Majlis Perasmian Dewan Perundingan Mahasiswa UMT

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera.

Pertamanya, kita panjatkan kesyukuran dengan limpah kurnia  kepada Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam yang telah mengizinkan kita untuk sama-sama berhimpun secara rasmi dalam majlis Perasmian dan Persidangan Dewan Perundingan Mahasiswa (DPM) pada pagi ini. Sesungguhnya dengan segala nikmat inilah, UMT dapat melahirkan warga yang cemerlang dan bersedia mengharungi segala cabaran yang mendatang.

Suara Mahasiswa

Dalam kesempatan ini, saya bagi pihak UMT merakamkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan sumbangan yang diberikan bagi menjayakan DPM UMT. Hakikatnya, ia merupakan satu medium yang terbaik kepada seluruh mahasiswa UMT untuk melontarkan idea, pandangan, berhujah, berbahas dan bersuara dalam suasana matang dan keintelektualan. Ini selaras dengan prinsip Perdana Menteri kita, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak agar setiap universiti yang membuka ruang kepada mahasiswa untuk bersuara. Saya percaya dan yakin bahawa suara mahasiswa amat penting dan sering diambil perhatian oleh semua  peringkat golongan sama ada dalam masyarakat mahupun peringkat atasan. Hal ini kerana suara mahasiswa adalah suara keramat yang bakal menjadi generasi pelapis kepimpinan yang akan datang.

Mahasiswa Masa Kini

Difahamkan, fokus utama DPM ini adalah dengan tujuan memberi pendedahan kepada semua mahasiswa dalam melontarkan suara dan idea secara ilmiah dan berani sekaligus meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang pemimpin pelajar UMT dalam bentuk yang komprehensif dan berhemah untuk menuntut kebajikan.

Faedah lain dari DPM ini adalah bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman mahasiswa tentang budaya menuntut hak dengan cara yang betul dan membuat keputusan yang sewajarnya di samping  menerapkan nilai-nilai murni dengan diplomasi dan bukan bersifat emosi semata-mata. Perkara sedemikian dapat membantu membentuk keintelektualan mahasiswa yang mampu berdaya saing dan bersifat glokal serta mempunyai pemikiran global. Di samping itu, aspek kemahiran insaniah yang membentuk keterampilan pelajar dapat diterapkan. DPM bukan sahaja sebagai landasan pembelajaran untuk mewujudkan kualiti dan kecemerlangan mahasiswa UMT, malahan satu anjakan paradigma yang baru dalam membentuk kepimpinan mahasiswa kelas pertama.

Peranan Majlis Perwakilan Pelajar dan Dewan Perundingan Mahasiswa

Saya turut berbangga kepada kepimpinan MPP UMT kerana berjaya mewujudkan satu platform yang terbaik untuk mahasiswa UMT. Tambahan pula, UMT merupakan IPT kedua yang telah berjaya dalam mewujudkan “parlimen mahasiswa” dan secara langsung menjadi universiti pertama di Pantai Timur. Di samping itu, pelajar juga dapat menimba ilmu dan pengalaman  dalam menempuhi arus berpersatuan. Tetapi saya kira DPM ini perlu ditransformasikan dengan lebih agresif sesuai dengan kehendak dan perkembangan teknologi dan sosial mahasiswa.

Saya dan pengurusan universiti sentiasa menyokong usaha MPP dan mahasiswa dalam membantu pihak universiti membangunkan keintelektualan maahsiswa. Saya kagum dengan keterbukaan MPP dalam menerima kritikan membina di kalangan mahasiswa dan pihak universiti yang mahukan anjakan dalam kepimpinan yang bercorak baru. Saya percaya perubahan DPM sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Saya juga dimaklumkan, pelbagai mesyuarat dan hasil kajian telah dibuat dan telah menemui pelbagai kaedah pembaharuan yang bakal dilaksanakan. Sokongan padu mahasiswa amat dihargai dan diharap ianya berterusan.
 
Saya juga mencadangkan agar liputan mengenai DPM menjadi perhatian meluas oleh pihak buletin UMT dan media-media agar pembaharuan yang bakal dirangka oleh mahasiswa UMT dapat menjadi kayu ukur dan keyakinan masyarakat bahawa Graduan UMT setanding IPT lain. Saya difahamkan pelbagai rangka kerja yang telah dilaksanakan selain mengadakan konferens bersama IPT lain sepanjang tahun 2011 bagi memastikan DPM boleh diterima di UMT dan mahu juga mengelakkan perselisihan dalam kalangan mahasiswa dan pihak pengurusan universiti. Dalam DPM ini, saya mengucapkan Tahniah dan syabas kepada MPP yang telah mengambil masa lebih 14 bulan untuk melaksanakan kajian.

Medium Melahirkan Mahasiswa Berkualiti

Akhir kata saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada MPP dan ahli Jawatankuasa Penubuhan Dewan Perundingan Mahasiswa (DPM) serta semua ahli dewan yang telah bekerja keras dalam menjayakan majlis ini. Harapan saya, semoga medium ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh mahasiswa dalam melahirkan kualiti, kematangan, kebijaksanaan dan berhemah dalam melontarkan idea, pandangan serta menuntut hak dan kebajikan mahasiswa.

Dengan berkat kata-kata yang mulia, Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Dewan Perundingan Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu.

Sekian, terima kasih.