Ucapan Naib Canselor Sempena Sesi Taklimat Community Engagement bagi Persediaan Menghadapi Banjir dan Hakisan 2016

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam 1 UMT dan Salam Sehati Sejiwa.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinNYA dapat kita bersama-sama pada hari ini, berkumpul di Auditorium INOS UMT. Saya dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran semua.

PROGRAM COMMUNITY ENGAGEMENT DI KEJIRANAN UMT

Para hadirin sekalian,

Saya berasa sungguh teruja apabila dijemput untuk bersama dengan komuniti di kawasan kejiranan bersebelahan dengan kampus UMT dalam sesi taklimat berkenaan  Persediaan Menghadapi Banjir dan Hakisan 2016, UMT pada hari ini. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh urus setia program, para jemputan kita pada hari ini terdiri daripada wakil-wakil daripada komuniti setempat iaitu ahli JKKK kampung-kampung yang bersebelahan serta begitu hampir dengan kampus UMT.

Tidak lupa juga jemputan kali ini turut melibatkan bakal-bakal sukarelawan dalam usaha bantuan bencana, kesemua jawatankuasa ini akan dikoordinasikan oleh sukarelawan Kor SiSPA, diketuai oleh Timbalan Komandan (PA) Profesor Dato’ Dr. Saharuddin bin Abdul Hamid yang mempunyai kekuatan seramai 193 orang dan skuad sukarelawan Yayasan Diraja Sultan Mizan SUDY yang diketuai oleh Komandan En. Ruhaifi bin Alias dengan kekuatan seramai 60 orang anggota. 

Tujuan program Community Engagement ini dilaksanakan adalah bagi menyatakan apakah persediaan kita sekiranya berlaku bencana melalui pelan tindakan yang telah dibentuk dan apakah bantuan atau perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh UMT kepada masyarakat setempat terutamanya yang menjadi mangsa banjir dan hakisan.

SENARIO BANJIR DI MALAYSIA

Banjir merupakan bencana alam yang diberi perhatian oleh sebab ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk negara ini. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ke-tiga besar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan kepada harta benda. Manakala banjir di Malaysia disebabkan oleh banjir di musim tengkujuh dan juga banjir kilat yang berterusan. Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah pencegahan bagi mengelakkan atau setidak-tidaknya mengurangkan dari berlaku bencana banjir dan hakisan ini.

Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang pro aktif dalam menangani masalah bencana banjir dan hakisan ini seperti penubuhan badan penyelia, pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, pelaksanaan langkah-langkah bukan struktur dengan tertubuhnya sistem-sistem ramalan dan amaran banjir bagi kawasan berhampiran sungai-sungai utama yang sering dilanda banjir dan juga pengurusan lembangan sungai secara bersepadu untuk mengurangkan kehilangan harta benda dan nyawa akibat banjir.

Selain itu, kepadatan serta pertambahan penduduk dan pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki air menyebabkan bencana banjir sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirankan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan.

Menurut sumber dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam masa satu dekat yang lepas, negara kita telah mengalami beberapa kejadian banjir besar. Walaupun luas kawasan yang mengalami banjir kira-kira 29,000 km persegi sahaja atau pun 9% daripada keluasan negara ini, lebih 2.7 juta orang iaitu bersamaan dengan 18% daripada jumlah penduduk negara kita telah terlibat dengan banjir.

SENARIO BANJIR DAN HAKISAN 2014 DI KAMPUS UMT DAN KAWASAN KEJIRANAN

Para hadirin sekalian,

Fenomena banjir merupakan perkara biasa yang dilalui oleh masyarakat di negeri-negeri Pantai Timur Negara kita ini. Boleh dikatakan seperti acara tahunan, setiap menjelang musim tengkujuh kejadian banjir bakal melanda kawasan yang rendah. Bagi warga kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT), tarikh 20 November 2014 pasti tidak akan dapat dilupakan, pada masa itu iaitu, UMT telah diisytiharkan cuti darurat. Banjir kilat luar biasa telah melanda kampus UMT, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan juga beberapa kawasan kampung dan perumahan yang berhampiran.

