Ucapan Naib Canselor sempena Majlis Konvokesyen Ke-14 UMT 2016 (Hari Pertama)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah,

Sultan Dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman Serta Segala Jajahan Takluknya.

Dan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu selaku Canselor Universiti Malaysia Terengganu.

Ampun Tuanku,

Patik mewakili seluruh warga UMT dan para hadirin menjunjung kasih di atas perkenan Kebawah Duli-duli Tuanku berangkat mencemar duli ke Majlis Konvokesyen ke-14 pada pagi ini.

Ampun Tuanku,

Patik memohon perkenan Kebawah Duli-duli Tuanku untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada para hadirin yang hadir di Majlis Konvokesyen ini.

Ampun Tuanku.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita menzahirkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun di Dewan Sultan Mizan yang indah ini bagi meraikan Majlis Konvokesyen kali yang ke-14, Universiti Malaysia Terengganu.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir bagi meraikan majlis bersejarah ini.

BILANGAN PENERIMA IJAZAH

Pada Majlis Konvokesyen ke-14 ini, seramai  2,806 orang graduan menerima pelbagai anugerah iaitu 32 orang Ijazah Doktor Falsafah, 133 orang ijazah Sarjana, 2,396 orang Ijazah Sarjana Muda, dan 245 orang penerima Diploma.

ANUGERAH IJAZAH DOKTOR KEHORMAT

Pada pagi ini, kita turut meraikan penerima anugerah istimewa iaitu:

a)  Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Ramli bin Haji Mohd Nor - Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan

b)   Dato’ Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan - Ijazah Kehormat Doktor Sains

c)  Prof. Dr. Ir. Widi Agoes Praktikto - Ijazah Kehormat Doktor Sains

d)  Prof. Emeritus Dr. Patrick Sorgeloos – Penyandang Kursi Sultan Mizan, yang mana majlis telah disempurnakan semalam.

Marilah kita sama-sama memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda tahniah atas pencapaian para graduan dan juga penerima Anugerah istimewa ini.

PELAN STRATEGIK UMT (PSUMT) 2013-2017

Universiti Malaysia Terengganu bakal menempuh sejarah 15 tahun penubuhannya sejak diberi kuasa autonomi pada 1 Mei 2001 semasa Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) dan seterusnya penjenamaan semula sebagai Universiti Malaysia Terengganu pada tahun 2007. UMT telah berkembang pesat dalam menggalas amanah membangunkan sektor pendidikan tinggi negara dengan cemerlang. Kini, UMT telah melaksanakan Pelan Strategik UMT (PSUMT) 2013-2017 untuk menjadi sebuah universiti awam pertama berfokus marin di Malaysia khususnya, dan seterusnya terkenal dalam bidang tujahan ini di peringkat antarabangsa. Pelan Strategik ini adalah selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi di peringkat global yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 (PPPM-PT).

UMT telah mengambil inisatif dan melaksanakan Program Hari Bebas Kenderaan Bermotor pada 10hb November yang lalu. Program ini merupakan salah satu aktiviti sebagaimana yang terkandung dalam Blue Print Kampus Lestari UMT. UMT mengalakkan para warganya agar mengamalkan budaya berbasikal dan berjalan di dalam kampus, setiap hari Khamis awal bulan telah dipilih bagi pelaksanan program ini. Program yang bertujuan untuk mengekalkan budaya hidup sihat serta mengurangkan aktiviti pembebasan karbon diosikda dalam kampus.

UNIVERSITI RINTIS-ICGPA

Hadirin yang dihormati sekalian,

Cabaran universiti di alaf ini adalah untuk mempertingkatkan kualiti akademik serta membangun potensi sahsiah mahasiswanya. Sistem penilaian mahasiswa secara bersepadu bagi memenuhi keperluan pemegang taruh dan meningkatkan kebolehpasaran graduan telah dibangunkan.

