Ucapan Naib Canselor Sempena Majlis Anugerah Tahunan (MAT) 2015 pada 7hb Disember 2015

Daun semulur di Pekan Sari
Batang Jerami Rebah ke Bumi
Tampil Berdiri Bermadah Rasmi
Jemputan Majlis Amat Dihargai

1)            Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan Inayah-Nya dapat kita hadir pada malam ini untuk meraikan suatu majlis anugerah yang berprestij di peringkat universiti, iaitu Majlis Anugerah Tahunan (MAT) Universiti Malaysia Terengganu untuk tahun 2015.

2)            Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Pejabat Pendaftar yang telah mengaturkan kesempatan ini untuk kita bersama-sama berada di Majlis Anugerah Tahunan (MAT) 2015. 

3)            Majlis ini merupakan satu majlis untuk meraikan kecemerlangan, memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada bakat akademik dan sokongan akademik UMT dalam pelbagai bidang aspek kecemerlangan. Majlis ini juga menzahirkan tanda penghargaan universiti kepada pesara yang telah menyumbang jasa dan khidmat bakti selama berkhidmat untuk UMT, dan pegawai-pegawai yang telah sedekad setia bersama UMT. Kategori-kategori anugerah tahun 2015 yang akan disampaikan dan diraikan pada malam ini adalah:-

ANUGERAH

BILANGAN PENERIMA

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

130 Penerima

Anugerah Julangan Bakat

17 Anugerah, 18 Penerima

Hadiah Setia Bakti

80 Penerima

Penghargaan Pesara

7 Penerima

Penganugerahan bagi ke empat kategori ini, sekaligus mengumpul seramai 239 warga UMT yang diraikan pada malam ini.

UCAPAN TAHNIAH

Hadirin yang dihormati sekalian,

4)         Saya bagi pihak seluruh warga UMT mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah pada malam ini. Semoga komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan oleh saudara-saudari mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya.

PENERAPAN BUDAYA KECEMERLANGAN DALAM KERJA

5)         Saya yakin dan berharap anugerah-anugerah yang bakal disampaikan pada malam ini akan menjadi pemangkin (catalyst) dan pemacu untuk semua warga  UMT untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang ke arah peningkatan mutu kerja dan produktiviti secara berterusan. Penganugerahan pada malam ini juga merupakan satu bentuk penghargaan universiti di atas hasil keupayaan yang telah diterjemahkan oleh warga UMT dalam mencapai kecemerlangan kerja.              Saya juga berharap semoga warga UMT akan sentiasa berusaha maju dan bertindak sebagai penggerak utama untuk sentiasa membawa UMT melonjak ke hadapan (Soaring Upwards).

6)         Kepada semua penerima anugerah pada malam ini, jadikanlah anugerah kecemerlangan yang diterima ini sebagai satu amanah dan cabaran untuk kita terus memberi komitmen yang terbaik dalam tugasan kita seharian.

7)         Pada masa kini, ekspektasi pemegang taruh (stakeholders) terhadap penyampaian perkhidmatan dan kecekapan tadbir urus yang baik (good governance) kepada universiti amatlah tinggi selaras dengan dasar Kerajaan yang mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Penerapan budaya kerja cemerlang menjadi satu keperluan kepada universiti untuk memastikan sumber manusianya sentiasa dinamik, berkualiti dan        berdaya saing dalam memenuhi harapan rakyat dan negara. Apa yang sangat penting ia sebenarnya merupakan sebahagian dari suruhan agama Islam sendiri.

8)         Namun begitu, dalam keghairahan kita bersaing sesama kita, kecemerlangan individu semata-mata tidak menjamin kejayaan sebuah organisasi. Kecemerlangan tersebut akan dicapai melalui budaya kerjasama sepasukan (esprit de corps). Penghayatan kepada prinsip tersebut akan membangkitkan perasaan kekitaan di kalangan warga UMT dan akan menjadi pemacu ke arah kegemilangan.

9)         Semangat kerjasama ini selaras dengan hasrat saya dalam memperkenalkan konsep 2C (Cooperation dan Collaboration) yang merujuk kepada kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai pihak berkepentingan. Konsep kerjasama merujuk kepada kesepakatan seluruh warga UMT merentasi sempadan pusat tanggungjawab (PTJ).  Manakala konsep kolaborasi merujuk kepada hubungan di antara entiti yang mempunyai kepakaran dan disiplin ilmu yang berbeza, namun mempunyai matlamat yang sama untuk dicapai.

KEPESONAAN PADA KERJA

Hadirin yang dihormati sekalian,

10)     Tema majlis pada malam ini  ‘pesona ungu’ ia menampakkan kepesonaan (passion) warga UMT dalam mencapai kecemerlangan dan menuju visi dan misi yang ditetapkan. Dalam mengejar kecemerlangan, warga UMT perlu lebih pro-aktif, cekap, responsif, berani berubah serta peka kepada perubahan semasa untuk menangani saingan dari dalam mahupun luar organisasi melalui pemantapan daya saing, ilmu pengetahuan dan juga amalan disiplin yang tinggi.

KENYATAAN PENUTUP

Hadirin yang dihormati sekalian,

11)     Akhir kata saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Panel Pemilih Anugerah dan Jawatankuasa Pelaksana, atas kejayaan mengadakan majlis penghargaan kepada kakitangan dalam suasana ‘istimewa’, bersesuaian dengan kecemerlangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh warga UMT. Penghargaan dan pengiktirafan ini akan menjadi nilai motivasi (motivation value) kepada penjawat universiti yang cemerlang kerana kelompok ini merupakan sumber daya insan yang sangat terhad sepertimana diungkapkan oleh tokoh pengurusan moden, Peter Drucker,”The scarce resource in an organisation is performing people”. Kepada mereka yang tidak berjaya, saya berharap agar tidak berputus asa dan dapat meneruskan perkhidmatan dengan seikhlasnya.

12)     Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pemilihan Penerima Anugerah Julangan Bakat UMT dan Jawatankuasa Pembangunan Profesionalisme dan Kerjaya Kumpulan Profesional dan Sokongan atas kebijaksanaan dalam membuat keputusan untuk memilih penerima bagi Anugerah Julangan Bakat dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Tidak lupa juga penghargaan kepada urusetia setiap jawatankuasa yang telah membantu dalam menjayakan proses pemilihan yang dijalankan.

13)     Seterusnya saya mengambil peluang ini  untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang pertandingan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA'15) yang telah berlangsung pada 4-6 Disember 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), di mana UMT telah berjaya merangkul 1 Emas, 2 Perak dan 9 Gangsa.

Burung tempua hinggap merata

Burung merah di pohon jati

Ucapan tahniah buat warga

Khidmat anda kami sanjungi

Pohon selasih di dalam kolam

Anak haruan berenang-renang

Terima kasih kami ucapkan

Budi tuan menjadi kenangan

Sekian, wa billahi taufiq wal hidayah

Wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.