Semasa banjir gelombang pertama ini, terdapat beberapa kediaman warga UMT dan penduduk sekitar yang dinaiki air. Ada di antara mereka terpaksa berpindah ke pusat pemindahan hampir seminggu. Walau bagaimanapun musibah banjir ini dihadapi dengan penuh kesabaran meskipun banyak juga harta benda yang rosak dan tidak dapat diselamatkan.

Dalam satu sesi pembentangan semasa Seminar Hakisan Pantai dan Banjir Kuala Nerus anjuran UMT pada tahun 2015, antara hasil dapatan yang dikongsikan oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu, Ir. Muhamad Kadir, ialah rumusan terhadap beberapa punca utama banjir besar yang melanda Kuala Nerus akhir tahun 2014 yang lalu. Punca pertama yang dikenal pasti ialah limpahan dua sungai utama iaitu Sungai Nerus dan Sungai Kuala Terengganu yang menuju ke kawasan yang rendah dan berkumpul bersama takungan air daratan sedia ada. Ditambah pula dengan kekurangan keupayaan sistem saliran yang ada bagi menampung aliran limpahan air ketika itu.

Selain itu, kejadian air laut pasang besar turut berlaku serentak dengan hujan lebat. Berdasarkan rekod pada Tahun 2014 sahaja, ia dianggap hujan lebat luar biasa dengan purata hujan mencatatkan lebih 4,694 mm air hujan berbanding taburan normal Negeri Terengganu pada kadar 3,000 mm.

Menyentuh mengenai hakisan pantai pula, daripada hasil kajian JPS juga mendapati kejadian hakisan yang melanda berpunca daripada faktor semula jadi seperti angin, ombak dan arus pasang surut air laut. Pada masa yang sama, menurut sumber kajian Jawatankuasa Task Force Banjir dan Hakisan didapati bahawa bilangan isi rumah yang terlibat dengan hakisan adalah seramai 627 orang, 125 orang terdiri daripada peniaga iaitu bersamaan dengan 71.2%, 20 premis perniagaan bersamaan dengan 16% dan rumah kedai sebanyak 16 buah yang bersamaan dengan 18%.  Manakala nilai kerugian yang terlibat secara keseluruhan kerosakan harta benda termasuk rumah, kenderaan dan pertanian serta ternakan berjumlah RM80,900.00. Dengan purata pendapatan isi rumah bernilai RM1,166.30 didapari purata kerugian isi rumah akibat hakisan ini berjumlah RM606.35. 

Untuk makluman tuan-tuan dan puan, jarak kajian ini adalah 250 meter dari gigi air sepanjang 5.4 kilometer bermula daripada Pantai Kampung Tok Jembal sehingga Pantai Kampung Pengkalan Maras.  

PENDEKATAN COMMUNITY ENGAGEMENT UMT DAN MANFAAT KEPADA KOMUNITI

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

Pepatah Melayu ada mengatakan, “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Bagaimana sekalipun ungkapan simpati serta rasa empati cuba dikongsi, sudah tentu tidak akan sama dengan apa yang dirasai oleh mereka yang menjadi mangsa kepada bencana. Begitupun, atas dasar semangat persaudaraan, kejiranan, rukun bermasyarakat serta semangat kemanusiaan maka pertolongan dan sokongan harus juga dihulurkan untuk sekurang-kurangnya membantu meringankan beban yang dihadapi.

