Kenyataan Rasmi : Bajet 2017; Kelebihan Diperoleh UMT, Dikongsi Bersama Warga dan Komuniti

BAJET 2017;

KELEBIHAN DIPEROLEH UMT, DIKONGSI BERSAMA WARGA DAN KOMUNITI

1.       Mutakhir masih rancak membicarakan tentang Bajet 2017 yang baharu sahaja selesai dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dengan pelbagai khabaran gembira dan penambahbaikan yang dilakukan.

2.       Turut mendapat perhatian adalah peruntukan belanja mengurus governans kpd Universiti Awam (UA) dan Universiti Malaysia Terengganu adalah di antara UA yang memperoleh kenaikan peruntukan sebanyak 6.82% iaitu pertambahan sebanyak RM9.69 juta berbanding peruntukan belanja tahun 2016 iaitu sebanyak RM142.09 juta.

3.       UMT menyambut baik berita gembira dari Kerajaan Malaysia dan berazam untuk terus menyumbang kepada negara, negeri dan komuniti. Pertambahan belanja mengurus ini merupakan batu loncatan bagi melipatgandakan usaha mendidik anak bangsa.

4.       UMT akan terus menyebarkan ilmu dan bakti kepada anak bangsa melalui sumbangan para ilmuwan yang sarjana dalam bidang tujahan tersendiri dan disokong oleh staf-staf pentadbiran dan sokongan. Nasib para sarjana dan staf pentadbiran dan sokongan akan dibela bergantung kepada prestasi dan pencapaian dan sumbangan kepada universiti dan komuniti.

5.       Pengurniaan kemudahan cuti belajar dengan gaji penuh berserta biasiswa kepada kumpulan Pelaksana adalah antara inisiatif kerajaan dalam menggalakkan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (Life-long Learning). UMT mempunyai ramai kakitangan yang berkemahiran tinggi dan dengan kemudahan ini, UMT akan memastikan kakitangan ini dibantu dan dapat terus menyumbang kepada UMT dan komuniti dengan peningkatan ilmu.

6.       Keterlibatan UMT dengan dengan golongan komuniti B40 yang berada di sekitar kampus UMT akan terus dijaga dan dipelihara. Dengan kemudahan fasiliti dan tenaga kerja (manpower) yang dimiliki UMT, para penduduk sekitar kampus pesisir pantai sekitar kampus yang terdedah dengan kesan musim tengkujuh akan dilindung dan dibantu dari semasa ke semasa. Pelbagai usaha telah diwujudkan dan bermula dengan sesi taklimat kepada semua wakil JKK kampung sekitar UMT. Usaha akan diteruskan dengan kerjasama yang padu dari pelbagai pihak dari dalam mahupun luar UMT.

7.       UMT yang telah melancarkan Tabung Endowment UMT pada tahun 2015 akan terus memperkemas dan mempertingkatkan usaha dalam menjana pendapatan bagi institusi. UMT Endowment Policy (Polisi Endowmen UMT) telah dilancarkan pada 17 Oktober 2016 lepas dengan objektif untuk memastikan pengurusan sumber kewangan dan waqaf yang diperoleh diuruskan dengan teratur dan meminimumkan kadar risiko dan laba yang dijana akan digunakan bagi menjalankan aktiviti pelajar dan penyelidikan berimpak tinggi.

8.       Kelebihan yang diperoleh UMT akan dimanfaatkan sewajarnya untuk kebaikan dan hasil dari pelbagai usaha yang dijalankan akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan.