Ucapan Naib Canselor sempena Majlis Santapan Malam Konvokesyen Ke-14 UMT 2016

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman Serta Segala Jajahan Takluknya.

Dan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu selaku Canselor Universiti Malaysia Terengganu

Ampun Tuanku,

Patik mewakili seluruh warga UMT dan para hadirin menjunjung kasih di atas perkenan Kebawah Duli-duli Tuanku berangkat mencemar duli ke Majlis Santapan Malam Sempena Konvokesyen Ke-14 UMT pada malam ini.

Kehadiran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku memberi makna yang sangat besar kepada kami semua. Sebagai institusi yang bernaung Di bawah payung Tuanku, UMT memberi komitmen penuh ke arah kesejahteraan dan kemakmuran bumi negeri Terengganu yang sangat disayangi ini. Limpah perkenan Kebawah Duli-duli Tuanku untuk kami terus menyumbang dan menterjemahkannya dalam bentuk pemulangan budi dan jasa kepada seluruh watannya.

Ampun Tuanku,

Patik memohon perkenan Kebawah Duli-duli Tuanku untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada para hadirin yang hadir di Majlis Santapan Malam pada malam ini.

Ampun Tuanku.

Syukur ke Hadrat Allah SWT. kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapatlah kita sama-sama berhimpun dalam majlis santapan malam yang diadakan, bagi meraikan para tetamu yang hadir sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-14 ini.

Di samping itu, majlis santapan malam ini juga diadakan bagi menzahirkan tanda penghargaan kami yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah banyak memberi sumbangan kepada kecemerlangan pembangunan keilmuan UMT.

Pada malam ini, kita juga akan meraikan Penganugerahan Penyandang Kursi Sultan Mizan iaitu d)       Prof. Emeritus Dr. Patrick Sorgeloos dan pelancaran buku Tan Sri Samsuddin Othman bertajuk “Demi Perkhidmatan Awam Dan Negara Kerana-Nya Jua”.

PENCAPAIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN, PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Selama 14 tahun penubuhan UMT, universiti ini telah meraih kejayaan dalam pelbagai bidang, dan kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan daripada semua pihak.

Dalam konteks pengajian tinggi, kami seluruh warga UMT beriltizam untuk menjayakan agenda Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Sebagai sebuah universiti yang berfokus kepada bidang sains kelautan dan sumber akuatik, UMT berusaha untuk merealisasi 10 lonjakan yang telah digariskan oleh kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi tersebut. Sejajar dengan itu, UMT kini giat meningkatkan usaha mencipta kecemerlangan yang lebih jitu sepanjang tahun ini melalui pelaksanaan pelan strategik UMT 2013-2017.

Kecemerlangan dalam aspek akademik turut dipertingkatkan dengan pengaplikasian dua sistem penilaian iaitu penilaian terhadap pencapaian pelajar melalui system Integrated Cummulative Grade Point Average (I-CGPA) dan MyStar dalam menghasilkan mahasiswa yang holistic, seimbang dan berdaya saing. Manakala dalam memperkasakan Pengajaran & Pengajaran, UMT telah dipilih untuk menyediakan Teaching Enhancement Plan (TEP) yang merupakan sistem penilaian bersepadu bagi pengajaran kepada kakitangan akademik universiti.

Universiti Malaysia Terengganu juga terpilih dari kalangan Universiti Awam (UA) untuk melaksanakan kaedah pembelajaran terkini iaitu di atas talian menggunakan kaedah "Massive Open Online Course" (MOOC). Buat masa ini, sebanyak 8 kursus terlibat, dan menjelang tahun 2018, UMT mensasarkan kesemua kursus menggunakan MOOC. Sukacita saya maklumkan, UMT telah berjaya meraih tempat pertama bagi Anugerah Poster Massive Open Online Course (MOOC) dan Anugerah Massive Open Online Course (MOOC) di peringkat National Academic Colloquium pada 2016 (NAC 2016).

Seterusnya, pencapaian UMT turut memberi komitmen jitu dalam penyelidikan. Pada tahun ini, UMT telah berjaya melaksanakan Ekspedisi Pelayaran Saintifik Kebangsaan 2016 melibatkan seramai 60 orang saintis dengan menggunakan kapal RV Discovery UMT. Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Pertahanan melalui strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS).

KERJASAMA DENGAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Hadirin dan hadirat sekalian,

Negeri Terengganu kaya dengan khazanah alam dan budaya yang menarik, sekaligus menyediakan ruang penyelidikan bagi penerokaan ilmu alam dan ilmu peradaban manusia.

Ruang yang terbuka luas ini, telah mewujudkan jalinan kerjasama UMT dengan agensi-agensi seperti Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), dalam mengembangkan ilmu demi pembangunan masyarakat dan Negara, serta kelestarian alam. Ini selari dengan slogan UMT, Terokaan Seluas Lautan Demi Kesejahteraan Sejagat, juga slogan negeri Terengganu iaitu “Terengganu Where Nature Embraces Heritage”.

Di sini, suka saya maklumkan bahawa, UMT telah dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras Penyelidikan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu. Kolaborasi ini antara lain, adalah untuk merealisasikan taman negeri di Tanah Bencah Setiu. Sebuah stesen penyelidikan telah ditubuhkan di Kampung Pengkalan Batu, Setiu bagi tujuan memelihara dan memulihara ekosistem semula jadi yang terdapat di situ.