Sehubungan itu, pihak kementerian telah melaksanakan sistem penilaian pelajar yang baharu iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA). UMT berasa bangga kerana telah dipilih sebagai universiti perintis kepada sistem penilaian ini dan para ahli akademik telah bekerja keras bagi melaksanakan iCGPA ini dalam beberapa kursus terpilih. Kini, sistem iCGPA ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif daripada mahasiswa dan pihak industri. UMT bertekad untuk menghasilkan mahasiswa yang bersifat holistik, lengkap pembangunan kendiri dan sahsiah diri, beretika dan bermoral yang diterjemahkan dalam transkrip MyStar.

PENYELIDIKAN UMT

Hadirin yang dihormati sekalian,

Penyelidikan berimpak tinggi merupakan penanda aras kecemerlangan sesebuah universiti. UMT adalah merupakan antara penerima geran penyelidikan terbesar dalam kalangan senarai universiti berfokus. Jumlah keseluruhan geran penyelidikan yang diperoleh UMT pada tahun ini ialah sebanyak RM10,283,593.00.

EKSPEDISI PELAYARAN SAINTIFIK KEBANGSAAN 2016

Salah satu contoh penyelidikan merentas bidang yang dibanggakan ialah Ekspedisi Pelayaran Saintifik Kebangsaan 2016. Ekspedisi ini diketuai oleh penyelidik UMT, melibatkan lebih 60 orang penyelidik daripada pelbagai agensi kerajaan dan universiti-universiti di Malaysia Ekspedisi ini telah mendapat suntikan geran penyelidikan sebanyak RM930 ribu. Ia melibatkan kerja sama strategik antara lima kementerian iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Pertahanan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Ekspedisi yang menggunakan kapal RV Discovery milik UMT ini, meneroka penyelidikan tentang tahap produktiviti lautan di perairan Malaysia dengan mengkaji proses serta kesan perubahan iklim terhadap lautan di negara kita. Penyelidikan berskala besar sebegini adalah antara fokus UMT dalam mencari penyelesaian terhadap masalah berkaitan dengan sumber kelautan khususnya di Malaysia.

UNIVERSITI DAN KOMUNITI

Projek inovasi sosial adalah flagship UMT bagi memberi faedah kepada komuniti setempat khususnya dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka. Di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), UMT telah dilantik sebagai peneraju bagi menjalankan pelbagai kajian sosio-ekonomi dan pembangunan masyarakat melalui:

a)  Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN);

b)  STEM;

c)  Empower ECER Latihan akademik;

d)  Empower Latihan Kemahiran dan Kusahawanan

e)  UMT Future Scientist.

Projek ini merupakan program pembasmian kemiskinan pertama di Malaysia yang menekankan kepada aspek integrasi dan penguasaan rantaian nilai oleh komuniti nelayan secara holistik. Hasil daripada program ini, UMT telah berjaya mengenal pasti beberapa kaedah bagi mengeluarkan komuniti yang terlibat daripada lingkaran kemiskinan dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup mereka, khususnya bagi kumpulan B40.

PERANAN ALUMNI, TABUNG ENDOWMEN DAN WAQAF

Hadirin yang dihormati sekalian,

UMT adalah institusi pengajian tinggi awam yang sebahagian besar sumber kewangannya, sama ada untuk pembangunan fizikal mahupun belanja operasi adalah daripada pembiayaan kerajaan.

Bagi menampung pengurangan bajet dari kerajaan, kos pengoperasian dan pembangunan disamping memacu pencapaian UMT agar lebih cemerlang, satu dasar yang disebut University Endowment Fund (UEF) dan Tabung Dana Amanah Endowmen UMT telah diwujudkan. Tabung ini adalah untuk keperluan semasa bagi prasarana pengajaran dan pembelajaran, menyokong serta melonjakkan penyelidikan dalam bidang tujahan, dan membawa komuniti setempat berkembang bersama universiti melalui pemindahan ilmu serta menyalurkan bantuan kepada pelajar.

