Retreat Pengurusan Tatatertib Pelajar Tahun 2012

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, maka dapat kita berhimpun pada malam ini sempena majlis makan malam untuk meraikan para peserta “Retreat Pengurusan Tatatertib Pelajar Tahun 2012” anjuran Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti-Universiti Malaysia (MATDUM), di mana UMT merupakan sekretariat MATDUM bagi tahun 2010 – 2012. 

Pertamanya, saya ingin mengucapkan selamat datang dan salam perkenalan kepada semua peserta retreat ke Terengganu. Saya difahamkan bahawa inilah julung-julung kalinya pihak MATDUM mengadakan retreat seumpama ini yang melibatkan semua IPTA di seluruh negara yang bukan sahaja dihadiri oleh ahli MATDUM tetapi juga daripada Pegawai Hal Ehwal Pelajar, pengurusan asrama, Bahagian Keselamatan dan Penasihat Undang-undang seluruh IPTA.

Kepentingan Urusan Tatatertib

Retreat ini diadakan dengan tujuan untuk mendedahkan kepada para Urusetia Tatatertib Pelajar mengenai pengurusan dan pengendalian prosiding tatatertib pelajar yang berkesan dan menepati peruntukan undang-undang sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Selain itu, peserta akan didedahkan mengenai isu semasa pengurusan Hal Ehwal Pelajar dan asas serta amalan penyiasatan tatatertib yang berkesan.

IPT masa kini menghadapi pelbagai cabaran seiring dengan meningkatnya kesedaran tentang kepentingan pendidikan tinggi. Hanya dengan membaca media cetak dan menonton televisyen, kita dapat membayangkan bagaimana perhatian diletakkan kepada IPT dari segi kesungguhan dan keberkesanan melahirkan pelajar yang berkualiti, berkelayakan dari semua segi dan menunjukkan tingkahlaku berakhlak seorang warga yang bertanggungjawab.

Perubahan AUKU

Bagi menyahut agenda transformasi pengajian tinggi yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, kerajaan telah bersetuju untuk meminda AUKU. Ternyata AUKU bukanlah satu akta yang rigid dan kaku sebaliknya boleh berubah seiring dengan perkembangan dan kehendak zaman.Transformasi AUKU yang telah mengalami beberapa pindaan sejak diperkenalkan pada 1971 menjadikan AUKU sebagai satu akta yang segar dan relevan sepanjang masa, tidak seperti dakwaan sesetengah pihak.

Kira-kira tiga bulan diambil untuk mendapat pandangan dan maklum balas pelbagai pihak untuk meminda AUKU agar apa saja perubahan AUKU menepati aspirasi semua pemegang taruh dalam sektor pengajian tinggi. Setiap pandangan itu kemudian diteliti dan akhirnya KPT yang sudah merancang untuk meminda AUKU melalui Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membentangkan pindaan Seksyen 15 AUKU pada sesi Parlimen 9 April lalu.

Pindaan dalam Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama memberikan ruang yang secukupnya kepada pelajar untuk terbabit dalam sebarang aktiviti persatuan dan politik di samping mengekalkan neutraliti kampus dan matlamat murni pendidikan.

Pindaan itu bagi menggantikan peruntukan sedia ada yang melarang pelajar universiti menjadi anggota parti politik. Namun, pindaan itu mencadangkan sekatan terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di dalam kampus bagi mengekalkan keberkecualian di dalam kampus.

Proses Penambahbaikan

Oleh itu, peranan hal ehwal pelajar, jabatan undang-undang dan juga pengurusan universiti sangat penting dalam menangani isu dan cabaran pada masa kini. Pendedahan serta ilmu mengenai pengurusan tatatertib amat diperlukan bagi mendepani kemungkinan kes-kes yang berlaku terutamanya yang melibatkan pelajar-pelajar kita.

Akhir kata, saya mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada Jawatankuasa Retreat Pengurusan Tatatertib, kerana telah berjaya menganjurkan retreat ini. Saya juga berharap retreat dan pertemuan singkat para peserta pada kali ini dapat menghasilkan sesuatu yang positif dan dijadikan sebagai pemangkin dalam mencapai matlamat yang telah kita tetapkan.

Selamat maju jaya dan terima kasih.