Jalinan kerjasama UMT dengan kerajaan negeri turut dilakukan dalam membangunkan stesen makmal penyelidikan di Tasik Kenyir. Pelbagai penyelidikan multi-disiplin yang telah dan sedang dilaksanakan berlandaskan kepelbagaian dan konservasi biologi, kelestarian sumber akuatik, keunikan pelancongan ilmu dan sosio-ekonomi serta keaslian warisan budaya masyarakat setempat termasuk kelestarian Komuniti Orang Asli.

Dalam usaha memantap aktiviti penyelidikan tersebut, UMT telah memperkenalkan makmal bergerak ‘Siti Maya’ yang direka khas sebagai makmal penyelidikan yang lengkap bagi kemudahan pemprosesan sampel di kawasan sekitar Tasik Kenyir.

Di samping itu juga, UMT giat menjalankan penyelidikan di Pulau Bidong berkaitan biodiversiti, penyelaman dasar laut arkaeologi marin, perikanan, flora dan fauna serta terumbu karang. Antara hasil penerokaan ialah:

a)    Penemuan artifak arkeologi marin di perairan Bidong yang dipercayai dari abad ke-15.

b)   75 spesies flora telah dikenal pasti yang ada di Pulau Bidong.

c)    Penemuan spesis baharu cicak batu yang dinamakan sebagai Bidongensis.

Usaha memelihara khazanah alam dan warisan turut dilakukan melalui pendokumentasian. Pada tahun ini, empat (4) buah buku telah terhasil iaitu mengenai Tasik Kenyir, satu (1) buah buku berkenaan Tanah Bencah Setiu, buku berkenaan kelulut dan yang terakhir buku mengenai rekabentuk Masjid Ulul Albab. Manakala penerbitan ilmiah di dalam jurnal terindeks UMT telah mencapai 2,445 penerbitan.

Kolaborasi UMT dengan kerajaan negeri tidak hanya tertumpu kepada pemindahan ilmu, malah turut meliputi pembangunan kebajikan dan sahsiah masyarakat setempat. Antara program termasuk projek ECERDC Akuapolitan Kuala Nerus serta Community Engagement bagi Empower Akademik dan Empower Keusahawanan. Manakala program persediaan dalam menghadapi bencana banjir dan hakisan, melalui pelan tindakan yang telah dibentuk dengan kepakaran pihak UMT turut dilaksanakan.

ENDOWMEN

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Selain itu juga, bagi melancarkan usaha universiti memperkukuhkan budaya ilmu dalam kalangan warga universiti, komuniti setempat dan negara amnya, universiti telah menubuhkan tabung endowmen UMT. Tabung ini bertujuan menampung pembangunan prasarana P&P, menyokong penyelidikan, dan menambahbaik pembangunan komuniti setempat melalui program pemindahan ilmu serta menyalurkan bantuan kepada pelajar melalui portal MyEhsan. Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT turut bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) bagi merealisasikan Tabung Waqaf Ilmu UMT.

Namun, usaha ini amat memerlukan komitmen daripada semua pihak untuk turut sama membantu merealisasikan tabung tersebut dengan menyumbangkan dana agar tabung ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada warga kampus, malah kepada masyarakat sekeliling.

MERAIKAN MEDIA

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sesungguhnya UMT amat bersyukur dengan liputan luas yang dilakukan oleh pihak media tempatan. Dengan bantuan dan kerjasama rakan media, segala usaha dan aktiviti yang dilaksanakan oleh UMT dapat diikuti oleh seluruh masyarakat.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Akhir kata, pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Yayasan DiRaja Sultan Mizan, agensi kerajaan pusat dan kerajaan Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Pegawai-Pegawai Daerah serta rakan industri yang sentiasa memberi sokongan padu dalam usaha meningkatkan kecemerlangan UMT.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu dan dif-dif jemputan yang hadir dan memeriahkan lagi majlis pada malam ini. Sesungguhnya kehadiran para hadirin amat bermakna kepada kami dan berharap pertemuan pada malam ini tidak berakhir di sini sahaja, sebaliknya kerjasama ini biarlah berterusan, khususnya dalam melestarikan pendidikan di universiti ini. 

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan syabas kepada ahli jawatankuasa Majlis Konvokesyen yang ke-14 ini kerana telah bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran majlis ini dan juga pada majlis konvokesyen yang akan bermula pada pagi esok. Dengan itu, marilah sama-sama kita berdoa supaya majlis konvokesyen pada tahun ini berjalan lancar seperti yang dirancang, Insya-Allah.

Ampun Tuanku,

Sekian sahaja ucapan patik. Sekali lagi patik mewakili seluruh warga UMT menjunjung kasih di atas limpah perkenan Ke Bawah Duli-Duli Tuanku yang sudi mencemar duli berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Konvokesyen Ke-14 UMT pada malam ini.

Patik mewakili seluruh warga UMT juga menjunjung duli dan menjunjung kasih di atas limpah perkenan Ke Bawah Duli-Duli Tuanku berangkat ke Majlis Konvokesyen yang akan diadakan esok hari.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.