Malah, boleh juga kita perhatikan bahawa ada hikmah Allah Subhanahu wa ta’ala menjadikan hanya segelintir kawasan sahaja dilanda banjir, dan bukan seluruh negara, ini adalah supaya kita yang berada di kawasan yang tidak dilanda banjir boleh  membantu mereka yang dilanda musibah tersebut. Mungkin dengan cara itulah baru semangat ukhuwwah, semangat kemanusiaan, sikap rendah diri, sikap murah hati dan semangat kekitaan dalam masyarakat dapat diperkukuhkan. Dengan berpandukan semangat inilah, bermula pada tahun ini, UMT telah memikirkan satu pelan tindakan yang telah dirangka khas bagi memberi khidmat bantuan kepada mangsa banjir dan hakisan yang terjejas di sekitar kampus UMT ini.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, UMT telah mengambil langkah pro-aktif dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Task Force Banjir dan Hakisan UMT sebagai platform bagi tujuan penyaluran bantuan seperti bantuan sukarelawan, melaksanakan langkah pencegahan yang dikenalpasti bagi mengurangkan impak banjir dan hakisan, dan memberi taklimat kesedaran mengenai bencana serta kesedaran tentang peranan setiap ahli masyarakat untuk bersiap sedia menghadapi bahaya banjir dan hakisan.

Melalui taklimat Pelan Tindakan Persediaan Menghadapi Banjir dan Hakisan kali ini tuan-tuan dan puan-puan akan diberi penerangan mengenai apakah bantuan serta perkhidmatan yang boleh kami tawarkan sebelum, semasa dan selepas bencana. Insya-Allah selepas selesai ucapan saya ini kita akan sama-sama mendengar penerangan dan taklimat persiapan daripada setiap Jawatankuasa yang telah ditubuhkan ini.  

Para Hadirin Sekalian,

Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur “sesi taklimat Pelan Tindakan Untuk Community Engagement - Persediaan Menghadapi Banjir dan Hakisan 2016, UMT” ini iaitu Makmal Perpusat yang diterajui oleh Profesor Madya Ir. Dr. Mohammad Fadhli bin Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Task Force Banjir dan Hakisan UMT serta pasukannya atas usaha untuk memastikan program pada hari ini dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Jawatankuasa Sukarelawan dan Kebajikan, Perpindahan dan Penempatan yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan ALUMNI) UMT, Jawatankuasa Teknikai yang diketua oleh Pengarah Pusat Pembangunan dan Harta UMT, Jawatankuasa Penerangan yang diketua oleh Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UMT, Jawatankuasa Kenderaan dan Logistik yang diketuai oleh Ketua Bahagian Bot dan Kapal, Makmal Berpusat UMT serta Ketua Bahagian Kenderaan dan Fasiliti, Pejabat Pendaftar UMT, Jawatankuasa Keselamatan yang diketua oleh Pegawai Keselamatan, Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar UMT dan Jawatankuasa Kesihatan yang diketuai oleh Pengarah Pusat Kesihatan UMT. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Ahmad bin Jusoh, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan, UMT selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Task Force Banjir dan Hakisan UMT.  

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dari saya juga untuk semua wakil-wakil komuniti, terutamanya Yang Berbahagia Datuk Haji Hassan bin Ali yang sudi meluangkan masa hadir bersama dan member sokongan penuh pada sesi taklimat anjuran UMT kali ini, seterusnya Pengerusi-pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang hadir.

Tidak lupa juga daripada bakal-bakal sukarelawan kita dari Kor SISPA UMT, sukarelawan Yayasan DiRaja Sultan Mizan atau SUDY serta wakil agensi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cawangan Terengganu dan juga NADMA yang sudi hadir bersama menjayakan sesi pada petang ini.

Semoga ALLAH menguatkan hemah dan iltizam kita untuk bersama-sama mengembeling tenaga dan mencurah keringat untuk memberi bantuan yang sebaik mungkin yang termampu kepada komuniti yang berada di kawasan kejiranan UMT.

Harapan saya pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang insyaAllah sama-sama kita doakan kita semua dijauhkan dari bencana banjir dan hakisan.

Akhir kata saya akhiri ucapan saya ini dengan sekian, wa billahi taufiq wal hidayah, Wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.