Sumbangan dari alumni boleh dijadikan sumber utama. Buat masa ini, Tabung Endowmen menerima sumbangan daripada staf dan mahasiswa UMT, syarikat korporat dan sumbangan hasil dari pengkomensialan R&D UMT. Di kesempatan ini saya menyeru kepada semua graduan, alumni UMT, untuk turut membantu dan menyumbang kepada tabung ini. Sumbangan endowmen adalah sebagai tanda kasih dan komitmen kepada UMT.

Jalinan kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT telah merealisasikan Tabung Waqaf Ilmu UMT. Ianya bagi menerapkan agar warga kampus untuk berwaqaf untuk dana terkumpul bagi tujuan menyalurkan bantuan kepada pelajar yang memerlukan.

PENGANTARABANGSAAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

UMT amat bertuah mempunyai Pengerusi dan barisan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang komited menasihati dan memandu pengurusan universiti ke arah kecemerlangan di peringkat tempatan dan global. UMT akan meningkatkan usaha kerjasama industri dan serantau serta peringkat antarabangsa bagi meningkatkan imej dan potensi supaya universiti ini menjadi pilihan utama dan disegani diperingkat global. Penyelidikan, pertukaran staf, program mobility dan peningkatan bilangan staf dan pelajar antarabangsa akan diusahakan dengan lebih giat lagi.

Pada hari ini juga, UMT meraikan kedatangan 35 orang mahasiswa dari Chittagong Veterinary and Animal Science University (CAVSU), Bangladesh sempena Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua buah universiti. Mereka adalah sebahagian daripada Program Mobiliti Pelajar (Outbound & Inbound) di bawah Critical Agenda Program (CAPS) pengantarabangsaan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).  Program sebegini, merupakan antara usaha UMT untuk meningkatkan citra dan pengantarabangsaan UMT selain mengeratkan hubungan kerjasama dengan rakan MoU UMT.

PENGHARGAAN DAN NASIHAT KEPADA GRADUAN

Para graduan yang dikasihi,

Pada kesempatan ini, izinkan saya menyampaikan sepatah dua kata nasihat kepada para graduan yang bakal menerima ijazah masing-masing pada hari ini. Sebagai golongan terpelajar, graduan haruslah sentiasa menerapkan nilai integriti yang tinggi dan mengaplikasikan nilai-nilai etika serta bertanggungjawab dalam setiap tindakan terutama yang melibatkan orang awam.

Universiti Malaysia Terengganu meletakkan harapan yang tinggi kepada semua graduan sebagai pembawa panji-panji UMT yang kelak akan menentukan penerimaan dan persepsi masyarakat terhadap graduan lepasan UMT. Gunakanlah ilmu pengetahuan yang diperoleh sebaik-baiknya serta jadikanlah teknologi dan media sosial secara positif demi pembangunan agama, bangsa dan Negara. Sikap orang berilmu tersingkap pada kematangan mindanya dan bukan pada kepetahan bibirnya. Teladan orang berilmu pada taatnya, bukan pada kilauan zahirnya. Jangan lupa pepatah Melayu bahawa resam orang berilmu adalah semakin berisi semakin tunduk, semakin tinggi ilmu, tinggi tawaduk sikapnya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan khusus kepada semua tenaga pengajar serta staf UMT yang telah bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik para graduan hari ini.  Jasa tuan-tuan dan puan-puan amatlah besar dan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Akhir kata, saya mewakili seluruh warga UMT mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran dif-dif jemputan serta semua yang terlibat menjayakan Majlis Konvokesyen Ke-14, Universiti Malaysia Terengganu ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dan saya berharap semua pihak akan bersama-sama menyokong dan menyumbang ke arah mencapai aspirasi, visi dan misi UMT.

Ampun Tuanku

Sekian  sahaja ucapan patik. Patik sekali lagi menjunjung duli setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan Kebawah Duli-duli Tuanku berangkat ke Majlis Konvokesyen ini.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.