendedahan awal pelbagai bidang ilmu dan bimbingan kepada generasi muda merangka halatuju yang jitu. Ia dilihat sebagai satu wadah anjakan paradigma bagi melahirkan generasi muda kelas pertama Ulul Albab di Negeri Terengganu. Seterusnya mereka sebagai ‘role model’ masyarakat bakal menyumbang kepada transformasi pembangunan negara. Inilah ELIT InES-P hasil kolaborasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), dan Yayasan Terengganu (YT).

6.                     Program seumpama ini merupakan satu wahana inovasi sosial yang telah dijana oleh para penyelidik. Kumpulan akademik UMT telah berkecimpung dengan aktif dalam komuniti demi memacu inovasi sosial ke arah transformasi dan penghijrahan minda.

Modul – Modul Utama InES-P

Hadirin Yang Dihormati,  

7.                     UMT mempunyai sekumpulan pakar yang telah melangkah ke hadapan membangunkan beberapa modul seperti Modul Apresiasi Ketamadunan Islam dan Kenegaraan, Modul Integrasi Minda Quranik dan Saintifik, Modul Pengembangan Daya Fikir dan Intelektual, Modul Pemantapan Jati Diri Psikospiritual, Modul Komunikasi dan Dominasi Bahasa, Modul Kecergasan Fizikal dan Pemakanan Rasulullah, Modul Penerokaan Sains dan Teknologi dan Modul Keusahawanan dan Eksplorasi Kerjaya.

8.                     Modul-modul ini telah dibangunkan khas oleh para penyelidik UMT hasil kolaborasi dengan penyelidik UNISZA untuk di pindahkan keilmuan tersebut dalam komuniti. UMT telah memacu kelestarian sejagat dengan membuat pemindahan ilmu tersebut dalam Program Saintis Islam, Program Cakna Komuniti, Program Transformasi Minda Psikospiritual dan Program Elit InES-P ini. Produk inovasi sosial ini dibangunkan khas bagi melatih masyarakat dan komuniti ke arah keseimbangan pembinaan tamadun rohani atau spiritual dan kebendaan.

9.                     Ianya juga merupakan wahana penting bagi melahirkan generasi ulul albab, golongan profesional dan teknokrat dalam pelbagai bidang yang bukan sahaja Itqan dan pakar dalam bidang masing-masing (high tech) tetapi mempunyai integriti dan berakhlak (high touch). Apabila komuniti mempunyai sahsiah dan peribadi yang berintegriti (high touch) maka akan dapat membina budi pada ketamadunan kerohanian yang tinggi. Apabila masyarakat dan komuniti mempunyai kepakaran iaitu itqan (high tech) maka akan terbinalah kekuatan teknologi tamadun kebendaan yang mapan.

10.                Akhirnya, ilmuan Muslim yang akan mencapai puncak perkembangan ilmu sains dan teknologi seperti pada sebuah zaman iaitu zaman keemasan sains Islam (The Golden Ages of Islamic Science) diharapkan akan muncul kembali. Syabas kepada semua penyelidik UMT dan UNISZA. Inilah yang dikatakan keutuhan Kolaborasi Pemangkin Kecemerlangan Inovasi.

Perancangan Kesinambungan

Program InES-P

Hadirin Yang Saya Hormati,

11.                Besarlah harapan saya, agar kesinambungan program ini dapat dijadikan platform bagi menjana potensi dan prestasi peserta ke arah misi dan visi ke peringkat global. Saya difahamkan bahawa Program Elite InES-P ini akan diteruskan lagi pada tahun akan datang, begitu juga program Saintis Islam Kohort ke-2 akan berlangsung di UMT pada Januari hingga Februari 2016 nanti. UMT akan dengan sedaya upaya akan terus menyokong program yang melibatkan komuniti ini, demi memastikan perkongsian dan pemindahan ilmu dapat dimanfaatkan oleh semua pihak, InsyaAllah.

Penutup

12.                Saya yakin dan percaya, gabungan peranan UMT sebagai pusat penjanaan ilmu dan Yayasan Terengganu sebagai rakan pintar, akan membuahkan hasil kolaborasi yang terbaik. Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada ibubapa peserta, pihak sekolah dan semua yang terlibat kerana telah berjaya mendidik dan melahirkan individu yang cemerlang yang dikatakan generasi Ulul Albab. Syabas kepada semua!

13.                Semoga kita dapat bersama-sama lagi dalam Program ELIT InES-P berikutnya pada tahun hadapan.

Sekian.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Wassalamualaikum waramatullah wabarakatuh.