Ucapan Naib Canselor Sempena Majlis Menandatangani (MoA) Perjanjian Pembekalan Perkhidmatan Internet 1gbps Antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dan Telekom Malaysia Berhad (TM) pada 17hb Disember 2015

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam 1 UMT dan Salam Sehati Sejiwa.

Ucapan Penghargaan

1)         Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T saya panjangkan kerana dengan limpah kurnia-Nya kita diberi kesempatan untuk bersama-sama pada hari ini bagi menjayakan Majlis Menandatangani (MoA) Perjanjian Pembekalan Perkhidmatan Internet 1GBPS (Gigabit Per Second) Bagi Tempoh 5 Tahun (2015-2020) di Antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Telekom Malaysia Berhad (TM).

2)         Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Encik A Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Terengganu kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kita dan sekaligus akan menyempurnakan majlis ini - Terima kasih Yang Berhormat.

Sejarah Pembekalan / Penglibatan Telekom Malaysia Berhad Di UMT

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

3)         Sebagaimana kita ketahui, Telekom Malaysia Berhad merupakan firma telekomunikasi umum yang terunggul di Malaysia dan pada masa yang sama menjadi penyedia perkhidmatan jalur lebar Internet ISP (Internet Service Provider) bagi UMT sejak tahun 2000.  

4)         Setelah hampir 15 tahun Telekom Malaysia Berhad telah menjadi penyedia perkhidmatan jalur lebar Internet kepada UMT dengan kapasiti jalur lebar permulaan iaitu 2 Mbps (Megabit Per Saat). Sehingga kini, peningkatan kapasiti jalur lebar telah meningkat kepada 1 Gbps (Gigabit Per Saat).

5)         Peningkatan kapasiti jalur lebar ini selari dengan keperluan sumber akses Internet oleh warga UMT dalam melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan disamping keperluan pentadbiran dan pengurusan universiti.

Faedah & Keuntungan Kerjasama UMT Bersama Telekom Malaysia Berhad Sempena Pembekalan Perkhidmatan Internet Bagi Tempoh 5 Tahun

6)         Dengan termeterainya perjanjian ini, UMT akan memperolehi pelbagai kemudahan untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Antaranya:

a)      Warga UMT akan menikmati kemudahan jalur lebar 1.0 Gbps sepanjang masa tanpa henti dengan kemudahan Service Level Guarantee (SLG) 99.9%.

b)      Warga UMT juga akan menerima kapasiti jalur lebar Internet tambahan secara percuma sebanyak 500 Mbps selama 30 hari pada setiap tahun. Kapasiti jalur lebar tambahan ini akan digunakan ketika kampus UMT melaksanakan program atau aktiviti utama universiti seperti Majlis Konvokesyen, Proses Pendaftaran Pelajar dan seumpamanya. Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah SWT, pihak Telekom Malaysia Berhad telah membekalkan kapasiti jalur lebar tambahan 500 Mbps khusus untuk tujuan sokongan pada Majlis Konvokesyen UMT ke-13 baru-baru ini. Daripada maklumbalas yang diterima, perkhidmatan capaian jalur lebar Internet semasa Majlis Konvokesyen tersebut amatlah cemerlang sekali tanpa sebarang gangguan.

Pada masa yang sama juga UMT telah berjaya menganjurkan Ocean Teacher Global Academy: Marine GIS; iaitu satu program pengajaran dan pembelajaran peringkat global secara atas talian yang melibatkan pelbagai institusi di dunia. Saya dimaklumkan bahawa program ini telah berjalan dengan lancar, juga tanpa sebarang gangguan. Saya mengharapkan prestasi cemerlang perkhidmatan jalur lebar Internet oleh Telekom Malaysia Berhad akan terus cemerlang pada masa akan datang terutamanya sewaktu program-program perdana universiti. Syabas diucapkan.

c)      Pada masa depan, kampus UMT di Bukit Kor dan Pusat Penyelidikan Kenyir juga akan turut menerima kemudahan akses Internet menerusi teknologi Virtual Private Network (VPN).  

d)      Untuk pengetahuan semua, UMT merupakan  universiti pertama yang menggunapakai rekabentuk Internet secara “dual routing ” berbanding IPT tempatan lain.  Ianya akan meningkatkan kebolehpercayaan sambungan Internet di UMT di mana peratusan downtime kepada UMT adalah 0.1% dalam tempoh perjanjian ini.

e)      Telekom Malaysia Berhad juga telah memberikan keistimewaan khusus kepada UMT dengan membekalkan Pusat Kolokasi di Cyberjaya 5 di mana data-data digital utama UMT disalin (backup) untuk tujuan keselamatan dalam kes berlaku sebarang bencana.  UMT telah menerima kemudahan akses Internet luaran sebanyak 50 Mbps dan 3 rak khusus untuk menempatkan peralatan ICT di Pusat Kolokasi ini.

f)       UMT juga menerima kemudahan dan fasiliti sokongan khusus untuk pengawasan, pemantauan dan pengurusan sistem Internet di UMT dalam bentuk aplikasi dan perkakasan berteknologi semasa.

g)      Selain itu juga, warga UMT khususnya pelajar dan staf akan menerima sesi “Technology Update” sebanyak 2 kali setahun.

h)      Warga pelajar UMT juga berpeluang untuk menjalani latihan industri selama 6 bulan di mana-mana cawangan Telekom Malaysia Berhad di seluruh Malaysia.

i)        Kepada pentadbir teknikal khususnya mereka yang menjadi tunjang belakang kepada pengurusan Internet kampus UMT akan diberikan peluang untuk menyertai persidangan ICT dan komunikasi yang ditaja sepenuhnya oleh TM pada setiap tahun.

Harapan

7)         Akhir kata dari saya, adalah menjadi harapan UMT dengan menandatangani perjanjian ini, pihak Telekom Malaysia Berhad kini merupakan rakan industri utama kepada UMT khususnya dalam pembekalan perkhidmatan jalur lebar Internet kepada UMT.

8)         UMT berharap kerjasama pintar berasaskan komunikasi dan teknologi maklumat seperti ini akan dapat dipertingkatkan lagi di masa akan datang.

9)         UMT juga mengalu-alukan sebarang idea dan buah fikiran oleh pihak Telekom Malaysia khususnya menjadikan UMT sebagai salah satu hub komunikasi dan teknologi maklumat di Pantai Timur.

10)     Malah Telekom Malaysia Berhad juga dialu-alukan untuk mengambil UMT sebagai universiti angkat dalam usaha menyebarkan teknologi ICT semasa kepada warga kampus dan masyarakat setempat khususnya di Kuala Nerus ini.

Sekian.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Wassalamualaikum waramatullah wabarakatuh.